"Ros.. Saya dah penat nak ulang banyak kali.Saya cakap,saya penat. Saya nak tidur. Takkan tu pun tak boleh faham? Lagi satu,saya minta air coklat kan? Kenapa bagi saya air susu? Dah tak boleh faham apa yang orang cakap?"
Rosalinda tertunduk. Danial terus-menerus memarahi Rosalinda walaupun kesalahan yang dibuat hanyalah kecil dan hanya hal yang remeh.
Siapa sangka,inilah diri Danial sekarang. Empat minggu berlalu dengan pantas dan ini yang Rosalinda hadapi sekarang. Danial yang berubah menjadi panas baran.
Sejak Danial bawa Nayra pindah ke rumah lain,perlahan-lahan Danial berubah. Dari segi sikap dan juga pertuturannya. Datin Sophea ada menegur anak lelakinya tapi tak memberi kesan. Ia hanya membuatkan lelaki itu bertambah berang.
"Selalunya,abang minta susu. Lagipun,banyak barang dapur dah habis. Kita tak beli lagi.." Rosalinda memandang suaminya.Dia memberanikan diri untuk mengangkat wajahnya.
"Pekak ke? Saya cakap,saya minta air coklat. Kalau barang habis,ajaklah mummy pergi beli.n Takkan itu pun saya nak cakap? Saya ni banyak benda nak kena buat. Dengan awak yang asyik merungut lenguh badanlah,penatlah. Saya dah pesan,kalau penat jangan buat kerja rumah. Selesai masalah. Dengan Nayra yang asyik mengidam itu ini.Eh, saya boleh jadi gila tahu tak?" Danial merengus dan bingkas bangun.Dia pergi naik ke atas meninggalkan Rosalinda.
Jujur,kecil hati Rosalinda. Salah ke dia nak mengadu pada suami sendiri? Siapa lagi yang dia perlu mengadu kalau bukan suami sendiri?
Rosalinda membetulkan kedudukannya di atas sofa. Dia meletakkan bantal di belakang badannya agar menjadi lebih selesa. Rosalinda mencapai segelas susu yang dibancuhnya tadi buat Danial dan perlahan-lahan menyisip susu tersebut.
"Buat apa lagi tu? Tadi kata sakit pingganglah,apa lah. Naiklah cepat! Nak orang tolong urut tapi dia berlenggang lagi dekat situ. Susu orang pun dia minum,"sergah Danial.
Danial merungut dan kembali naik ke atas. Rosalinda segera meletakkan semula susu tersebut dan bingkas naik ke atas. Dengan keadaannya yang semakin sarat,dia mengambil masa untuk naik tangga.
"Ros! Ambilkan telefon saya sekali! Benda tu tak boleh tinggal merata.Nanti Nayra telefon,naya saja. Tak pasal dia merajuk sebab tak jawab panggilan dia nanti." Sempat Danial mengarahkan isterinya yang sedang sarat untuk berulang-alik naik tangga.
Kalaulah arwah Dato' Azraff ada,pasti dia sudah di'gulai'! Sesuka hati membuli isteri macam ni. Ingat bagus ke?
Rosalinda hanya mampu menahan sabar. Selagi boleh dia tahan,dia akan tahan. Tapi,jangan sampai tahap kesabarannya melebihi sempadan. Memang selamat tinggal! Janji manis? Lupakan! Orang yang mungkiri janji tak boleh diberi muka!
Saat Rosalinda mengambil telefon suaminya,serta merta telefon tersebut berbunyi dan nama Nayra tertera. Hati Rosalinda mendongkol geram.Dia terus menjawab panggilan telefon tersebut.
"Abang,abang dah tidur ke? Nayra rindu abang.Nayra teringin nak lasagna. Abang sukakan? Jom kita pergi makan." Ceria suara Nayra menyapa telinga Rosalinda. Berasap Rosalinda dibuatnya.
"Eh,Nayra. Kau nak apa lagi? Cukuplah tu! Tiga hari suami aku asyik luangkan masa dengan kau. Sekarang,giliran akulah pula.Lagi satu,kalau kau nak makan,buatlah sendiri! Jangan asyik minta Danial belikan untuk kau. Dia pun manusia. Yang tahu erti penat. Tolonglah,Nayra! Berhenti buli suami aku!"marah Rosalinda.Dia menghamburkan kemarahannya pada Nayra.
"Eh yang kau nak mengamuk kenapa?Dia suami aku! Lagipun,dia yang rela nak layan aku macam ratu! Ros,berhentilah berangan. Sekarang,Danial dah berpaling tadah daripada kau tahu tak? Dia dah sayang aku. Jadi,kau tak payah berlagak sangat.Aku ni keutamaan Danial sekarang. Ingat tu!" Giliran Nayra pula untuk membidas kata-kata Rosalinda.
"Nayra,kau dengar sini baik-baik."
Rosalinda mahu membuka mulut untuk memarahi Nayra lagi,namun Danial pula yang menyampuk daripada belakang.
"Awak tu yang patut dengar baik-baik."
Rosalinda terus menoleh.
"Saya dah pesan,awak dengan Nayra kena berbaik kan? Kenapa awak nak marah dia? Ya,saya tahu awak isteri saya. Tapi,awak kena ingat. Nayra pun isteri saya. Jadi,awak tak ada hak nak marah dia dan tuduh dia buli saya. Dia tak buli saya pun! Macam awak juga. Awak sakit pinggang dan awak mengadu dekat saya kan? Ada saya abaikan awak? Tak ada kan? Jadi,tak ada sebab awak nak cemburu buta,Ros!"marah Danial.Nayra yang terdengar dari dalam telefon hanya menahan tawa.
Padan muka!
"Kenapa awak asyik bela Nayra? Awak asyik luangkan masa awak dengan dia. Apa-apa kesalahan,mesti saya yang kena. Awak tak pernah marah Nayra. Tapi,sebaliknya awak marah saya!"bentak Rosalinda.Dia mula beremosi. Rasa geram,marah dan sebagainya di dalam hatinya. Dia rasa tak adil!
"Mana awak tahu saya tak marahkan Nayra? Kalau awak tak tahu apa-apa,baik awak diam saja. Saya tengok awak ni pendiam. Nampak baik sangat! Tapi sebenarnya mulut awak boleh tahan juga kan? Suka tuduh orang." Danial melepaskan kata-katanya di hadapan Rosalinda.
"Awak suka Nayra. Betul tak?" Rosalinda mengendurkan suaranya. Dia memandang tepat ke dalam anak mata Danial.
"Kalau saya mengaku saya suka dia,kenapa? Tak salah pun sebab dia isteri saya juga. Jangan pernah awak nak ungkit janji manis kita dulu. Kalau awak tak buat perangai cemburu buta macam ni,kita masih boleh bersama. Tapi,kalau awak masih buat perangai teruk ni, jangan mimpi awak nak tidur sebelah saya."
Rosalinda terdiam. Kenapa Danial berkelakuan sebegini? Betul-betul berubah!
"Kenapa abang berubah?" Suara Rosalinda bergetar menahan airmata.
"Saya tak berubah,Ros. Cuma keadaan yang mendesak saya. Keadaan yang buat saya jadi macam ni. Ingat kata-kata saya. Saya tak pernah marahkan awak. Tapi,awak jangan sesekali cuba buat saya marahkan awak."
Danial merampas telefon daripada tangan isterinya. Kemudian,dia berlalu pergi.
Rosalinda hanya berdiri kaku disitu. Kata-kata Danial menusuk jiwanya. Sakit.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...