BAB 66

6K 231 16
                                    

"Dah azankan anak tadi?"

Danial mengangguk.Dia mengusap lehernya dan tidak berani memandang wajah Datin Sophea. Rosalinda pula jangan cakaplah.Sejak dia tersedar selepas selamat melahirkan anak lelakinya,dia langsung tidak bersuara.

Danial tahu,silapnya kerana tidak melihat telefon pagi tadi.Rosalinda telefon pun dia tidak sedar. Padahnya,dia tiada disisi Rosalinda saat melahirkan anak sulung mereka.

"Danial,mummy nak cakap sikit." Datin Sophea berdiri di sebelah Danial.

"Apa yang Danial dah buat ni? Danial suka ke tengok Rosalinda macam tu? Mummy izinkan Danial kahwin dengan Nayra,tak bermakna Danial boleh pinggirkan Rosalinda terus.Dia pun isteri Danial,kan? Dah ada anak pun.Kenapa buat macam ni?"tegur Datin Sophea.

Danial gugup.Apa dia nak jawab? Takkan nak jawab,dia dah jatuh hati dengan Nayra? Ros pula terus dipinggirkan. Silap-silap,naik hantu Datin Sophea nanti. Alasan tak masuk akal langsung.

"Danial,mummy tahu Danial ada banyak tanggungjawab.Tapi,Ros pun tanggungjawab Danial.Dia perlukan suami dia waktu dia lahirkan Hariz  tadi."

Danial memandang Datin Sophea.

"Hariz?"soalnya.

"Ya,Hariz Evans. Danial tak rasa bahagia ke bila dah jadi babah?"soal Datin Sophea pula. Bahu Danial ditepuk perlahan. Wajah anak lelakinya dipandang dengan penuh kasih.

"Jangan pinggirkan Ros lagi ya? Mummy taknak besan mummy fikir yang bukan-bukan pasal keluarga kita.Jadi,mummy nak Danial ada dengan Ros sepanjang dia berpantang ni. Pasal Nayra,jangan risau.Biar mummy jaga dia. Boleh?"pinta Datin Sophea. Dia melihat cucu lelakinya dari luar bilik bayi. Bibirnya tersenyum melihat wajah cucunya yang ada iras-iras dengan Danial. Kulitnya juga putih kemerahan.

"Cuba tengok muka Hariz tu. Danial tak teruja?"

Danial tersenyum jua.Hatinya memanglah menjadi teruja melihat anak lelakinya sudah selamat lahir ke dunia. Bapa mana yang tak gembira,kan?

"Danial bersyukur sangat mummy sebab Ros sudi lahirkan anak Danial. Walaupun Danial dah banyak buat salah dengan dia. Danial dah mainkan perasaan dia,mummy." Danial tertunduk.Dia bermain-main dengan jarinya. Malu untuk mengangkat muka.

"Maksud Danial?"

Danial meneguk airliur yang terasa kelat. Gugupnya mula terasa.Nak mengaku kesalahan bukanlah suatu yang mudah.

"Danial dah curang dengan Ros,mummy."

Datin Sophea tergamam.Dia seakan tak percaya apabila mendengar anak lelakinya mengaku sebegitu.

"Apa yang kamu cakap ni? Mummy tak faham." Datin Sophea memegang tangan anak lelakinya.

"Cuba cerita. Apa dah jadi sebenarnya?"

Danial masih tertunduk. Dia takut sekiranya pengakuannya akan membuatkan dia kehilangan segalanya.

"Danial dah curang dengan Ros,mummy. Danial kahwin dengan Nayra bukan sebab terpaksa bertanggungjawab,tapi sebab hati Danial sendiri yang nak. Danial memang dah tersukakan Nayra sejak Danial masuk kelab malam dengan dia haritu." Akhirnya,Danial mengaku.

"Jadi,betullah Danial dah tidur dengan Nayra?"

Danial menggelengkan kepalanya. Dia tahu,semua ni terlalu susah baginya untuk jelaskan.

"Habis tu?" Datin Sophea mula bingung dengan apa yang terjadi pada anak lelakinya.

"Semuanya berbelit,mummy. Danial tak tahu macam mana nak terangkan. Kalau Danial cerita,mungkin takkan ada yang percaya cerita tu. Semuanya diluar fikiran kita." Danial meraup wajahnya. Kusut.

