BAB 44

5.3K 273 1
                                    

Dunia Kuala Lumpur yang tidak pernah lengang membuatkan jalan menjadi sesak. Hampir masuk waktu makan tengahari,jalanraya masih lagi penuh dengan kereta.

Danial melihat ke luar tingkap. Sejak dia balik ke Malaysia,ini kali pertama dia melihat Kuala Lumpur. Rosalinda memandang suaminya yang sedang asyik melihat dunia Kuala Lumpur.Bibirnya terukir senyuman.

"Nanti kita pergi jalan-jalan.Nak tak?"soal Rosalinda. Dia memeluk lengan Danial tanpa lepas.Sikap manjanya pada Danial tidak dapat dibendung lagi.

"Okey." Danial menjawab dengan senyuman.

Datin Sophea yang turut berada di dalam kereta tersebut hanya tersenyum melihat kemesraan anak menantunya. Alhamdulillah,dia memilih calon yang tepat buat anak lelakinya. Jelas wajah Danial yang sedang bahagia bersama isterinya.

"Sayang,nanti kita tengok wayang nak? Kita dah lama tak dating,"bisik Danial. Dia tidak mahu Datin Sophea mahupun pemandunya terdengar perbualannya dengan Rosalinda.

"Tengok wayang?"

Danial mengangguk. Dia tersenyum lagi.

"Sayang nak tengok cerita apa? Abang okey je."

Rosalinda sudah tersengih. Ni yang seronok!

"Kita tengok Dilan."

"Oh,cerita cinta budak sekolah tu ya?"

Rosalinda tercengang.Macam mana Danial tahu? Dia layan ke filem cinta macam tu?

"Macam mana abang tahu? Bukan ke abang tak minat cerita cinta?"soal Rosalinda Dia musykil.

"Ingat abang ni buta IT ke? Abang tahu,cerita Dilan tu terkenal. Lagi-lagi yang suka berangan macam sayang ni. Suka lah tengok filem cinta macam tu.Teringin nak dapat hero macam Dilan tu.Betul tak?"kata Danial lagi. Rosalinda tercengang lagi. Danial tahu keseluruhan cerita ke? Ish,tak boleh jadi ni.

"Abang dah tengok ke?"

"Belum,tapi abang tengok teaser dia je. Dilan tu sweet talker,kan? Sayang sukalah sweet talker. " Danial mengerling ke arah isterinya. Sengaja mahu menduga.

"Tapi,saya lagi sukakan abang.Antara sweet talker dengan annoying,saya lagi suka annoying abang." Rosalinda tersengih.Dia membodek suaminya berbakul- bakul.

"Amboi.. "

Rosalinda melentokkan kepalanya di atas bahu Danial. Tak sabar rasanya mahu memulakan hidup baru dengan suaminya di KL.

Danial tersenyum melihat kemanjaan Rosalinda. Semakin hubungan mereka menjadi rapat,semakin menjadi-jadi perangai manja Rosalinda. Tapi,itu yang Danial paling suka. Selama ni,dia dimanjakan.Kali ni,biar dia manjakan isteri pula. Barulah gentleman!

Tidak lama kemudian,mereka tiba di kawasan perumahan. Rumah agam yang terletak di taman perumahan itu dipandang kagum. Inilah salah satu aset harta ibubapa Danial yang diwariskan ke atas namanya. Aset harta yang Danial bertanggungjawab untuk menjaganya setelah umurnya mencecah 18 tahun.

"Mommy duduk sini sorang-sorang ke selama ni?"soal Rosalinda.Dia melihat sekelilingnya. Luas! Tiga kali ganda lebih besar dari rumah di kampung.

"Tak adalah,mommy duduk.dengam bibik.Ada juga teman berbual. Sekarang,anak menantu mommy dah ada. Boleh teman mommy,"kata Datin Sophea. Riak wajahnya ceria. Seronok dapat bersatu dengan anak menantunya.

Danial menolong Pak Joe membawa bagasi mereka masuk ke dalam rumah. Sesekali dia melihat di sekelilingnya. Boleh tahan rumah yang dibeli oleh bapanya.

"Bilik Danial dengan Ros dekat atas ya. Mommy tak guna bilik utama. Tu bilik untuk Danial dengan Ros. Bilik mommy berdepan dengan bilik kamu berdua. "

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now