BAB 43

5.1K 266 0
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Hari yang selama ini dihitung telah pun tiba. Bekas pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kg. Kayu Jati berkumpul untuk mendapatkan keputusan SPM mereka.

Ada yang menangis kegembiraan,ada yang tersenyum pahit. Rosalinda dan Danial turut meraikan kejayaan mereka dalam SPM. Danial sungguh tidak menyangka akan mendapat keputusan yang baik.Walaupun tidak cemerlang,namun dia sudah lulus pun sudah cukup bersyukur.

Aina? Dia hanya mendapat keputusan yang biasa saja. Tiada apa yang perlu dibanggakan. Sejujurnya,dia ada subjek yang gagal dan itu yang membuatkan dia pulang ke rumah dengan cepat. Baik pulang cepat sebelum orang ramai bertanya tentang keputusannya. Malu juga yang dia dapat nanti.

Danial dan Rosalinda pulang ke rumah dengan senyuman di wajah mereka. Namun,senyuman Danial mati apabila melihat kehadiran Datin Sophea. Wajahnya berubah menjadi kelat.

"Mommy,bila sampai?" Mesra Rosalinda menyapa ibu mertuanya.

"Baru je,sayang. Mommy datang sebab nak celebrate sempena anak-anak mommy ni dah habis sekolah.Mommy dengan ibu Zah ada masak lauk banyak.Maklong Azza pun ada. Kita makan sama-sama ya?"ujarnya.

Datin Sophea memandang anak lelakinya yang berwajah beku.Nampaknya,Danial masih lagi marahkannya.Entah bila kemarahannya mahu surut.

"Danial,mommy bangga dengan Danial. Mommy suka-"

"Mommy tak perlu rasa bangga. Habis sekolah,Danial bukannya dapat sambung belajar dekat overseas.Harapan Danial hancur sebab mommy." Danial terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Datin Sophea tergamam.

"Mommy,jangan ambil hati ya dengan Danial?"pujuk Rosalinda. Dia memeluk ibu mertuanya.

"Tak aap,mommy faham. Jom,tolong mommy sedia lauk.Kejap lagi ayah Ros pula datang.Dia dah selesai kerja dekat sekolah tadi?"

"Ayah cakap,sekejap lagi dia balik.Dia ada hal sikit dekat pejabat sekolah."

Datin Sophea tersenyum dan mengangguk. "Okey,jom tolong sediakan lauk. Banyak lauk untuk anak-anak mommy ni."

Rosalinda sudah tersengih. "Okey,mommy."


DANIAL melabuhkan punggungnya di atas katil. Wajahnya masam mencuka. Sesekali dia meraup wajahnya.

"Abang,jom makan." Rosalinda membuka pintu bilik dan menjenguk suaminya.

"Nantilah,abang tak lapar lagi."

"Abang,janganlah macam tu. Kita kan nak celebrate sama-sama. Harini semuanya western foods.Tak ada belacan,nasi lemak dengan tempoyak." Rosalinda masih mencuba memujuk suaminya.

"Ros,sini sekejap."

Rosalinda tersenyum.Dia mengatur langkah ke arah suaminya.

"Kenapa ni?"soalnya.

"Mommy duduk sini sampai bila?"soal Danial.

"Abang tak suka mommy dekat sini?"

"Bukan tak suka,cuma abang tak selesa.." Danial menunduk.

"Esok kita dah bertolak pergi KL kan? Jadi,kita bertolak pergi KL dengan mommy lah esok." Rosalinda bermain dengan rambut lebat suaminya.

"Abang tak kisahkan kalau mommy duduk dengan kita dekat KL? Janganlah suruh mommy duduk jauh dengan kita. Kita masih perlu pantauan dari dia.Abang pun kena tengok syarikat arwah daddy dekat KL nanti kan? Mommy kena tolong juga,"pujuk Rosalinda lagi.

