BAB 33

5.9K 313 1
                                    

Audio: I Love You 3000⬆️

--

"Selamat pagi,makcik."

Rosalinda mencelikkan matanya. Matanya dikelipkan beberapa kali untuk menghilangkan sedikit rasa mamai. Kemudian,dia menoleh ke sisi. Danial sedang memandangnya tanpa lepas. Dia terasa pinggangnya dipeluk erat oleh Danial.

"Awal awak bangun?"soal Rosalinda,cuba menyembunyikan rasa segannya. Malu bila ditenung begitu oleh suaminya.

"Aku dah bangun sejak satu jam lepas. Aku nak bangum pergi mandi,tapi kau peluk aku macam taknak lepas. Aku peluklah balik. Kesian kau,sejuk ya?"

Wajah Rosalinda bertambah merah. Dia peluk Danial?! Jadi,Danial dah tenung dia sejak satu jam lepas ke apa?

"A-awak peluk saya sejak satu jam lepas?"soal Rosalinda.Matanya terjegil memandang Danial yang sentiasa dengan riak selambanya.

"Ya.Sedap mata memandang. Tidur mulut ternganga.Lalat boleh bawa masuk satu keluarga."

"Ey,Danial!"

Danial ketawa. Dia bertindak semulajadi dengan mengucup dahi Rosalinda sekilas dan pelukannya dieratkan lagi membuatkan Rosalinda terkaku. Dia masih terkejut dengan perubahan Danial yang mendadak.

"Tak adalah,gurau je. Tapi,bab yang aku tenung kau sejak satu jam lepas tu betul. Aku tenung kau. Bila agaknya kau nak bangun? Sebab badan aku dah lenguh. Tak boleh nak pusing,"ujar Danial.

Rosalinda mahu melepaskan pelukan namun Danial mengeratkan pelukan,seolah-olah tak mahu pelukan dilepaskan.

"Awak.. Saya nak bangun."

Danial menggelengkan kepala.

"Tak boleh. Aku nak kita stay macam ni. Bukan senang dapat peluk kau. Asyik mengelak je dari aku. Sekaranglah masanya yang sesuai. "

Rosalinda menggigit bibir. Aduhai,kenapa pagi-pagi pula dia ni nak romantik bagai?

"Ros,"panggil Danial.

"Ya?"

"Kau belum bagi jawapan lagi dekat aku."

Rosalinda memandang Danial. "Jawapan apa?"

"Waktu kita main truth or dare dekat rumah haritu. Baru-baru ni pun aku ada tanya."

Rosalinda teringat soalan Danial.

"Kalau aku melamar kau untuk setia hidup dengan aku dunia dan akhirat,kau sudi tak?"

Satu lagi soalan Danial yang membuatkan Rosalinda semakin gugup.

"Aku suka kau,Ros.Tak salahkan kalau aku mula sayang kau?"

Rosalinda memikirkan jawapannya. Hatinya sudah terbuka untuk Danial ke? Bukan ke sepatutnya dia dah buka pintu hati untuk Danial sejak mereka sah menjadi suami isteri dulu? Wajib bagi isteri untuk mencintai dan menyayangi suami.

"Aku nak pastikan,kita balik dari Venice.. Aku nak kita jalani kehidupan macam suami isteri.Aku tahu,kita ni muda lagi. Aku faham kalau kau tak bersedia. Tapi,aku harap kau boleh layan aku sebagai suami kau.Bukan sebagai kawan baik. Kalau kau tak ada perasaan dekat aku.. Aku akan cari jalan untuk lepaskan kau. Aku taknak kau terseksa."

Rosalinda mengumam bibirnya seketika sebelum dia menyuarakan apa yang terbuku di dalam hatinya. Jujur. Ya,dia perlu jujur sekarang.

"Ya. Saya dah jatuh suka dekat awak. Bukan setakat suka,tapi saya dah jatuh sayang dekat awak. Cuma,saya takut.. Takut kalau awak cuma mainkan saya. Saya tak sanggup kena tipu kalau bab hati dan perasaan ni." Rosalinda akhirnya meluahkan apa yang dia rasai selepas memastikan dirinya benar-benar dilamun cinta Danial. Setiap tindakan Danial membahagiakannya. Sampai satu tahap,hampir setiap malam dia mimpikan Danial.

Danial memandang Rosalinda lama.

"Kau jujur?"soalnya. Rosalinda mengangguk.

"Kau sayangkan aku?"

Rosalinda mengangguk lagi.

Danial tidak dapat menahan senyumannya. Dia mengucup dahi Rosalinda berkali-kali menunjukkan keterujaan dirinya.

"Awak!" Rosalinda menahan Danial. Lelaki itu ketawa dan memandang wajah isterinya. Anak rambut Rosalinda diselitkan di belakang telinga.

"Terima kasih,sayang.Terima kasih sebab sudi terima abang yang banyak kekurangan ni."

Danial tersenyum manis. Dahi Rosalinda berkerut.

"Abang?"

"Ya,kenapa? Panggillah aku abang. Biarlah aku merasa jadi suami yang sebenar-benarnya. Janganlah sekadar atas kertas je. Aku nak jadi suami kau dunia dan akhirat."

Ceh! Ayat ciplak dari drama ke,Danial? Bukan main manis lagi ayat kau!

Rosalinda tergelak mendengar ayat Danial.

"Janganlah gelak! Aku baru nak jadi suami romantik ni." Danial mencebik.

"Okey,maaf.."

Rosalinda menarik nafas dan hembus perlahan-lahan.Ya Allah,semoga mulutku lancar menyebutnya!

"Maaf apa?"

"Maaf.. Abang."

Danial tersenyum mendengar perkataan tersebut. Rosalinda yang malu tahap gaban terus menyembamkan wajahnya pada dada Danial.

"Malu ke sayang? Meh abang peluk,"usik Danial.

"Ey janganlah!"

Danial ketawa lagi. Aduhai Ros!

"Peluklah abang, sayang."

Rosalinda menggeleng.

"Peluklah.. Abang nak kita berseronok waktu bulan madu ni.."

Nada suara Danial mula berubah. Ah sudah. Jangan cakap ulat bulu sudah naik daun!

"Sayang.." Lenggok suara Danial menegakkan bulu roma Rosalinda.

"Ros sayang.. Teman abang mandi.Jom?"

Rosalinda mengangkat kepalanya sedikit. Dia memandang Danial yang sudah tersenyum-senyum.

Pelukan dilepaskan oleh Danial.Dia bingkas bangun. Rosalinda terkebil-kebil,keliru.

"Kita dating dalam bilik je lah hari ni. Jom,teman abang mandi." Danial mengenyitkan matanya lantas mencempung tubuh Rosalinda. Terjerit kecil gadis itu dibuatnya.

"Awak.." Rosalinda meneguk airliur yang terasa kelat.

"Apa dia? Tak dengar." Danial mendekatkan wajahnya.

"Abang.. Turunkan saya.." Suara Rosalinda bagaikan tidak terkeluar,namun masih dapat didengari oleh Danial.Dia tersenyum.

"Kenapa nak turun? Abang nak sayang teman abang mandi. Sunyilah abang mandi sorang.Bilik mandi tu besar,tak seronok mandi sorang. Kena ada kawan. Sayang teman abang mandi okey? Jom."

Rosalinda dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Rosalinda tidak membantah hatta menolak permintaan Danial.

Permulaan hari mereka yang indah. Hari yang cukup bersejarah dan bermakna buat Rosalinda dan Danial.
Satu perubahan besar berlaku dalam hidup mereka berdua.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now