Bab 39

5.3K 283 4
                                    

"Kalau saya nak pergi sekolah,tak boleh ke?"

Danial yang sedang merapikan pakaiannya di hadapan cermin dipandang. Danial mencapai tali leher.

"Tak boleh,sayang. Sekejap lagi maklong Azza datang. Ibu lambat sikit sebab dia ada hal katanya."

Rosalinda mengeluh. Bosanlah macam ni. Asyik duduk rumah. Bukannya dia tak boleh berjalan langsung,cuma dia tak boleh buat kerja berat. Itu saja.

"Berapa lama saya cuti? Saya bosanlah duduk rumah je.Saya nak belajar juga. "

Danial tersenyum. Kakinya mengorak langkah ke arah katil kemudian dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya.Tangan Rosalinda dicapai dan dikucupnya.

"Nanti okey? Tunggu sayang betul-betul sihat. Nanti kita study sama-sama. Abang ajar sayang mana yng cikgu ajar dekat sekolah nanti,"Danial memujuk.

"Trial SPM dah tak lama. Cepatnya masa berlalu. Tapi,saya tak boleh pergi sekolah.."

Danial hanya tersenyum nipis. Kesian pula dia melihatnya. Tapi nak buat macam mana? Kesihatan Rosalinda adalah keutamaannya.

"Bukan ke sayang tak minat belajar?"usik Danial,mahu melakar senyuman di bibir isterinya.

"Ish,tu dulu. Tapi,lepas.."

Rosalinda kelihatan ragu-ragu.Dia memandang Danial sekejap-sekejap.
Danial sudah tersengih.Tahulah dia maksud Rosalinda.

"Nanti kita study sama-sama. Okey?"

Danial mengusap rambut isterinya dengan penuh kasih. Rosalinda hanya mampu menghela nafas berat. Dia mengangguk akur dengan kata-kata Danial.



DANIAL memandang pelajar di sekelilingnya.Dah kenapa diorang pandang semacam? Ada apa-apa ke?

Danial hanya buat tidak endah. Namun,langkahnya terhenti tatkala telinganya menangkap suara-suara sumbang yang membuatkan Danial terasa ingin tahu.

"Kau rasa,Danial marah tak? Mesti dia rasa kena khianat kan? Aku dah cakap,Ros tu bukan bagus pun. Patutlah tak ada kawan."

Gayanya macam berbisik tapi suaranya kuat sampai orang lain pun boleh dengar. Sengaja nak buat hati Danial panas agaknya!

Danial terus mendengar.

"Kesian,muka handsome tapi kena curang. Bukan salah kecil,tapi salah besar. Tidur dengan Mike sampai mengandung? Wah,luar biasa juga perangai perempuan tu."

Danial menggenggam tangannya. Wajahnya sudah menyeringai. Dia berjalan pantas menuju ke kelas Mikail. Nasiblah kalau ada cikgu pun! Dia tak kira! Dia kena selesaikan sekarang juga!

Tiba saja di kelas 5 Teratai,kelibat Mikail dicari.

"Mike! Mana Mike? Aku nak jumpa Mike!"pekik Danial.Dia hanya menceroboh masuk tanpa memberi salam. Nasib baik tak ada cikgu!

Mikail yang sedang lena tidur di tempatnya tersedar apabila kolar bajunya tiba-tiba dicengkam. Matanya terkebil-kebil memandang Danial yang sudah bengis wajahnya.

"Apa ni? Lepaslah!"marah Mikail.

"Kau cakap dekat aku,kenapa kau buat semua ni? Cakap!"herdik Danial.Kesabarannya sudah berada di tahap maksima. Kalau orang mahu mengutuk tentang dirinya,dia tak kisah.Tapi kalau Rosalinda difitnah sampai sebegitu rupa,jangan harap dia akan berdiam diri. Melampau!

"Aku buat apa? Kau dah gila ke,Danial? Lepas!" Mikail menolak tangan Danial.

"Jangan sampai aku buat laporan polis! Aku ada saksi! Kalau betul kau sukakan Ros,perlu ke kau buat mcam ni? Kau langsung tak hormatkan aku dengan Ros!"

Pelajar lain yang melihat sudah berbisik antara satu sama lain. Masing-masing mula membuat spekulasi sendiri.

"Disebabkan kau,Ros masuk hospital! Disebabkan perbuatan keji kau,dia tak boleh belajar! Aku memang dah lama sabar dengan kau,Mike!"katanya lagi.

"Okey. Aku minta maaf. Memang salah aku. Aku minta maaf okey? Cakap dekat Ros,aku minta maaf."

Danial semakin geram. Ucapan maaf macam terlalu murah bagi Mikail!

"Apa bising-bising ni? Siapa yang bergaduh?"

Cikgu Dol munculkan diri. Macam biasa,penyampai berita mestilah ank murid kesayangannya,Aina. Aina berdiri di belakang Cikgu Dol.

