BAB 71

8.3K 285 21
                                    

Masa berlalu begitu pantas. Keadaan semakin berubah,begitu juga dengan manusia. Dalam tempoh yang sekejap,hati manusia mampu berubah sepenuhnya.

Beberapa bulan sudah pun berlalu.Proses perceraian antara Danial dan Rosalinda tetap diteruskan. Danial merayu,melutut dan menangis air mata darah sekali pun tetap tidak dapat mengubah pendirian Rosalinda. Hati seorang perempuan telah menjadi beku setelah dipermainkan. Dipendam begitu lama,akhirnya Rosalinda tidak mampu untuk memendam rasa lagi.

Danial memandang Rosalinda yang mempercepatkan langkahnya untuk pergi. Dia menghela nafas berat. Menangis pun tak berguna lagi. Sekarang,mereka telah pun berpisah secara baik.

Nak salahkan siapa? Salahkan diri sendiri.Diri sendiri yang mencari masalah. Diri sendiri tak dapat menyelesaikan masalah tersebut dan sekarang,segalanya telah berakhir.

"Ros." Danial menguatkan dirinya untuk memanggil nama yang sering diucapnya pada suatu ketika dahulu. Segala memori mereka berdua saat mereka di bangku sekolah terimbau semula.

Danial mengemam bibirnya menahan rasa sebak. Seolah-olah tak percaya dia telah melepaskan seorang perempuan yang telah banyak membantu dan berjuang untuknya.

Langkah Rosalinda terhenti. Dia membetulkan tudungnya dan tidak memalingkan wajah pada Danial. Pada saat ini,dia tak mampu menatap wajah lelaki yang pernah memberinya rasa kenikmatan sebuah cinta dalam hidup. Tak lupa juga,rasa kepedihan dan keperitan dalam rumahtangga yang takkan dia lupakan.

Danial melangkah ke arah Rosalinda.Semakin dekat jarak merek,semakin terasa sebak di dalam hati.

"Ros,sebelum awak pergi.. Saya nak cakap sikit."

"Apa dia? Cepat sikit.Saya tak boleh lama-lama." Rosalinda masih tidak memandang wajah Danial. Dia memakai kaca mata hitam untuk menyembunyikan matanya yang sembab. Menangis kerana kecewa tak dapat mempertahankan rumahtangga sendiri.

"Saya nak minta maaf atas apa yang dah berlaku selama ni. Awak boleh gelar saya apa pun yang awak nak. Lelaki jahil.. Lelaki dayus.. Saya tak kisah. Saya tahu,semua yang berlaku disebabkan diri saya sendiri. Saya minta maaf,Ros." Danial memandang Rosalinda. Kalau diikutkan hati,mahu saja dia menarik Rosalinda supaya memandangnya. Dia teringin untuk menatap wajah gadis itu sebelum mereka membuat haluan masing-masing.

Tapi,dia tahu. Dia tak boleh buat macam tu sebab sekarang Rosalinda sudah bencikan dirinya. Dia yakin,Rosalinda tak sudi untuk melihat wajahnya walaupun sekejap. Itu hanya akan menambahkan rasa benci di hati Rosalinda.

"Benda dah jadi,Danial. Saya tak nak kenang lagi benda yang lepas. Saya minta maaf juga atas semua kesilapan yang saya pernah buat sepanjang saya hidup dengan awak. Saya harap,awak halalkan makan minum saya. "

"Awak tak pernah buat salah dengan saya,Ros. Saya satu-satunya orang yang banyak buat salah dengan awak dan keluarga awak. Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki."

Danial meraup wajahnya.Matanya sudah merah menahan air mata.

"Saya akan datang dan luangkan masa dengan Hariz setiap minggu. Awak tak kisahkan?"soal Danial.

Rosalinda hanya mengangguk.

"Terima kasih.. Terima kasih,Ros. Terima kasih untuk segalanya.Saya bahagia hidup dengan awak." Danial meluahkan isi hatinya. Walaupun dia tahu,kata-katanya tak akan dapat melembutkan hati Rosalinda.

"Danial,saya harap awak jaga Nayra betul-betul. Sayang dia sepenuh hati. Bagi dia perhatian yang secukupnya. Jangan jadi macam saya. Saya tak nak dia kekurangan perhatian daripada suami dia sendiri."

