BAB 40

6.1K 286 1
                                    

"Hari ni,abang tak pergi kerja ke? Dah pukul tiga ni." Rosalinda duduk di sebelah suaminya. Air yang dibancuh untuk Danial diletakkan di atas meja.

Danial yang masih berbaju seragam sekolah itu dipandang. Danial duduk dekat dengan isterinya kemudian dia melentokkan kepalanya di atas bahu Rosalinda. Rosalinda hanya membiarkan.

"Kenapa ni? Ada masalah ke? Cuba cerita. "

Danial bermain-main dengan jari Rosalinda. Sekejap dia menggenggam tangan Rosalinda,sekejap dia mengucup tangan Rosalinda.

"Lepas SPM,kita habis sekolahkan,sayang?"soal Danial. Rosalinda mengangguk.

"Baguslah. Lepas habis sekolah,abang ingat.. Abang nak bawa sayang pindah KL. Kita duduk sana.Nak?"

Rosalinda tersenyum."Saya tak kisah. Asalkan abang ada,Ros okay je."

Danial turut tersenyum.Hidung isterinya dicuit manja.

"Bukan ke sayang tak suka abang? Sayang menyampah tengok abang. Kan?"

"Itu dulu,okey. Waktu perangai abang annoying. Rasa macam nak cubit-cubit je!" Tangan Rosalinda mencubit-cubit manja lengan Danial membuatkan lelaki itu tergelak dan memegang tangan Rosalinda.

"Sekarang,annoying tak?"soal Danial lagi.

"Hm,annoying."

Rosalinda memandang Danial.

"Tapi,Ros suka. Annoying dengan Ros sorang je okey! Jangan buat perangai macam ni dengan perempuan lain."

"Kalau macam tu,abang kena peramah dengan perempuan lainlah. Abang kena senyum. Dapat juga pahala.." Danial mengusik isterinya. Tangan Rosalinda sudah bersedia mahu mencubit lagi namun ditahannya. Kalau dia cubit betul-betul,boleh lebam!

"Abang buat macam tu,saya taknak kawan dengan abang. Abang kena jadi tablemate Fadil balik."

"Abang tak kisah. Belakang sayang je."

Rosalinda memuncungkan bibirnya. Kalah berdebat mulut dengan suaminya. Danial yang melihat sudah ketawa. Ni agaknya penangan orang dilamun cinta? Muka merajuk,muka tenuk pun boleh nampak comel dan cantik.

"Abang gelak kenapa?" Rosalinda masih mencebik.

"Muka sayang comel. Comel macam tenuk."

Berkerut dahi Rosalinda. Kurang asam punya suami!

"Ey,jahat! Dengan tenuk ni juga abang kahwin. "

Danial masih dengan sisa tawanya. Rosalinda berpaling dari memandang Danial. Merajuklah kononnya. Biasaah perempuan,minta dipujuk.

"Okey,abang tak gelak dah." Danial menahan tawanya.

"Sayang,pandanglah abang." Danial mencuit dagu Rosalinda.

"Janganlah usik." Rosalinda pura-pura marah.

"Siti Nur Rosalinda,pandanglah abang. "

Rosalinda menahan senyuman. Ya Allah,cair pula dia panggil nama penuh!

Namun,Rosalinda terus kaku apabila terasa pipinya dikucup.Danial sudah tersengih bagai kerang busuk.

Rosalinda menoleh memandang suaminya.

"Eh,nak kena kiss baru pandang? Okey,abang dah faham game dia.." Danial mengusik lagi.

Merah padam wajah Rosalinda dibuatnya.

"Abang ni!" Rosalinda menahan malu. Aduh,ni kira berbaloi atau malu sebab pura-pura merajuk tadi?

Danial ketawa. Kemudian,dia memandamg wajah Rosalinda. Tangan gadis itu setia digenggamnya.

