Rosalinda duduk termenung di tempatnya. Buku lukisannya dibiarkan terbuka. Sesekali dia mengeluh. Kepalanya diletakkan di atas meja.
Ada perkara yang benar-benar mengganggu fikirannya sekarang. Apa yang diberitahu oleh bapanya semalam memang mengganggu fikirannya.
Kalau boleh,dia mahu memberontak dan lari dari rumah. Tapi semua tu hanya akan menimbulkan masalah pada keluarga dan dirinya nanti.
Kata-kata bapanya semalam terus bermain di benak fikiran.
"Ayah tahu,Ros susah nak terima. Tapi,ayah buat semua ni ada sebab. Apa salahnya kita tolong kawan ayah,pakcik Azraff tu. Kan?"kata Tuan Idris.
"Tolong apa,ayah?"soal Rosalinda,kebingungan.
"Tolong jagakan anak lelaki dia. Ayah nak Ros kahwin dengan anak lelaki dia. Hanya Ros yang ayah boleh harapkan. Tolong ya? Anggap Ros balas jasa ayah jaga Ros selama ni. Boleh? Kesian kawan ayah tu. Tak ada siapa dapat tolong dia. Ros je harapan dia,"kata Tuan Idris.
Rosalinda terkejut. Wajah ayahnya dipandang lama.
"Ayah,Ros baru 17 tahun. Tak masuk akal nak jadi isteri orang apatah lagi nak jaga suami. Ros masih mentah,ayah. Ros tak tahu tanggungjawab isteri,"kata Rosalinda,sedaya upaya menolak permintaan ayahnya.
"Ros.. Ayah teringin nak berbesan dengan kawan ayah tu. Lagipun,ayah tak tahu berapa lama lagi ayah dekat muka bumi ni. Ayah pun teringin nak tengok anak ayah bahagia dengan pasangan hidup. Tolong ya? Ayah yakin,Ros sukakan anak lelaki dia. Tolong ya sayang?"
Pujuk rayu bapanya yang mampu melemahkan hatinya sebagai seorang anak perempuan. Memang permintaam bapanya tak masuk akal,tetapi..
Haih. Entahlah. Dia sendiri buntu. Dia belum bersedia nak jadi seorang isteri. Apatah lagi isteri kepada lelaki yang dia tak kenal. Siapa lelaki tu? Kenapa ayahnya yakin sangat dia akan bahagia dengan lelaki tu?
"Oi." Kerusi Rosalinda ditendang. Rosalinda tersentak. Dia menoleh ke belakang,memandang wajah Danial.
"Awak nak apa? Tak boleh ke panggil elok-elok?"marahnya. Dia mengerutkan dahinya.
"Aku panggil kau banyak kali,tapi tak dengar. Lepas tu nak marah aku. Sekali aku bagi penumbuk kejap lagi,bisu terus." Danial menjegilkan matanya. Geram juga dengan bunga Ros ni. Dia yang pekak,orang lain pula dipersalahkan. Pang kang!
"Ish,awak nak apa? Saya nak belajar ni."
"Belajar la sangat. Cikgu dah keluar dari kelas pun. Tadi,cikgu mengajar kau berangan. Tu yang aku panggil sampai kau tak dengar kan?"bebel Danial.
"Fine! Awak nak apa?"soal Rosalinda lagi.
"Petang ni kau ada pergi mana-mana tak?"soal Danial. Rosalinda hanya menjawab dengan gelengan.
"Bagus. Aku nak kau temankan aku petang ni." Danial memeluk tubuh.
"Teman awak pergi mana? Eh,taknaklah! Buang masa! Pagi dah kena hadap muka awak. Takkan petang pun hadap muka awak? Ey,taknak!" Rosalinda menjeling wajah Danial. Dia menghadap ke hadapan semula.
"Eh,tak ada! Kau kena temankan aku juga! Aku ada latihan bola baling. Kalau kau tak temankan aku,aku bocorkan rahsia kau."
"Rahsia apa?" Rosalinda menghadap Danial semula.
"Rahsia kau tak siap kerja sekolah. Rahsia kau meniru kerja aku. Semalas-malas aku,tak ada tak siap kerja sekolah macam kau!"
Rosalinda menggulingkan bebola matanya ke atas. Bukan dia malas,tapi tahap IQ dirinya yang rendah membuatkan dia tak dapat menyiapkan kerja sekolah sepenuhnya. Bila minta tolong mamat ni,dikatanya meniru! Tak guna betul.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...