Buku lukisan ditenung lama. Ditenung bagai mahu tembus buku itu dibuatnya. Pagi Sabtu lagi dia sudah membuka buku lukisannya. Entah kenapa dia terasa bersemangat mahu melukis.
Kata-kata Danial terus terngiang-mgiang diminda.
"Jangan lupa, lukis muka aku. Mana tahu,kalau kau rindu aku nanti bolehlah tatap lukisan tu."
Rosalinda menggelengkan kepalanya. Dah kenapa pula teringat dekat mamat tu? Rindu? Minta dijauhkan!
"Ada hati suruh aku lukis muka dia. Ingat dia artis? Dari lukis muka dia,baik aku lukis muka aku." Rosalinda memandang buku lukisannya.
"Tapi kalau aku lukis muka dia,bagus juga. Kalau geram,aku boleh tumbuk lukisan muka dia tu. Boleh jadi tempat lepas geram. Kan?"gumamnya sendiri. Dia sudah tersengih.
"Okey,Danial. Aku lukis muka kau. Tapi bukan sebab rindu. Tapi tempat lepas geram!"
Rosalinda mula melakar wajah Danial. Tak perlu gambar mahupun Danial duduk di hadapannya untuk dilukis. Tetapi,dia hanya mengingati wajah Danial sudah memadai.
Apa yang pasti,bukan sebab rindu! Ingat tu sampai bila-bila!
Rosalinda melakar wajah Danial sambil bersiul. Amboi,senang hati nampak? Siap tersenyum lagi.
"Ros.." Puan Zahra tiba-tiba menerpa masuk ke dalam bilik Rosalinda. Pantas Rosalinda menutup buku lukisannya. Dia mengawal riak wajahnya.
"Ya,mama?" Rosalinda meneguk air liur. Moga-moga tak nampak lakaran wajah Danial!
"Mama tak jadi pergi klinik harini. Kawan ayah nak datang. Nanti tolong mama pergi belikan barang ya?"kata Puan Zahra. Wang kertas bernilai RM50 dihulur
"Okey,mama.."
Puan Zahra terseyum kemudian beredar. Rosalinda menghela nafas lega. Nasib baik!
Dia membuka dan melihat semula lakaran wajah Danial.
Haih,kau ni pembawa masalah betul!
"OH,jadi ni lah anak kau?"
Tuan Idris menganggukkan kepalanya. Bibirnya terukir senyuman. Wajah Rosalinda dipandang dengan pandangan kasih.
"Ni lah satu-satunya anak aku.Dia ni sebaya dengan anak kau. Anak kau 17 tahun kan?"soal Tuan Idris. Dato' Azraff mengangguk.
"Ya,dia 17 tahun. Mesti dia berkawan dengan anak aku dekat sekolah kau. Takkan tak kenal kan? Ros,kamu kenal anak pakcik? Dani-"
"Assalamualaikum!" Suara Ika menghentikan tutur bicara Dato' Azraff. Rosalinda tersenyum kekok kemudian pantas meminta diri sebentar. Dato' Azraff tersenyum.
"Lawa anak kau,Idris. Kalau anak aku tak jatuh hati,aku tak tahulah."
"Eh,ke situ pula kau ni. Anak kau tu kacak sangat. Takut anak aku yang tak sesuai dengan anak kau,"kata Tuan Idris,merendah diri.
"Tak adalah,Idris. Kita dah kawan sejak zaman belajar lagi. Kita berdua ni sama-sama dapat jodoh orang asing. Kau dapat bini orang Itali,aku dapat bini orang US."
Mereka berdua ketawa.
"Tapi,aku ada masalah ni. Aku pening kepala. Macam mana nak selesaikan,"kata Dato' Azraff.
"Masalah apa? Mana tahu aku boleh tolong,"ujar Tuan Idris. Wajah sahabatnya dipandang.
"Sebenarnya,aku ada kerja tertangguh dekat Los Angeles tu. Tak sangka pula ada lagi yang tak selesai. Aku terpaksa balik sana dalam masa terdekat ni. "
"Okey,jadi? Apa masalahnya?"
Dato' Azraff mengeluh.
"Anak aku. Aku tak nak dia ikut aku balik sana. Kalau dia tahu,mesti dia nak ikut. Aku tak nak dia ikut sebab aku nak dia duduk sini. Biar dia belajar cara hidup dekat Malaysia ni. Aku nak dia ambil SPM. Aku tak nak dia terikut cara hidup orang barat. Kau pun tahu kan cara orang sana macam mana?"kata Dato' Azraff.Dia di ambang kerisauan memikirkan tentang Danial.
