Danial berjalan di belakang isterinya sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Sejak keluar dari kawasan sekolah tadi,Rosalinda tidak bercakap sepatah pun dengannya.
Dalam kelas pun,apabila ditanya,sepatah saja dijawabnya. Penat mulut bertanya. Namun,tindak balas dari Rosalinda tidak memuaskan hati.
Danial berjalan seiring dengan Rosalinda dan bahu gadis itu dipeluk mesra. Rosalinda memandang Danial kemudian dia menolak perlahan tangan suaminya.
"Nak peluk pun dah tak boleh?"soal Danial,sengaja mahu mendengar jawapan yang bakal diberi oleh Rosalinda.
"Bukan tak boleh,tapi takkan nak tunjuk mesra dekat luar rumah? Macamlah tak tahu sekarang ni kita banyak haters.Ramai tak puas hati dengan saya. Nanti saya juga yang tanggung akibatnya.Bukan abang,"kata Rosalinda. Wajahnya masih lagi tidak menggariskan senyuman.
"Diorang kacau lagi ke?"
Rosalinda diam.
"Ros,abang tanya ni."
"Tak kacau pun,cuma bagi 'nasihat' je." Rosalinda menyepak batu-batu di atas jalan.
"Nasihat apa?"
"Tak ada apalah.Lupakan je." Rosalinda mahu melangkah lebih laju namun tangannya ditahan. Dia mula mengeluh.
"Apa lagi?" Rosalinda sudah mengerutkan dahinya.
"Ni mesti sebab Aina kan? Aina ada jumpa Ros ke tadi?"soal Danial.
Rosalinda diam lagi. Tak tahu nak cerita atau tidak. Aina 'menyerang'nya dengan kata-kata,tetapi Rosalinda pula 'membalas' dengan satu tamparan. Agak-agak,mana satu yang keterlaluan?
"Sayang,abang bukan sengaja nak paksa sayang cerita semuanya.Tapi,kalau sayang tak cerita,tak mustahil dari masalah kecil boleh jadi masalah besar. Kita suami isteri kan? Kita kena kongsi masalah. Okey?"kata Danial.Lembut suaranya berbicara dengan Rosalinda dari hati ke hati agar isterinya tidak tersinggung.
Rosalinda menunduk. Langkahnya terhenti daripada terus melangkah. Terdengar esakan kecil dari mulutnya membuat Danial menghela nafas berat.
"Dah,dah.Jangan menangis. Orang tengok,malu." Perlahan-lahan Danial mendakap isterinya. Kepala Rosalinda diletakkan ada dadanya.
"Abang,kita pindah lepas habis sekolah.Kan?"soal Rosalinda bersama esakan kecil.
Danial mengangguk. Tangannya mengusap perlahan lengan isterinya.
"Ya,kita pindah. Kita duduk KL. Kita tak perlu nak hadap manusia bermulut tempayan dekat sini. Kita mula hidup baru dekat KL okey? Abang janji,abang akan bagi kehidupan yang lebih baik untuk Ros dekat KL nanti.Tapi,abang minta sayang kena sabar ya? Sabar sikit je lagi. Habis SPM,kita terus pindah. Okey?"pujuk Danial.Suaranya dilembutkan sehabis mungkin untuk memujuk sang buah hati.
Kesian Ros.Asyik kena kecam saja. Apa yang Ros dah buat sampai ramai pelajar tak sukakannya pun tak tahulah. Takkan dengki sampai macam tu sekali?
"Dah,jangan menangis. Jom,kita beli aiskrim.Kita lumba lari sampai dekat kedai acheh depan tu.Siapa sampai dulu dia menang.Nak? Siapa kalah,dia kena belanja." Danial menekup kedua-dua belah pipi Rosalinda.
"Kalau Ros kalah,abang tetap kena belanja. Duit belanja Ros dah habis."
Danial mengangkat keningnya. "Sayang beli apa sampai duit belanja habis?"
"Beli makananlah. Stres sangat. Baik makan." Rosalinda mencebik.
Danial tergelak. Dia menarik sedikit hujung tudung isterinya menambahkan cebikan di bibir Rosalinda.
"Patutlah makin tembam. Dah,jom.Kita lumba lari.Siapa lambat,dia kalah!" Danial terus mula berlari.
"Abang! Mana aci! Abang tak cakap mula pun!"
"Aci dekat India! Cepat! Siapa lambat,dia kalah!"
Rosalinda turut berlari. Sesekali Danial memandang ke belakang,melihat Rosalinda yang mengejarnya. Dia sudah ketawa melihat Rosalinda yang bersungguh-sungguh berlari.
"Abang main tipu!"
MIKAIL sudah dua hari tidak keluar dari biliknya. Sebelum tu,dia ada keluar dan langsung tidak pulang ke rumah sampai Subuh. Sejak dia balik Subuh tu,dia langsung tak keluar bilik.Bila dipanggil untuk makan,dimarahnya pula adiknya atau maknya.
Syatila semakin pelik. Kenapa Mikail semakin teruk? Takkan kena gantung sekolah terus jadi depres? Atau abangnya murung sebab tak dapat terima hakikat gadis idamannya sudah dimiliki orang? Teruk betul!
"Abang,keluarlah.Mak dah masak tu. Abang tak sayang nyawa ke? Kenapa mogok makan sampai macam ni? Tolong jangan jadi mcam budak-budak boleh? Rimas adik tengok!"
Pintu bilik Mikail diketuk berkali-kali.
"Aku tak boleh keluar. Bahaya! Mat dah masuk 'dalam'!"teriaknya dari dalam bilik.Syatila mengerutkan dahinya. Mat? Mat mana pula? Masuk dalam mana?
"Apa abang merepek ni? Keluarlah. Jangan berkurung. Tak sihat untuk kesihatan abang tu.Kesian mak.Dia dah tunggu tu,"kata Syatila lagi.
"Tak boleh! Kalau ada orang datang,cakap aku tak ada!"
Berkerut-kerut wajah Syatila. Stres layan abangnya.
"Assalamualaikum!"
Suara lelaki memberi salam diluar rumah membuatkan Syatila tersentak. Dia melangkah ke arah pintu dan membukanya tanpa rasa syak apa-apa.
"Waalaikumussalam.. Ya encik? Cari siapa?" Ramah Syatila bertanya. Manis wajahnya tersenyum pada tetamu yang bertandang di rumahnya.
Namun,Mikail pula sebaliknya. Dia sudah berselubung di dalam selimut.
"Ni rumah Adam Mikail Bin Yunus?"soal salah seorang daripada tiga orang lelaki tersebut.
Perlahan-lahan Syatila mengangguk. Aduhai,masalah apa pula Mikail dah buat ni?
"Ya encik? Ada apa ya?" CikNor muncul di sebelah Syatila. Syatila sudah tidak sedap hati.
"Kami cari Adam Mikail Bin Yunus. Dia ada?"
CikNor memandang Syatila,kemudian dia memandang ketiga-tiga lelaki tersebut.
"Ada..Kenapa cari anak saya?"soal CikNor penuh debaran.
"Maaf puan.Kami terpaksa tahan anak puan untuk buat siasatan lanjut tentang kes kecurian yang berlaku baru-baru ni dekat sebuah kedai emas."
CikNor mengusap dadanya. Ya Allah,apa anak aku dah buat?
--
a/n: sis tukar tajuk ehe
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...