"Ros.. Ros,tunggu. Dengar dulu apa yang abang nak cakap ni."
Danial cuba mencapai tangan Rosalinda namun Rosalinda lebih pantas menarik tangannya. Matanya merah menahan tangis. Dia langsung tidak memandang ke arah suaminya. Menyakitkan hati!
"Ros,abang tak niat nak kecilkan hati Ros.. Tapi,sayang tahu kan abang tertekan? Banyak masalah sekarang ni. Masalah pejabat,masalah peribadi,masalah keluarga.. Semua tu buat abang tertekan. Jangan ambil hati,sayang..."pujuk Danial. Dia tetap memegang tangan isterinya dan digenggam erat.
"Saya hanya minta tolong awak mandikan Hariz je. Tak lebih dari tu pun. Tapi,awak boleh cakap saya ni menyusahkan. Okey,saya mengaku. Saya dah banyak susahkan awak selama ni. Harini juga saya akan bantu awak untuk hilangkan beban awak satu." Rosalinda berjalan berhatih-hati pergi ke almari baju.
Dalam keadaannya yang masih berpantang,dia perlu berhati-hati agar tidak mendatangkan perkara buruk pada dirinya.
"Apa maksud sayang? Ros,awak tak tinggalkan saya kan?"
Danial cuak.
"Saya nak balik kampung. Awak jangan ikut saya. Kalau awak ikut,saya takkan benarkan awak jumpa Hariz lagi." Rosalinda memberi amaran.
Danial terkaku. Mulutnya terdiam seribu kata.
Nak pujuk macam mana lagi? Memang salah dia pun.
Tadi,Rosalinda meminta tolong dari Danial untuk mandikan Hariz. Namun,kerja lebih penting berbanding keluarga. Danial tertekan dengan masalah pejabatnya dan dia terus melepaskan pada Rosalinda.
Kata-kata Danial tadi betul-betul tersemat di dalam otak Rosalinda.
"Tak faham bahasa? Saya cakap tunggu kejap lagi. Takkan orang nak ulang banyak kali? Otak letak dekat mana? Dah besar pun masih lembab. Dah ada anak pun masih menyusahkan orang."
Maka,Rosalinda pun tersentap. Bertambah sakit hatinya dengan Danial. Ingat baru nak pujuk hati,tapi sekarang? Hm,lupakanlah! Kalau dah taknak,bagitahu. Orang boleh angkat kaki pergi dari hidup dia lah!
Rosalinda mula mengemas baju. Suara anak kecilnya mula kedengaran. Danial menjadi tak tentu arah. Takkan Rosalinda betul-betul nak pergi? Bukan dia main-main je ke?
"Ros.. Awak nak pergi mana? Kenapa kemas baju ni semua? Sayang main-main je kan?"
"Saya tak ada masa nak main-mainlah,Danial!" Tahap kesabaran Rosalinda berada di kemuncaknya. Dia memandang Danial dan segera mengesat airmatanya.
"Saya dah lama bersabar dengan perangai awak,Danial. Setiap hari,awak makin menguji kesabaran saya. Awak jangan buat-buat tak tahu,Danial. Ingat saya bodoh ke? Ingat saya tak tahu yang awak mengadu dekat Nayra pasal saya? Awak cakap macam-macam pasal saya kan? Saya baca semua mesej awak dekat Nayra,Danial Evans!
Apa salah saya sampai awak boleh burukkan saya dekat Nayra? Apa,saya ni terlalu mengada dekat awak sampai awak naik rimas? Awak kesal sebab saya mengandung? Macam tu?" Panjang lebar Rosalinda menyerang Danial melalui kata-kata luahannya.
"R-Ros,bukan macam tu.." Danial menjadi gugup. Dia tertangkap mengata isteri sendiri. Tak sangka,mesej-mesej yang lepas tersebut sempat dibaca oleh Rosalinda.
"Kalau awak tak suka saya mengandung dulu,kenapa awak tak tolak saya dekat tangga je? Kenapa tak letak racun dekat dalam minuman saya? Bukan setakat anak saya,tapi dengan saya sekali akan pergi dari hidup awak. Nayra boleh ambil gelaran isteri kepada Danial Evans tanpa ada gangguan."
Rosalinda meneruskan mengemas baju. Suara tangis Hariz Evans semakin kuat.Tergopoh-gapah Danial mendapatkan anak lelakinya. Dia dukung dan memeluk anak kecilnya. Dia takkan biarkan Rosalinda pergi. Dia takkan lepaskan Hariz!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...