"Lepas ni,kalau ada yang mengutuk sayang,bagitahu abang. Okey? Kalau ada yang kacau sayang,bagitahu abang juga. Jangan rahsiakan dari abang.Boleh?"ujarnya.

Rosalinda tersenyum dan mengangguk.

"Thank you for taking care of me."

MIKAIL berjalan masuk ke rumah setelah jam tujuh petang. Wajahnya keihatan tertekan. Macam-macam berada di dalam fikirannya.Terlalu banyak masalah membuatkan dirinya berasa sesak.

"Abang,lambatnya abang balik.Abang ada latihan bola baling ke tadi?"soal Syatila.

"Jangan menyibuklah." Beku riak wajah Mikail membuatkan adik perempuannya tertanya-tanya. Apa masalah lagi ni?

"Abang,tadi cikgu abang ada telefon mak. Dia kata-"

"Diam! Aku taknak dengar! Ingat aku hadap sangat ke sekolah tu? Aku taknak ambil tahu dah! Semak!" Mikail mempercepatkan langkahnya menuju ke bilik.

"Jadi,abang bagi adik dengan mak duit belanja tu dari duit haram tu ke? Abang edar dadah? Sejak bila abang mula buat kerja tu?" Syatila bertanya tanpa henti. Tidak puas hati dengan sikap abangnya yang semakin teruk.

"Sya,kau diam. Jangan sampai aku salotape mulut kau."

"Lagi satu,abang bergaduh lagi dengan abang Danial? Abang,jangan jadi bodohlah.Takkan nak berebut perempuan? Banyak lagi perempuan dalam dunia ni,abang.Tolonglah jaga air muka mak. Kesian dia,"kata Syatila lagi.

Mikail merengus kasar.Dia tidak menjawab kata-kata adiknya malah dia terus masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu.

Edar dadah? Memang dia dah buat sejak tahun lepas. Kenapa tahun ni baru nak kantoi? Ni mesti sebab Aina punya mulut puaka. Ey dasar mulut tempayan!

Mikail menekup wajahnya pada bantal.

"Mikail,buka pintu ni.Mak ada benda nak cakap ni.."

"Pergilah! Tak payah kacau orang!" Mikail berteriak dari dalam biliknya.

Syatila yang mendengarnya hanya mampu menggelengkan kepalanya. Makin teruk perangai abangnya. Bila agaknya Mikail nak berubah?


DANIAL menyisip perlahan air nescafe yang dibancuh oleh isterinya. Dia melihat buku latihan milik Rosalinda.

"Abang asyik ajar saya.Abang dah study? Minggu depan dah percubaan."

"Dah. Abang ajar sayang ni pun di anggap studylah.Kita study sama-sama." Danial menulis sedikit nota.

"Lagi dua bulan,dah nak SPM. Abang rasa,kita boleh dapat straight A tak?"soal Rosalinda.

"Kenapa pula tak boleh? Mesti boleh punya.Sayangkan dah susah payah belajar. Abang pun belajar juga walaupun baru masuk sekolah sini.Insyaa Allah,kita boleh buat.Jangan risau okay."

Rosalinda tersenyum.

"Dah,tak payah tersenyum-senyum pandang abang. Abang tahu,abang ni handsome.Buat kerja tu. Esok sayang dah boleh masuk sekolah.Jangan nakal-nakal pula,"pesannya.

"Ingat saya budak kecik ke? Entah-entah,abang yang nakal."

"Eh,abang pelajar yang baik."

"Sepanjang Ros tak masuk sekolah,berapa banyak kali abang kena berdiri atas kerusi?"soal Rosalinda.

"Ala,baru lima kali." Danial menayang wajah selamba.

"Lima? Habis tu,selama ni Ros tengok abang buka buku tu apa? Takkan tak siap juga kerja sekolah?"

"Abang melukis sebenarnya.Lukis komik."

Rosalinda menepuk dahi. Suami siapa ni? Bertuah punya suami!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now