BAB 50

5.8K 255 1
                                    

“Nayra,kamu taknak pergi cari kerja? Aina pun dah dapat kerja sambilan. Takkan kamu taknak kerja?”

Nayra mula membuat muka. Dia hanya fokus kepada televisyen. Ibunya yang bertanya tidak diendahkannya.

"Mak tanya ni,Nayra. Umur kamu tu dah 21 tahun. Nanti mesti kamu nk kahwin. Kamu taknak kahwin,Nayra?"

Itu point ibunya sebenarnya. Dah agak! Suruh aku kerja semata-mata nak suruh aku kahwin.Gila ke? Muda lagi kot! Bisik hati Nayra.

"Mak bukan apa.. Mak ada dua orang anak je. Dua-dua perempuan. Mak nak juga tengok anak-anak mak naik pelamin nanti.."

Nayra merengus. Dia memandang ibunya dengan wajah yang jelas tidak puas hati.

"Mak,ingat senang ke nak dapat kerja lepas tu nak kahwin? Nak cari kerja pun susah tahu tak? Lainlah ada 'orang dalam' yang boleh tolong recommend Nayra ni. Senang la dapat kerja."

"Kalau macam tu,cubalah tanya kawan-kawan Nayra. Manalah tahu diorang boleh tolong? Takkan kamu tak ada kawan langsung yang boleh tolong?"

Nayra mendiamkan diri tidak menjawab pertanyaan ibunya. Wajahnya masam mencuka.

Hm,kawan?

DANIAL merenung wajah isterinya tak lepas. Bibirnya tersenyum-senyum melihat Rosalinda yang sedang enak menjamu selera. Danial menongkat dagunya sambil memerhatikan isterinya.

"Abang ni kenapa? Pandang saya lama-lama. Tumbuk nak?" Rosalinda masih fokus pada nasi goreng yang di bawa oleh ibu mertuanya.

"Garangnya mama ni. Janganlah garang sangat. Nanti cepat tua,"kata Danial pula.

"Apa mama? Saya taknak anak saya panggil saya mama." Rosalinda mencebik.

"Eh kenapa? Ni anak kita tau. Sayang mana boleh buat macam tu." Dahi Danial berkerut.

"Abang ingat saya nak buat apa? Ish,mengarut betullah fikiran abang ni. Maksud saya,saya nak anak saya ni panggil saya ibu."

"Ibu? Oh my god.. Sayang,tak sesuai. Ketinggalan zaman sangat. Baby kena panggil mama atau mummy. That's it." Danial mengusap perut Rosalinda perlahan. Bibirnya tersengih.Berbeza pula dengan Rosalinda yang sudah tercebik-cebik bibirnya. Tak puas hati dengan cadangan suaminya.

"Sukahati sayalah nak anak saya panggil saya ibu ke,mak ke, umi ke,mother ke.. Abang kalau nak panggil papa,panggillah. Saya tak kacau pun."

Danial memandang Rosalinda yang sudah muncung sedepa. Dia ketawa kecil.

"Yelah ibu.Sukahati ibulah nak panggil apa pun.Papa tak kacau. Jangan muncung macam tu.Nanti baby punya bibir muncung juga ikut ibu." Danial menarik perlahan muncung isterinya.

"Nak muncung juga." Rosalinda sudah berpeuk tubuh. Saja mahu mengada-ngada. Ala,bukan dengan orang lain.Suami sendiri juga kan!

"Okey,papa tahu macam mana nak settle."

"Macam mana?"

Danial pula yang muncungkam bibirnya berura-ura mahu mencium pipi Rosalinda,namun gadis itu lebih pantas menolak wajah suaminya daripada terus menghala ke pipi gebunya.

"Ey,sukahati je nak cium orang. Tumbuk kang." Rosalinda menjegilkan matanya.

"Tumbuk kang." Danial mengajuk cara isterinya. Sekali dengan mimik muka dia buat. Dia ni kalau tak annoying memang tak sah.

"Ey abang!"

Danial tergelak. Dia mencubit pipi isterinya. Geram! Comel sangat!

"Marahlah abang lagi,sayang.Abang suka." Danial merapatkan badannya dengan Rosalinda.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now