Rosalinda memandang wajah Danial sekejap. Untuk kali terakhir.

"Saya doakan semoga jodoh awak dengan Nayra berkekalan hingga ke syurga." Rosalinda mengukir senyuman buat Danial kemudian dia berlalu pergi.

Rosalinda pergi meninggalkan Danial. Air matanya jatuh lagi. Tak terfikir dek akalnya hubungan mereka akan berakhir begini.

Kalau dia teruskan perkahwinannya,dia pasti digelar bodoh. Tetap disisi seorang lelaki yang tak pasti dengan hati sendiri. Dia tak mahu Danial menyakitkan hatinya lagi dan dia juga takkan sesekali benarkan lelaki itu membabitkan ibubapanya untuk turut terasa hati dengan kelakuannya yang betul-betul kurang matang.

Danial memandang Rosalinda yang pergi meninggalkannya. Sesuatu yang dia tidak inginkan sudah pun berlaku. Kehilangan seorang bidadari dalam hidupnya. Mungkin ini balasan buatnya kerana pernah bersikap biadab dengan arwah Dato' Azraff dan juga Datin Sophea. Tiada rahmat dalam perkahwinannya.

"Abang.." Nayra memegang lengan Danial. Danial pantas menyeka air matanya.Dia mengukir senyuman buat Nayra.

Inilah perempuan yang dia perlu bahagiakan. Seperti permintaan Rosalinda,dia pasti akan bahagiakan Nayra.Takkan sesekali dia sia-siakan Nayra dan juga anak yang berada di dalam kandungan Nayra.

"Abang okey? Jom kita balik.Mummy tunggu dekat rumah." Lembut suara Nayra memujuk Danial. Danial hanya tersenyum dan mengangguk.

"Nayra,abang nak minta satu perkara boleh?"pinta Danial.Dia memegang tangan Nayra dan diusapnya perlahan.

"Apa dia?"

"Nayra setia dengan abang. Tolong setia di sisi abang walau abang dalam keadaan susah. Abang tak nak Nayra tinggalkan abang sebab abang perlukan Nayra. Boleh?" Danial memandang tepat ke dalam anak mata Nayra.

Nayra tersenyum.Dia memeluk suami yang kini hanya menjadi miliknya seorang.

"Abang jangan risau. Nayra setia dengan abang je.Abang pun janji,setia dengan Nayra okey?"

Danial tersenyum lagi dan mengangguk.Dia mengucup ubun-ubun Nayra. Nayra tersenyum bahagia.

Macam tak percaya Danial kini menjadi miliknya seorang.Tanpa madu. Tanpa saingan.

"Anak abang ni okey? Dia meragam tak?"soal Danial.Dia cuba menceriakan suasana.Perut Nayra yang sudah membulat itu diusapnya.

"Dia asyik bergerak tadi,abang.Dia kata,dia lapar.Dia nak laksa." Nayra muncungkan bibirnya. Danial ketawa kecil. Pipi Nayra dikucupnya pula. Perlahan-lahan dia membawa isterinya pergi ke kereta. Tangannya memeluk erat pinggang Nayra.

"Kita pergi makan laksa ya. Kalau nak beli dengan kedai sekali pun boleh."

Nayra ketawa. Dia tidak melepaskan pelukannya pada lengan Danial. Bahagia tak terucap.

"Masuk,sayang.Panas ni.Hati-hati,takut terhantuk kepala pula." Danial membantu Nayra masuk ke dalam kereta. Dalam keadaan Nayra yang sudah sarat,dia perlu banyak berada disisi isterinya.

Nayra asyik tersenyum.

Tanpa mereka sedar,ada yang mengalirkan airmata melihat kemesraan mereka daripada jauh.













The Truth Untold.

.

.

.

.

.

.

.
Guys! agak-agak, ada berapa chapter lagi? One or two chapter? ehe maybe dalam or two chapter lagi sis akan update and then, we will reach the end!  ﹋o﹋  if  sis nak buat series 2 punya,ada yang sudi baca tak? kalau ada,sis nak buat sambungan ehe ﹋o﹋ kalau tak ada yang nak baca,then sis tkkan publish ̄0 ̄ i need ur feedback! thankyou and hope you guys like it!❤️

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now