BAB 36

5.6K 268 0
                                    

Lauk-pauk yang terhidang dipandang dengan perasaan yang kurang yang menyenangkan. Satu per satu lauk dipandangnya.

"Danial,rasa tempoyak ni. Mommy Danial buat." Puan Zahra tersenyum. Memang betul pun. Datin Sophea yang buat tempoyak. Puan Zahra hanya membantu apa yang patut.

Danial memandang wajah Puan Sophea. Kemudian,dia menghela nafas berat. Rosalinda memandang wajah suaminya yang tampak tegang.

"Once i told you that i didn't like this smelly foods,then you shouldn't serve all of these. I'm sorry but you guys makanlah. Danial minta diri dulu." Danial bingkas bangun dan keluar dari ruang dapur. Tatkala dia terserempak dengan bapanya mertuanya,dia hanya menunduk hormat dan beredar tanpa berkata apa-apa. Tuan Idris kebingungan.

"Kenapa dengan Danial?"soal Tuan Idris.

Rosalinda meminta diri untuk pergi mengejar jejak suaminya. Datin Sophea hanya tersenyum pendek.

"Danial tak suka lauk ni.. Sophea,sabarlah ya? Danial tu darah masih panas. Senang melenting. Kita sabar je ya? Nanti dia okey la tu,"kata Puan Zahra sambil mengusap bahu besannya.

"Danial tu muda lagi. Nanti dia mesti faham kenapa kita buat macam ni. Ambil masa sikit. Kita kena didik dia perlahan-lahan.Tak boleh terus desak dia,takut memberontak nanti." Tuan Idris pula bersuara.

"I takut,nanti dia dah habis belajar.. Dia tinggalkan I,Zah. I dah tak ada sesiapa selain dia. Dia je satu-satunya anak yang I ada."

"Jangan fikir macam tu. Kita doa je banyak-banyak. Aku yakin,dia anak yang baik.Jangan risau okey?"pujuk Puan Zahra.

Datin Sophea hanya mampu tersenyum dan mengangguk.

ROSALINDA memanggil Danial yang sudah dapat meminjam motor Syafiq. Dia sudah menghidupkan enjin dan tunggu masa mahu beredar saja.

"Abang!"

Danial menoleh. Rosalinda segera mendekati Danial.

"Abang nak pergi mana? Janganlah merajuk macam ni. Kesian mommy. Jom,kita makan sama-sama. Okey,kalau abang taknak lauk tu.. Saya masak lauk lain.Saya buat spagetti. Nak?"kata Rosalinda,cuba sedaya upaya memujuk suaminya.

"Abang nak pergi makan dekat warung lagi bagus. Tenang sikit hati ni."

"Abang tengoklah muka saya ni. Mesti abang tenang nanti." Rosalinda cuba melawak namum wajah Danial masih lagi kelat.

"Em,kalau abang taknak.. Tak apalah. Saya makan soranglah.." Rosalinda cuba 'memancing' Danial dengan wajah seposennya.

"Sayang makan dengan mommy,ayah dengan mama kan? Makan sorang apanya?" Danial mencebik.

"Tapi,suami saya tak ada. Hati saya tak tenang. Abang kan suka berjauhan dengan saya."

Danial terus tidak dapat menahan senyuman apabila mendengar kata-kata isterinya. Pandai betul Ros buat dia tersenyum!

"Ey,suka buat abang rasa macam ni. Rasa macam nak berbulan madu kali kedua je. Taknak berjauhan!" Danial sudah tersengih.

"Ey ke situ pula!"

Danial ketawa. Kemudian,dia tersenyum dan memegang tangan Rosalinda. Tangan isterinya diusap lembut.

"Abang bukan taknak makan dekat rumah,tapi mommy macam sengaja buat abang rasa marah.Dia dah tahu abang tak suk makanan macam tu,dia boleh lagi masak benda tu. Memang sengaja nak buat abang marah lah jawabnya."

"Abang,mommy bukannya sengaja.Mommy sayangkan abang. Abang janganlah buat dia macam ni. Kesian dia. Janganlah marah dia lama-lama.. "pujuk Rosalinda.

Danial menghela nafas berat. Bukan dia betul-betul marahkan Datin Sophea,cuma dia kecewa.Kecewa yang membangkitkan rasa tidak selesa apabila bertemu.

"Kita makan sama-sama,okey? Ros masak spagetti carbonara. Abang nak spagetti atau lasagna?"soal Rosalinda.

"Abang nak sayang.Boleh?"

Rosalinda tergelak. "Mengada! Dah,jom masuk. Pergi pulangkan motor ni. Ros masakkan abang lasagna lah. Ros pun teringin nak makan lasagna.Dah lama tak makan,"ujar Rosalinda.

Danial tersenyum.Akhirnya,dia mengalah. Tak jadi mahu merajuk dek kerana termakan pujukan isterinya.

"Ye lah,sayang. Janji sayang tak letak tempoyak dengan sambal belacan dalam sos lasagna tu nanti."

Rosalinda tergelak.



MIKAIL menghentikan motornya di hujung lorong rumah Danial. Dari jauh,dia memerhatikan Rosalinda dengan Danial. Kemesraan pasangan suami isteri itu membuatkan dia berasa menyampah.

"Korang bernasib baik sebab aku tak bocorkam rahsia korang. Aku buat demi Ros. Aku taknak dia kena caci dekat sekolah dengan peminat kau nanti,Danial. Tapi,jangan ingat aku diam. Aku tetap akan cari jalan untuk cantas Ros macam mana kau cantas dia dari aku. " Mikail mengetap giginya.

Deringan telefonnya membuatkan dia sedikit terkejut. Dia mengeluarkan telefon dari sakunya dan nama Aina tertera.

"Ha,kau nak apa?"

"Jemput aku dekat hentian bas ni. Cepat sikit.Panas ni,"kata Aina dari corong telefon.

"Aduhai,kau nak pergi mana pula? Mak kau tahu tak?"

"Mak aku tak tahu. Cepatlah. Bawa aku pergi pekan."

Mikail merengus. "Yelah!"

Talian terus diputuskan.

"Dulu,terhegeh sangat dekat Danial.Bila kena tolak mentah-mentah,tahu pula cari aku.Nasib baik kau berduit je.Kalau tak,aku takkan layan.Sorry!"

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now