Bab 25

6.4K 311 1
                                    

Danial melangkah dengan berhati-hati ketika kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan pasar pagi. Berkerut-kerut dahinya menahan bau hanyir ikan.

Kakinya mengejar langkah Rosalinda yang jauh ke depan.Kalau ikutkan,dia tak mahu masuk ke dalam pasar pagi ni.Tapi,disebabkan Rosalinda memaksanya,terpaksa jugalah dia ikut. Orang lain dapat bersenang-lenang di rumah pada pagi Sabtu,tapi dirinya pula terpaksa ikut isteri pergi ke pasar. Kalau ajak pergi shopping mall,tak apalah juga!

"Awak,ikan keli nak? Boleh buat sambal ikan keli." Rosalinda memandang ikan keli yang berada di hadapannya. Kemudian,dia memandang wajah Danial yang asyik berkerut menahan bau hanyir.Danial memandang ikan keli yang ada di dalam baldi.

Ey,nak makan macam mana kalau ikan tu hidup lagi? Dahlah macam.. Oh my god,seriously i can't! Bisik hati Danial.

"Awak?" Danial masih berkhayal.Dia masih melayan perasaannya.

"Danial!"

Danial terperanjat. Dia memandang Rosalinda yang sudah bercekak pinggang. Gayanya sudah seperti mak-mak saja. Hm,mesti nak membebel!

"Awak berangan apa? Atau awak geli tengok ikan ni? Takkan ikan pun geli? Ini ikan,bukan ular pun. Awak duduk dekat Malaysia,jadi awak kena belajar makan makanan melayu. Okey? Nanti saya masak sambal ikan keli,gulai tempoyak dengan sambal petai. Awak mesti makan,"kata Rosalinda. Dia bercakap dengan penjual ikan tersebut dan memesan beberapa ekor ikan keli.

"Ros,perlu ke? Bukannya tak ada jual spagetti dengan burger dekat pekan tu.Banyak ada jual. Kita makan je lah spagetti tu. Tak pun,kita makan salad. Sihat sikit,"kata Danial. Dia sedaya upaya mahu mengelak daripada makan makanan melayu seperti yang diberitahu oleh Rosalinda.

"Gaji awak pun belum dapat kan? Minggu depan baru dapat gaji awak tu. Gaji pun cukup makan je,ada hati nak makan makanan mahal? Makan je lah sambal yang saya nak masak nanti. Awak tak cuba lagi.Nanti kalau dah cuba,mesti awak nak lagi."

"Yakin betul kau ni.Kalau sambal belacan pun aku dah nak termuntah,apatah lagi sambal ikan keli ni? Kau tengok ikan tu.Tak geli? Tak sanggup pula aku tengok dia dalam baldi ni."

Rosalinda menggelengkan kepalanya perlahan. Apalah nasib dapat suami mat saleh!

"Kalau taknak makan,sudah. Awak yang lapar.Saya yang kenyang.Alhamdulillah." Rosalinda tersenyum. Sengaja mahu mengenakan suaminya sendiri. Bukan boleh ikut sangat kata Danial ni. Asyik nak makan makanan barat je hari-hari.

Ingat dia cop duit ke?

ANGIN sepoi-sepoi bahasa dipetang hari membuatkan diri Rosalinda terasa senang. Naik motor berdua dengan Danial sudah mampu membuat hatinya berasa senang dan bahagia. Entahlah,kenapa dia cepat jatuh hati dengan Danial? Mungkin sebab Danial suaminya?

Tangan Rosalinda mahu memeluk pinggang Danial,namun hatinya menjadi ragu-ragu. Boleh ke dia peluk?

Danial tiba-tiba berhentikan motor di tepi jalan. Rosalinda bingung.

"Kenapa? Awak nak beli apa-apa lagi ke?"soal Rosalinda.

"Ada."

"Beli apa?"

"Aku nak beli hati kau."

