BAB 23

6.2K 325 1
                                    

"Kalau kau mengantuk,kau tidurlah dulu. Jangan tunggu aku. Aku takut sampai rumah lewat malam je. Uncle Zahid tu tak menentu waktu dia tutup kedai. Takut dia tutup kedai lambat."

Danial menyarung kasutnya. Kemudian,bekal yang di tapau oleh Rosalinda diambil. Wajah isterinya dipandang sebelum dia meminta diri.

"Apa-apa,telefon aku. Maklong pun ada dekat sebelah. Jangan lupa,kunci pintu. Jangan risau,aku ada kunci pendua,"pesan Danial. Rosalinda tersenyum.

"Ye,saya tahu. Awak jaga diri juga. Kalau penat,rehat okey. Jangan paksa badan awak untuk bekerja."

"Ya,sayang."

Rosalinda menjadi malu. Aduhai,kenapalah Danial ni makin berubah? Makin romantik la pula!

"Nanti bila aku dapat gaji,aku bawa kau makan dekat hotel."

Rosalinda tertawa halus. "Saya pegang janji awak."

Danial hanya tersenyum. "Okeylah. Aku pergi dulu. Syaf dah tunggu tu. Kesian driver tak bergaji aku tu. Kena tunggu lama."

"Yelah. Hati-hati."

Danial melangkah pergi. Seperti orang yang angau bercinta,Danial sempat melambai dan memberi flying kiss membuatkan Rosalinda tertawa.

Namun,tawanya terhenti setelah Danial beredar bersama Syafiq.Matanya ternampak sekali lagi kelibat Mikail di tepi pokok kelapa berdekatan dengan pangkin.

Rosalinda pantas masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu. Dia mengintai daripada tingkap dan ternyata Mikail masih setia berdiri di tepi pokok kelapa tersebut. Dia seperti menunggu sesuatu.

"Apa yang dia nak? Kenapa tiba-tiba dia tu jadi creepy?" Rosalinda gumam sendirian.

Jangan cakap,dia dah nampak semuanya. Danial.. Aduh! Kalau dia nampak,habis! Rahsia mereka bakal terbongkar bila-bila masa kalau Mikail nampak dirinya bersama Danial tadi.

"Perlu ke aku bagitahu Danial? Ish,kalau aku bagitahu nanti,mesti dia pergi serang Mikail tu. Dia dahlah boleh tahan baran. Takkan nak bertumbuk lagi sekali?"

Rosalinda menggelengkan kepalanya. Ish,nampaknya dia kena rahsiakan dulu dari Danial. Dia kena cari jalan penyelesaian sendiri dahulu.

Apa-apa pun,dia kena rahsiakan dulu tentang perkara ni.


"DANIAL,nanti kamu tolong tengokkan stok yang baru masuk ya. Uncle nak bank sekejap."

Danial hanya merenung bekalnya,seperti dia tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Uncle Zahid.

"Danial?" Meja diketuk. Danial tersedar dari lamunannya. Wajahnya kebingungan memandang majikannya.

"Ya uncle?"

"Takkan lelaki pun suka berangan? Kamu berangan siapa? Isteri?"usik Uncle Zahid. Memandangkan dia sudah tahu cerita sebenar,dia sering juga mengusik Danial.

"Eh,tak adalah.."

"Habis tu,kenapa senyum sorang? Takkan gila? Mesti ada sebab kenapa kamu senyum.Kan?"

Danial termalu sendiri. Aduh,kantoi la pula.

"Uncle taknak menyibuk hal orang. Ni,uncle nak bagitahu. Tolong tengokkan stok yang baru masuk. Uncle nak pergi bank kejap."

Danial mengangguk."Okey uncle."

Uncle Zahid meminta diri. Danial menghela nafas lega dan melihat keadaan di sekeliling kedai runcit itu.

"Danial.. Danial. Macam manalah kau boleh berangan? Buat malu je." Danial mengetuk kepalanya. Dia mengutuk dirinya sendiri.

Telefonnya berbunyi menimbulkan rasa teruja pada hatinya. Sangkanya,Rosalinda yang menelefonnya. Bolehlah juga untuk lepaskan rasa rindu. Tapi,yang ni?

Nama Datin Sophea tertera pada skrin. Danial sudah kelat wajahnya. Nak jawab ke tak? Dah nak tiga minggu pergi Los Angeles,sekarang baru ingat anak sendiri?

"Helo." Danial menjawab juga panggilan telefon dari Datin Sophea. Kalau tak jawab nanti,takut dicop anak derhaka pula sebab biadap dengan ibu sendiri.

"Hello sweetheart. I miss you.. How are you?"  Lembut suara Datin Sophea menyapa gegendang telinga. Danial tiba-tiba terasa sebak. Dia rindukan ibubapanya.

"I'm fine. Why did you call me? I'm busy so please hurried up. I didn't want to waste my time,"kata Danial. Dia masih menegakkan egonya.

"Danial kerja? Sibuk dengan kerja?"kata Datin Sophea dari corong telefon. Telinga dapat menangkap suara Datin Sophea yang mengeluh. Pasti dia risaukan keadaan anaknya.

"Danial,how about your school? Janganlah buat mommy risau. Danial kan nak ambil SPM. Belajarlah,sayang.Janganlah susahkan diri untuk cari duit dalam masa sekarang. Mommy boleh kirim duit dari sini.."ujar Datin Sophea. Dia betul-betul susah hati apabila mendapat tahu bahawa anak lelakinya bekerja separuh masa.Bukan dia tak bagi,cuma dia risaukan pelajaran anaknya akan terganggu.

"Mom,i have a responsibility that i've to carried it. Maybe you forgot that you have a daughter-in-law. Rosalinda. She's my wife and i have to take care of her. Jadi,mommy tak perlu risaukan Dani sebab Dani dah cukup matang untuk jaga diri Dani,untuk jaga isteri Dani. Once you left me,then mommy tak perlu sibuk nak ambil tahu pasal Dani lagi.Okey? " Danial meluahkan isi hatinya.Kekecewaannya terhadap ibubapanya masih lagi terasa.

"Dani,mommy minta ma-"

"I'm sorry but i've to go. Bye. "

Talian terus diputuskan. Danial memegang erat telefonnya.Kadang kala,hatinya terasa kesal kerana berlaku biadap pada ibunya sendiri. Namun,dia tak dapat mengawal dirinya untuk menghamburkan rasa kecewa.

"Danial? Is that you?"

Danial mengangkat wajahnya. Pandangannya dialihkan pada luar kedai. Seorang gadis berambut perang dipandang. Dahinya berkerut sebelum dia mengenalpasti wajah tersebut.

"Nayra."

Shit. Macam mana dia ada dekat sini?


Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now