BAB 61

4.7K 202 13
                                    

Bunyi pintu dibuka menarik perhatian Rosalinda yang sejak tadi menjadi tidak senang duduk semasa menunggu khabar berita tentang Nayra daripada Danial. Danial melangkah masuk dengan wajah yang agak tegang.

Dia bukannya marah,cuma dia berasa risau dan kecewa dengan apa yang berlaku. Walau pun dia tak tahu apa yang terjadi sebenarnya,dia tetap risaukan anaknya yang ada di dalam rahim Nayra.

"Abang,Nayra macam mana?"soal Rosalinda.Dia segera mendapatkan suaminya.

"Dia dah okey.Cuma pendarahan je." Danial memandang isterinya.

"Apa jadi sebenarnya? Awak tolak Nayra? Takkan awak cemburukan dia?"soal Danial. Dahinya berkerut-kerut menyoal Rosalinda yang sudah tertunduk.

"Abang,saya tak tolak dia. Saya tak tahu macam mana dia boleh terjatuh. Betul,abang.Ros tak tipu.." Rosalinda memegang tangan Danial.

"Ros,Nayra pun isteri abang. Takkan Ros tak suka Nayra mengandung? Kenapa? Cemburu? Ros,abang dah cakap. Abang tak akan abaikan Ros. Tak baik buat orang macam ni,tahu tak? Kalau jadi apa-apa dekat anak abang macam mana?"soal Danial,bertubi-tubi.

"Kenapa ni?"soal Datin Sophea yang baru pulang dari kerja.Dia memandang anak menantunya bersilih ganti.

"Nayra masuk hospital.Dia terjatuh." Suara Danial mula kedengaran dingin.Tak pasti dia bersikap dingin dengan Datin Sophea atau pun Rosalinda.

"Ya Allah,macam mana boleh masuk hospital? Dia okey? Cucu mummy?"soal Datin Sophea.

"Pendarahan sikit je. Esok lusa boleh baliklah tu."

Danial memandang Rosalinda. "Bertolak ansur sikit.Dia madu awak.Lepas ni,dia tinggal dekat rumah lain. Jadi,saya akan pastikan benda macam ni takkan berlaku lagi."

Rosalinda tertunduk. Tak pernah dia dimarahi Danial sebegini.

Danial mengorak langkah naik ke tingkat atas. Datin Sophea memandang Rosalinda yang sudah tercemik wajahnya.

"Kenapa ni,Ros? Apa dah jadi sebenarnya?"soal Datin Sophea. Sedikit demi sedikit dia terdengar esakan Rosalinda.Pantas dia memeluk dan mengusap badan menantunya.

"Ros tak buat,mummy.Sumpah,Ros tak buat.." Rosalinda mendakap ibu mertuanya dan menekap wajahnya pada bahu ibu mertuanya.

"Dah,dah.Tak apa,mummy ada.Jangan takut. Danial cuma terkejut tu.Yelah,Nayra kan mengandungkan anak dia. Mestilah dia risau.Ya,sayang? Jangan menangis." Datin Sophea mengesat airmata menantunya.Dia mengukir senyuman untuk menenangkan hati Rosalinda.

"Senyumlah.Mummy ada belikan nasi dagang ni. Sedap. Nak makan?"

Perlahan-lahan Rosalinda mengangguk."Lapar.."

Tersenyum Datin Sophea. "Dah,jom kita makan sama-sama."


DANIAL termenung.Dia duduk sendirian di koridor bilik tidurnya. Malam ni,dia tidak dapat temankan Nayra di hospital kerana Datin Sophea berkeras mahu dia menemani Rosalinda di rumah.

Danial termangu sendirian. Memikirkan takdir hidupnya,dia pasti ada hikmah disebaliknya.

Kahwin pada umur yang terlalu muda. Dapat cahaya mata pada umur yang terlalu muda. Terpaksa menanggung pelbagai tanggungjawab. Kalaulah arwah bapanya masih ada,pasti dia sudah meminta bantuan bapanya.

"Kenapa aku kahwin muda? Kena jadi ketua keluarga.Lepas tu,kena uruskan syarikat keluarga sendiri." Danial seolah-olah mempersoalkan semula takdirnya.

"Abang menyesal kahwin muda? Atau,abang menyesal kahwin dengan Ros?"

Suara Rosalinda menyapa gegendang telinganya.Danial menoleh.Wajah isternya dipandang dalam samar-samar cahaya bulan.

"Ros.." Danial mendekati isterinya.

"Abang tak pernah minta semua ni jadi. Kalau kita cerita pasal kita dekat orang pun,belum tentu orang akan percaya.Kisah kita ni memang tak masuk akal. Kahwin waktu SPM.Lepas tu,abang pula dapat kahwin lagi satu.Masuk akal ke?

Tapi,kalau Ros nak tahu.. Abang tak pernah menyesal kahwin dengan Ros. Ros korbankan zaman remaja Ros untuk kahwin dengan abang. Abang hanya boleh balas jasa Ros dengan beri kasih sayang je." Danial memegang tangan isterinya.

"Abang minta maaf sebab marah Ros siang tadi. Abang panik,abang tak tahu nak buat apa.Abang buntu. Abang tak tahu nak berpihak pada siapa. Abang harap,sayang tak ambil hati dengan abang.Ya?"

Rosalinda mendongak memandanh suaminya.

"Abang percayakan Ros? Ros tak tolak Nayra.." Semakin perlahan suara Rosalinda. Dia takut kalau suaminya marah dan pergi meninggalkannya. Dia takut kalau Danial lebih memihak kepada Nayra.

Sudah terang lagikan bersuluh Nayra mahu merampas Danial daripadanya.Dia pun tak tahu kenapa Nayra nak buat macam tu. Dia tak tahu apa motif Nayra sebenarnya.

"Abang dah taknak bincang pasal tu. Benda dah jadi,kita lupakan. Cuma,abang harap Ros dengan Nayra dapat berbaik. Boleh?"pinta Danial.

Rosalinda hanya mampu mengangguk. Dalam diam,dia mengeluh. Hatinya benar-benar tak suka dengan kehadiran Nayra. Perempuan tu bikin kacau bilau rumahtangganya.

"Abang,boleh temankan saya pergi klinik tak esok?"

"Check-up ya? Boleh,sayang. Abang nak tengok anak kita ni. Tak sabar nak tahu jantina."

Rosalinda tersenyum membuatkan Danial turut tersenyum.Perut isterinya diusap perlahan dengan penuh kasih.

Kemudian,Danial terfikir.

Kalau perut Nayra mula nampak nanti,macam mana ya? Dia akan teruja macam ni juga ke?

Risau dan sayangkan anak di dalam kandungan Nayra itu sudah pasti. Tapi,ibunya? Danial dah dapat sayangkan ibunya atau belum?

Danial belum lagi mendapat jawapan untuk persoalan tersebut. Dia masih dalam proses memcuba dan berusaha yang terbaik untuk kedua-dua isterinya.

Cerai? Itu tak terlintas di fikirannya.Apa pun masalah yang datang,dia cuba hadapi dengn baik. Melainkan,dia ditipu dan dikhianati. Dua perkara yang paling dibenci oleh Danial.

Rambut Rosalinda diusap dan anak rambutnya diselitkan di belakang telinga. Pipi isterinya yang semakin membulat turut diusap perlahan.

"Janji dengan abang yang Ros takkan tinggalkan abang.Okey?"

Rosalinda mengangguk.Dia memeluk erat suaminya.

"Ros janji."



Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now