Tangan Rosalinda digenggam erat. Sebelah lagi tangannya menolak troli yang membawa bagasi mereka berdua. Sesekali dia mengerling ke arah isterinya. Jelas riak wajah Rosalinda yang agak kepenatan. Dia tersenyum sendiri.
Setelah mendapatkan teksi dan menyimpan bagasi,mereka berdua masuk ke dalam teksi.
"Akhirnya,kita balik Malaysia juga.." Rosalinda menguap.
"Lain kali nak pergi lagi tak?"soal Danial.
"Pergi mana?"
"Mana-mana yang sayang nak pergilah.Abang cuba untuk bawa sayang." Danial menarik kepala Rosalinda agar terlentok di bahunya. Dia tidak lepas menggenggam tangan isterinya.
"Saya tak kisah. Kalau ada rezeki,kita pergi lagi. Dapat merasa pergi sekali ni pun saya dah bersyukur samgat,"ujar Rosalinda.Dia memeluk lengan Danial.
"Abang janji,abang kerja then dapat gaji. Abang kumpul duit lepas tu kita pergi bercuti lagi."
Rosalinda mendongak sedikit memandang wajah Danial. Dia tersenyum. "Thank you."
Danial turut tersenyum. Dia mengucup tangan isterinya.
"Lusa dah mula sekolah balik. Nanti abang duduk sebelah sayang okey?"Danial membetulkan sedikit tudung Rosalinda.
"Habis tu,Fadil macam mana?"
"Biarlah dia. Bukannya dia tak biasa duduk sorang.Abang nak duduk dengan sayang."
Rosalinda tersenyum lagi. "Tak rasa kekok ke panggil abang?"
"Kenapa? Sayang kekok? Kalau taknak,tak apa. Abang tak paksa.Pada abang,panggilan yang kita guna tu untuk eratkan hubungan dan tunjuk rasa hormat pada pasangan. Am i right?"kata Danial.Keningnya terangkat sedikit,memandang isterinya.
"Mat saleh saya ni dah matang.Bukan mat saleh yang nakal macam dulu,"kata Rosalinda. Dia mencubit perlahan hidung suaminya.
Danial ketawa kecil.
"Sayang."
"Hm?"
"Kenapa sayang tak bantah waktu parents kita nak kahwinkan kita haritu?"soal Danial.Tiba-tiba,hatinya terdetik rasa ingin tahu.
"Sebab,saya rasa macam tak ada gunanya saya bantah.Kalau saya bantah pun,saya tetap kena kahwin dengan abang. Jadi,saya anggap ni takdir saya dan mat saleh yang suka kacau saya ni.. Jadi suami saya." Rosalinda tersengih.
Danial merenung Rosalinda kemudian dia ketawa kecil. "Betullah apa yang abang rasa dulu."
"Hm? Abang rasa apa?"
"Abang sebenarnya dah sukakan sayang sejak mula-mula kita jumpa. Cuma,abang je yang nafikan perasaan tu. Bila abang kena paksa kahwin dengan sayang,waktu tu baru abang sedar. Abang memang dah sukakan sayang. That's why abang boleh terima sayang sepenuh hati secepat ni. Kalau sayang nak tahu,abang susah nak sayang orang." Danial bermain-main dengan jari Rosalinda.
"Abang memang terpaksa kahwin dengan saya?"soal Rosalinda.
"Ada kalanya,bagus juga kena paksa macam ni. Parents tahu apa yang terbaik untuk anak-anak diorang. Dan,ni lah yang terbaik untuk abang. Sayang perkara yang paling terbaik yang pernah terjadi dalam hidup abang."
Rosalinda menjadi berbunga. Dia tidak menahan senyuman. Ey,rasa macam dekat taman bunga!
"Sweet tak? Abang curi ayat tu dalam drama."
Rosalinda tergelak. Dia menepuk perlahan bahu Danial.
Danial turut tergelak. Rosalinda kembali melentokkan kepalanya di atas bahu suaminya.
"Saya nak tidur sekejap. Dah sampai,bagitahu okey."
"Yelah,makcik.."
Rosalinda tersenyum.Dia melelapkan matanya.
Danial mencuri pandang ke arah isterinya yang melelapkan mata.
Ya,dia pasti. Dia telah jatuh hati pada orang yang betul.
"BALIK dah anak-anak mommy.."
Datin Sophea memeluk mesra Rosalinda. Danial hanya menayang riak wajah biasa. Rosalinda tersenyum.
"Rindu mommy,mama dengan ayah." Rosalinda tersengih pula.
"Seronok pergi sana?"soal Puan Zahra.
Rosalinda mengangguk laju. "Seronok! Cantik dekat sana. Ros dengan abang ada ambil banyak gambar dekat sana."
"Abang? Amboi.. Manisnya panggilan tu.Macam ni lah yang ayah nak dengar,"selit Tuan Idris pula.
Rosalinda termalu sendiri.Aduh! Terlepas cakap pula!
Senang hati Datin Sophea mendengarnya. Nampaknya,banyak perubahan positif pada anak lelakinya. Tak sia-sia dia kahwinkan Danial dengan Rosalinda.
"Eh,jomlah masuk. Mama dengan mommy ada masak banyak tu."
Danial yang sejak tadi hanya menyapa mertuanya bergegas membawa bagasi mereka berdua masuk ke dalam rumah. Rosalinda memeluk lengan ibu mertuanya. Moga-moga hatinya tidak terasa dengan sikap Danial.
Sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah,Danial terbau sesuatu yang kurang menyenangkan. Dahinya berkerut-kerut.
"Kenapa,Danial?"soal Puan Zahra. Dia tahu,Danial sudah terbau durian.Melihat wajah berkerut Danial,sah menantunya tak sukakan durian!
"Bau apa ni?"soal Danial.
Rosalinda yang ternampak beberapa biji durian di dapur segera menuruni tangga yang menuju ke dapur untuk mendapatkan durian tersebut.
"Oh my god! Durian!" Rosalinda teruja.
"D-durian?"
Danial melihat Rosalinda yang sudah teruja mahu menikmati buah durian itu. Dia menutup hidung.
"Siapa bawa durian? Sorry,Danial tak suka durian ada dalam rumah ni. Durian,belacan,tempoyak or whatever kind of smelly foods tak dibenarkan bawa masuk dalam rumah ni. Ros,kalau nak makan durian tu,pergi makan dekat pangkin luar." Danial memandang Datin Sophea kemudian dia hanya menjeling. Dia berjalan masuk ke dalam biliknya.
Rosalinda terpinga-pinga.
"Sophea,aku minta maaf. Aku tak tahu pula Danial betul-betul anti dengan durian." Puan Zahra berasa serba salah.
"Tak apa,Zah. Danial penat tu. Tu sebab mood dia kurang baik. Ros,nanti kita makan durian tu sama-sama dekat pangkin luar."
"Mommy makan durian?"soal Rosalinda,sedikit terkejut. Datin Sophea tersenyum.
"Nanti mommy cerita. Sekarang,pergi mandi dulu.Kita makan sama-sama. Banyak lauk ni. Ajak Danial sekali,okey?"
Rosalinda mengangguk.
"Okey.."
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...