"Aku faham.. Kaklong kau tak boleh tolong jagakan dia sekejap? Kau pergi berapa lama?"soal Tuan Idris.
"Aku kena pergi sana enam bulan. Isteri aku pun ikut. Kaklong aku boleh je jagakan dia.. Cuma,Danial tu degil. Dia taknak dengar cakap orang. Aku risau,kaklong aku pula terbeban. Aku pening kepala macam mana nak buat dia mendengar kata. "
Tuan Idris terangguk-angguk,memahami masalah sahabatnya.
"Okey.. Kau nak aku jagakan dia? Bolehlah aku disiplinkan dia sikit,"kata Tuan Idris. Memandangkan dia juga bekas tentera sema seperti Dato' Azraff,bolehlah dia melatih si Danial tu sikit!
"Bukan taknak,cuma aku risau menyusahkan kau. Aku perlukan orang yang kena duduk dengan dia. Yang boleh pantau dia dekat sini selama 24 jam. Danial tu,dalam kedegilan dia ada manjanya. Dia kena ada penjaga yang boleh jaga dia 24 jam. Kau mana boleh pantau dia 24 jam. Kau pun sibuk dengan urusan sekolah kan?"
"Hmm.." Dagu Tuan Idris diusap perlahan. Tuan Idris memandang wajah Dato' Azraff lama.
"Kau percayakan aku tak,Az?"
"Kenapa kau tanya macam tu? Kau kawan aku,mestilah aku percaya."
"Kalau kau percayakan aku, apa kata kita kahwinkan anak kita? Bolehlah diorang berdikari sikit.Biar dioramg belajar pasal tanggungjawab. Anak aku tu pun kena ada orang bimbing dia. Bukan aku tak boleh bimbing dia,cuma dia tu payah sikit. Bab pelajaran pun dia ambik remeh. Mana tahu,anak kau boleh bimbing Ros tu." Cadangan Tuan Idris membuatkan Dato' Azraff termenung. Kahwinkan anak? Biar betul? Umur baru 17!
"Tapi diorang muda lagi. Buatnya bercerai berai macam mana?"
"Janganlah doa macam tu. Aku yakin,diorang boleh. Takkan anak kau tak suka anak aku langsung? Anak aku tu pun,sejak dua menjak ni asyik tersenyum sorang. Dah macam ada kekasih hati. Aku yakin,anak aku dengan anak kau dah jadi rapat sebab aku dapat laporan yang diorang berdua tu asyik kena denda berdua. Mustahil diorang tak berkawan kan?"kata Tuan Idris dengan penuh keyakinan.
"Aku tak yakinlah,Idris.Anak aku tak boleh diharap.." Dato' Azraff masih ragu-ragu.
"Kau kena yakin. Kau pergi Los Angeles tu bukannya sekejap.Enam bulan tau! Kalau kau tinggalkan dia terkontang-kanting sorang dekat Malaysia,buatnya dia jadi liar macam mana? Kau pun tahu dia suka cara hidup orang barat kan? Baik dia kahwin. Sekurang-kurangnya,anak aku ada dengan dia 24 jam nanti."
Dato' Azraff termenung lagi.
"Percayalah,Az. Aku pun nak kita ni berbesan. Boleh rapatkan hubungan keluarga kita ni lagi. Kalau kita bagitahu isteri kita pasal ni,aku yakin.. Diorang mesti setuju. Kau taknak berbesan dengan aku?"pujuk Tuan Idris lagi.
"Kau ni,Idris. Buat aku serba salah pula.."
"Kita kahwinkan je diorang. Sekarang,kita cuma kena rancang bagi diorang berdua jadi lebih rapat. Okey?"
Dato' Azraff menggigit bibir. Aduh,Danial nak ke? Buatnya mengamuk anak lelakinya tu nanti,naya!
"Yelah,nanti aku bincang dengan isteri aku. Aku percayakan kau,Idris. Jangan buat aku menyesal kahwinkan anak kita. Ni masa depan diorang,"kata Dato' Azraff. Tuan Idris sudah tersenyum.
"Percayalah. Aku yakin,diorang boleh bahagia. Aku nak diorang belajar erti tanggungjawab dan berdikari. Tu saja niat aku."
Dato' Azraff akhirnya setuju.
Apa agaknya reaksi Danial kalau dia dapat tahu pasal ni? Moga-moga dia tak memberontak!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...