Danial mendiamkan dirinya. Tak tahu untuk membuat keputusan yang sebetulnya.

"Kita duduk dengan mommy ya?"

Danial menghela nafas berat. "Yelah,abang buat semua ni demi sayang.Bukan sebab sesiapa okey?"

Rosalinda tersenyum. Dia mengucup pipi suaminya tanda terima kasih.

"Thank you.Dah,jom makan.Semua dah ada tu.Syafiq pun ada sekali.Kita makan sama-sama." Rosalinda menarik tangan Danial. Danial ikut saja langkah isterinya.Dah nama pun sayang bini,ikut sajalah.


PINTU bilik diketuk.Datin Sophea memandang anak lelakinya yang asyik terperap dalam bilik sejak petang tadi.

"Boleh mommy masuk?"soalnya. Danial menoleh,memandang Datin Sophea.Kemudian,dia mengangguk.

Datin Sophea tersenyum.Berhati-hati dia melangkah ke arah anak lelakinya. Rindu benar dia dengan Danial.Kalau boleh,dia nak peluk dan cium anak lelakinya. Tapi,dia tahu itu akan membangkitkan kemarahan anaknya saja.

"Danial suka duduk kampung ni?"soalnya.

"Suka."

Senang hati Datin Sophea. Dia nampak,anak lelakinya sudah sebati dengan kejiranan di kampung itu.Tiada lagi masalah yang timbul seperti masalah mandi air sejuk dan sebagainya.

"Danial dapat belajar apa dekat sini? Dapat mandi sungai tak?"soal Datin Sophea lagi.

"Dapat." Danial masih menjawab sepatah.

"Bangga mommy tengok Danial. Mesti anak mommy dah pandai hidup cara orang sini kan? Bolehlah nanti panjatkan pokok untuk ambil kelapa nanti,"usik Datin Sophea.

"Mommy nak Danial jadi apa? Beruk pun Danial boleh jadi.Panjat pokok tu dah jadi perkara biasa bagi Dani dekat sini. Kena gigit pacat pun Dani dah rasa.Apa lagi mommy nak Dani rasa? Kena patuk ular?" Sinis kata-kata yang dilemparkan kepada Datin Sophea.

"Danial,mommy sayang anak mommy ni. Mommy nak Danial belajar berdikari.."

"Sekarang,Danial dah boleh berdikari.Danial dah boleh kerja sendiri.Mommy nak apa lagi? Nak Dani uruskan pula syarikat daddy tu? Okey,boleh. Tapi dengan satu syarat. Dani taknak ada sesiapa yang masuk campur dalam hal syarikat tu sebab Dani sendiri akan uruskan. Dani bukan nak bodoh sombong,tapi Dani akan cari jalan untuk belajar semua tu sendiri.Mommy tak perlu susah untuk tolong Dani."

Datin Sophea terdiam. Dia tidak mampu berkata apa-apa selain tertunduk. Melihat wajah anak lelakinya yang tegang membuatkan hatinya bertambah sedih dan resah.

"Tapi,nanti ada sepupu Dani dari Terengganu yang akan tolong Dani-"

Kata-kata Datin Sophea dipotong lagi.

"Cukup.Dani taknak dengar pasal ni lagi. Pandai-pandai Dani uruskan nanti.Mommy jangan masuk campur. Cukup umur Dani 18 tahun nanti,Dani akan masuk pejabat daddy sebagai pengarah syarikat. Full stop." Danial beredar meninggalkan mommynya seorang diri di dalam bilik. Rosalinda yang mencuri dengar terpandang wajah suaminya yang sudah berkerut. Alamak,kantoi pula tengah curi dengar!

"Kemas barang.Esok pagi kita bertolak pergi KL." Keras suara Danial memberi arahan kepada Rosalinda kemudian dia pergi ke dapur. Rosalinda meneguk airliur yang terssa kelat.

Tengok Danial macam tu.Seram pula!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now