Rosalinda terdiam. Dia menahan senyuman.Danial dapat melihat wajah Rosalinda yang kemerahan melalui cermin sisi motor. Dia tersenyum.

Tangan Rosalinda dicapai dan diletakkan pada pinggangnya. Biar gadis itu memeluk dirinya tanpa rasa ragu-ragu.

"Aku suami kau. Kita dah halal. Nak peluk,peluk je lah. Aku tak kisah. Kau boleh peluk aku sebab kau isteri aku. I'm all yours and you're all mine."

Mata Danial bertaut dengan mata Rosalinda melalui cermin sisi motor. Mahu mengelak daripada terus rasa maku,Rosalinda menepuk perlahan bahu Danial.

"Eh,cepatlah.Takut Syafiq nak guna motor dia ni nanti.Tak patut kita guna motor dia lama-lama."

Danial mengangguk. Dia meneruskan perjalanan mereka pulang ke rumah.

"Nanti habis sekolah, aku nak ambil lesen kereta terus. Aku nak beli kereta. Tak kisahlah kalau kereta kecil pun asalkan kita boleh jalan-jalan."

Rosalinda sudah tersenyum.Dia memeluk suaminya erat dari belakang. Dia meletakkan dagunya di atas bahu Danial.Terserlah kemanjaannya membuatkan Danial suka dengan sikap Rosalinda. Hatinya menjadi berbunga-bunga.

"Kalau tak ada kereta pun,kita boleh jalan-jalan juga.Kita boleh jalan kaki,"kata Rosalinda.

"Betul? Tak takut penat? Nanti kena sunburn,kau merungut.Aku taknak belanja kau sunblock cream."

"Tak ada lah. Saya tak kisah pun.."

"Betullah tu. Kita jalan kaki pun boleh.Asalkan kita jalan-jalan berdua.Betul tak?"kata Danial.

Perlahan-lahan Rosalinda mengangguk.Nak mengaku suka,tapi malu. Macam mana?


DATIN Sophea memegang erat tangan suaminya seperti tak mahu lepas. Ditahannya airmata yang mahu keluar dari tubir mata untuk terus melihat kuat di hadapan suaminya.

Datin Sophea semakin risau dengan keadaan Dato' Azraff. Dalam masa yang singkat,kanser-kanser yang ada  di dalam tubuh Dato' Azraff boleh merebak dengan cepat. Dato' Azraff pula sudah tidak mampu untuk berjalan. Dalam masa yang singkat,tubuh badannya menjadi lemah dan cengkung dengan mendadak.

Walaupun dia sudah menjalani rawatan chemotherapy,tetapi sel-sel kanser tersebut masih lagi aktif dan merebak.

"Abang,abang kuat ya? Lawan penyakit abang. Abang kena ingat,Danial muda lagi. Dia dekat Malaysia tu mesti rindukan abang.Abang mesti nak balik jumpa anak menantu abang kan? Abang lawan penyakit ni okey? Jangan risau,Sophea ada dengan abang."

Wajah pucat Dato' Azraff yang sedang lena tidur selepas menjalani rawatan chemotherapy dipandang lama. Melihat suaminya yang sudah terlantar di hospital,hati Datin Sophea tiba-tiba teringatkan Danial.

Macam mana dia nak bagitahu keadaan Dato' Azraff pada Danial? Mana mungkin dia dapat rahsiakan perkara ni dari Danial buat selamanya. Satu hari nanti,Danial pasti akan dapat tahu.

Bila tiba harinya Danial mendapat tahu hal ini,apa reaksinya? Marahkah dia dengan ibubapanya nanti sebab merahsiakan perkara penting?

Bunyi kuat datang dari mesin denyutan nadi membuatkan Datin Sophea tersentak. Matanya memandang suaminya yang masih tertutup matanya.

Jantung Datin Sophea menjadi berdebar. Apa pula masalah kali ni? Datin Sophea menjadi takut. Doktor segera dipanggil.

Ya Allah,semoga suamiku baik-baik saja! Doa Datin Sophea dalam hatinya.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now