"Danial,Mikail.Kamu berdua asyik bergaduh je! Tak serik ke? Tak habis lagi rebutkan Ros?"

"Danial ni,cikgu! Tiba-tiba serang saya." Mikail cuba mendapatkan sokongan cikgu.

"Saya lebih rela kena buang sekolah sebab bergaduh dengan Mike ni,cikgu.Bergaduh untuk pertahankan Ros. Dekat sekolah beratus pelajar,tapi seorang pun tak ada yang nak pertahankan Ros! Sebab apa? Sebab semua dengki dengan dia. Hati apa korang ni aku pun tak tahu. Busuk!"

"Sudah! Cikgu nak tanya kamu,Danial. Kamu teman lelaki Ros,kan? Betul ke Ros keguguran?"soal Cikgu Dol,seolah-olah mahu memerangkap Danial.

Fadil dan Syafiq yang baru tiba termengah-mengah akibat berlari ke kelas 5 Teratai tersebut.Mereka segera ke kelas Mikail apabila mendapat berita Danial sudah bergaduh dengan musuhnya.Buatnya sampai bertumbuk? Naya!

Danial mendiamkan diri.Dia melihat sekelilingnya.Semua mata tertumpu ke arahnya,mahu mendapatkan penjelasan.

"Danial,saya tanya. Betul ke Ros gugur? Dia mengandung anak siapa?"

Perlu ke sebut hal tu dekat depan semua pelajar? Sengaja nak aibkan Ros la tu! Bisik hati Danial.

"Mengaku je lah,Danial. Awak dah kena curang dengan perempuan tu.Kenapa nak lindung perempuan tu lagi?"celah Aina pula.

Mikail yang mendengarnya turut terkejut.Jadi,Aina yang sebarkan berita palsu ni?

"Dia dah mengandungkan anak Mike,Danial.Sedarlah! Dia tu tak layak untuk awak! Dah terang-terang dia tu perangai tak senonoh! Kalau pengetua dengar apa yang saya cakap ni,kalau dia nak buang saya sekali pun.. Saya tak kisah. Sebab saya cakap benda betul!" Aina berbicara lagaknya seperti orang yang tahu keseluruhan cerita.

Danial mengetap giginya. Aina dan Cikgu Dol dikerlingnya.

"Jangan menuduh tanpa bukti." Tegas suara Danial.

"Mikail sendiri bagitahu saya,Ros mengandung! Sah-sahlah dia masuk hospital sebab gugur,kan? Anak siapa lagi kalau bukan anak Mikail ni?"kata Aina lagi,mahu menambah bara api.

Syafiq yang mendengarnya turut panas telinga. Perempuan ni mulut longkang betul!

"Aina,kalau awak tak tahu apa-apa,baik awak jangan masuk campur,"pesan Syafiq.

"Kau yang tak tahu apa-apa,Syaf! Jadi,kau yang diam!"bidas Aina semula.

Dikala Syafiq mahu membalas,Danial sudah membuka mulut terlebih dahulu. Wajahnya kemerahan. Tegang uratnya kelihatan di leher.

"Aku suami Rosalinda dan dia mengandungkan anak aku! Puas hati korang?" Danial akhirnya membongkar rahsianya dengan Rosalinda. Terpaksa membongkarkannya apabila Rosalinda terus-menerus difitnah orang. Biarlah orang nak kata apa,asalkan dia dah bongkarkan bahawa Rosalinda adalah isterinya yang sah.

Suasana menjadi kecoh. Aina terdiam seribu kata.Mikail pula memandang Danial tanpa kata.

"Dan,kau Mike!" Danial menuding jari ke arah Mikail.

"Sekali lagi aku nampak atau aku dapat tahu kau jumpa bini aku,kau kacau bini aku.. Aku laporkan perbuatan kau ni dekat polis. Aku boleh dakwa kau atas kesalahan ceroboh rumah aku dan cubaan merogol perempuan.Kau jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat dekat Ros,Mike. Aku ada saksi! Ingat,kau ganggu hidup Ros lagi.. Aku akan buat kau merangkak dalam penjara. Faham?" Danial menggertak Mikail sekali gus memberi amaran kepada semua agar tidak mengacau Rosalinda lagi. Sesiapa yang ganggu hidup Rosalinda lagi,dia pasti akan terima natijahnya!

Mikail tak terkata. Mulutnya terkunci buat serta merta. Cuak apabila diugut sebegitu rupa.Takut pula disumbat ke dalam penjara.

"Aku dengar korang semua mengata pasal Ros,nahas." Danial pantas meninggalkan kelas tersebut.

Cikgu Dol memandang Aina dan Mikail bersilih ganti.Dia merengus kasar.

"Kamu berdua masuk bilik disiplin sekarang!"

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now