"Tak apa,Danial cerita je dekat mummy. Mummy cuba bantu apa yang patut ya? Jangan berahsia dengan mummy,sayang.."pujuk Datin Sophea.Kasihan dia melihat anak menantunya menghadapi dugaan rumahtangga. Mereka terlalu muda untuk hadap semua dugaan ni.

Pada masa yang sama,dia bangga kerana Rosalinda mampu untuk kekal tabah walaupun pelbagai dugaan yang dia hadapi.

Danial memandang wajah Datin Sophea.

"Danial hanya tidur dengan Nayra selepas kami sah jadi suami isteri,mummy. Anak yang Nayra kandungkan tu memang anak kandung Danial. Cuma,Danial dah ingat waktu Danial mabuk haritu. Danial tak pernah sentuh dia sebelum kami nikah. Semua tu ada dalangnya.."

"Siapa? Kamu kenal ke?"soal Datin Sophea. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.Kalau dia tahu ada yang dengki dengan keluarganya,sudah pasti dia cari hingga lubang cacing!

Danial hanya tersenyum nipis. Siapa dalangnya? Biarlah rahsia dulu.Apa yang pasti,dia akan berikan pengajaran buat orang yang telah membuatkan kehidupannya kucar-kacir sekarang.




AIR nescafe disisip perlahan.Bibirnya terukir senyuman apabila matanya memandang ke arah gambar-gambar yang disusun di hadapannya.

Ikmal mencapai sekeping gambar dan direnungnya gambar tersebut lama.

"Danial.. Danial. Tak sangka,kau boleh terima Nayra secepat tu? Aku ingat,nak gertak kau je.Rupanya,kau dah jatuh hati dengan minah tu terus? Hm,kalau Ros nak tinggalkan kau,aku tak terkejut pun.Padan muka kau. Kau yang cari masalah.Kau yang bagi peluang dekat aku untuk ambil hati Ros."

Gambar Danial yang tak sedarkan diri selepas mabuk terbaring di sebelah Nayra yang terdedah auratnya. Ikmal tersenyum.

Pintu bilik diketuk dan dibuka. Ikmal menoleh dan wajah Nayra muncul. Bibirnya terukir senyuman.

"Eh,ingat dah lupakan aku?"

Nayra tersenyum-senyum dan berjalan mendekati Ikmal.

"Mana ada lupa.."

"Nak apa datang sini?"soal Ikmal. Nayra yang duduk di atas ribanya dipeluk.

"Rindu.."

Kening Ikmal terangkat. "Rindu? Bukan ke tak boleh berenggang dengan suami kesayangan tu?"

"Ish,tak payahlah cakap pasal dia.Menyakitkan hati." Nayra mencebik.

"Kenapa? Dia ada buat hal ke?"

"Sekarang,dia jaga Ros. Ros dah bersalin.Jadi,semua tumpuan dia pada Ros.Geramlah! Habis tu,I? I yang mengandungkan anak dia ni macam mana?" Nayra merungut. Dia mengusap perutnya.

"Oh,cemburulah ni? Aku kan ada? Sejak kau kahwin,kau dah lama tak luangkan masa dengan aku." Rambut Nayra diusap. Ikmal tersenyum memandang Nayra.

"I dah jadi isteri orang.Faham-fahamlah.Takkan I nak keluar dengan lelaki lain?"

"Habis tu,sekarang ni? Kau datang juga dekat aku. Suami kesayangan kau tu tak marah ke?" Ikmal ketawa kecil.Kalau Danial nampak,tak tahulah apa yang akan jadi.

"Dia dengan Ros. Mak mertua I pun sama.Sekarang,I pula terpinggir.."

Pinggang Nayra dipeluk erat.Ikmal memandang tepat ke arah wajah Nayra.

"Tak apa,Ikmal sentiasa ada untuk temankan Nayra. Kalau bosan,carilah aku.."

Nayra tersenyum. Ini yang dia mahukan.Perhatian! Mana-mana lelaki yang berikannya perhatian sepenuhnya,dia pasti akan berkepit dengan lelaki itu sentiasa.

Kalau Danial,itu kes istimewa. Hm,apa yang istimewanya? Hanya Nayra yang tahu.




Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now