Danial termenung. Pen yang ada ditangannya setia dipegang. Matanya tidak dapat dialihkan daripada Rosalinda yang sedang fokus menulis nota yang diberi cikgu.
Fadil memandang Danial. Dia menayang wajah menyampah.
Tahulah pengantin baru. Jangan tunjuk angau sangat,kawan!
"Oi." Bahu Danial ditolak perlahan. Fadil memandang Danial yang baru tersedar dari lamunannya. Danial seperti terkebil-kebil.
"Kenapa? Cikgu panggil aku ke?"soal Danial.
"Amboi.. Berangan jauh kau ya? Aku sunat kau lagi sekali tahulah." Fadil menjegilkan matanya.
Danial baru tersedar kesilapannya. Dia tersenyum sumbing.
"Aku taknak bercakap hal tu dekat sini. Nanti kau yang susah. Tapi,tunggulah balik rumah. Tataplah muka tu puas-puas. Cis,ni ke muka yang mengadu dekat aku kata tak rela tu? Sekarang apa cerita? Terlebih rela ke?"perli Fadil.
Danial menyekeh kepala Fadil. Dia menjuihkan bibirnya. Dah lama hidup ke anak orang ni? Bercakap suara kemain kuat. Nanti orang dengar,naya!
"Aku gam mulut kau nanti,Fad.."
"Dah tu? Mata tak boleh lepas pandang dah kenapa? Nanti kantoilah. Kau nak Aina tu tahu? Lagi haru biru nanti,"bisik Fadil.
"Ish,yelah. Aku salah. " Danial mengaku salah. Tapi,masalahnya sekarang ni dia tak dapat lepas pandang dari Rosalinda. Dia sendiri tak tahu kenapa. Satu perasaan yang membuak-buak membuatkan dia ingin merenung gadis itu sepanjang hari.
"Tengok tu,pandang lagi. Ish budak ni,"bebel Fadil lagi. Danial terus tersengih-sengih.
Sedar,Danial. Sedar! Kenapa aku ni? Tiba-tiba nak pandang dia lebih-lebih.Dah kenapa? Mabuk?
Hm,takkan mabuk cinta kot? Sedar sikit. Rosalinda tu tak pandang kau pun!
KERUSI Rosalinda ditendang. Rosalinda yang sedang mengemas barangnya itu menahan geram. Mula dah. Dia dah mula balik kerja jahat dia!
"Oi." Kerusi Ros ditendang lagi.
"Awak nak apa?"soal Rosalinda. Dia menahan geram di dada. Ey kalaulah dia boleh hempuk mamat ni dengan beg.
Ops,bukan mamat. Tapi suami!
Bungkusan roti coklat dicampak ke atas meja Rosalinda. Danial bersandar pada kerusinya sambil tangannya diseluk pada poket seluar.
"Apa ni?"soal Rosalinda.
"Pemadam perisa coklat. Gunalah pemadam tu. Biar manis sikit buku kau. " Danial menggulingkan bebola matanya ke atas. Dah tahu tu roti,lagi nak tanya!
"Saya tahu ni roti. Tapi kenapa awak bagi saya? "
"Aku tahu,kau takkan keluar rehat. Jadi,aku beli roti tu. Untuk kau makan,bukan buat jadi pemadam. Faham?" Danial menayang wajah sombongnya. Hm,karakter lama sudah kembali. Danial yang suka mengusik dah kembali.
"Awak makanlah. Saya taknak. " Roti dipulangkan semula. Dia menghulurkan roti itu.
"Ambik. Aku beli untuk kau.Cuba bersyukur sikit ada orang belanja." Danial geram.
"Kalau nak sangat belanja saya,baik belanja makan dekat hotel. Baru berbaloi.Ni tak. Roti je? Kedekut,"kutuk Rosalinda. Dia mencebik.
"Ey,demand! Sekarang,baik kau ambil roti ni. Makan,"kata Danial. Dia memeluk tubuh. Matanya merenung wajah Rosalinda. Memandangkan kelas mereka kosong tanpa pelajar yang sudah pergi ke kantin,baik Danial cepat-cepat bagi isterinya roti tu. Kang timbul gosip pulak!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...