BAB 60

5.2K 209 8
                                    

Fail yang tersusun cantik dihadapan Danial hanya dipandang sepi.Komputernya hanya terpasang tanpa disentuh. Sesekali mata Danial memandang ke arah jam yang tergantung di dinding.

Bunyi ketukan di pintu menyedarkan Danial daripada terus berkhayal. Muncul wajah Ikmal bersama senyuman di bibirnya.

"Kau sibuk ke,Danial?"soal Ikmal.

"Tak sibuk pun.Kenapa?"

"Tak ada apa. Cuma,aku nak tanya.Macam mana dengan kehidupan kau sekarang?"

Berkerut dahi Danial.

"Maksud kau?"

"Maksud aku,macam mana dengan kehidupan kau sekarang? Kau kan dah beristeri dua. Lagipun,pasal ni dah kecoh dalam kalangan staf kita. Biasalah,jadi bahan bualan orang." Ikmal duduk di hadapan Danial.

"Siapa yang bocorkan rahsia?"soal Danial pula.

"Mana aku tahu."

Danial memicit kepala.Satu lagi masalah!

"Nayra dengan Ros duduk serumah ke?"soal Ikmal lagi.

"Esok aku bawa Nayra pindah.Mana boleh biarkan diorang berdua duduk serumah.Bahaya. Buatnya bergaduh nanti." Danial membelek kertas yang ada di depannya.

"Betullah tu.Jangan bagi duduk serumah.Bahaya. Ros macam mana? Dia okey ke?"

Danial mengangguk.Lengan bajunya disingsingkan dan tali lehernya dilonggarkan sedikit.

"Dia okey je. Tapi,dia tu kadang-kadang tak jujur juga dengan aku.Aku tahu,dia selalu sakit-sakit waktu malam.Bila aku tanya,dia tak mengaku.Haih,tak faham aku.Kalau sakit,cakaplah sakit.Aku boleh bawa pergi klinik."

Ikmal bersandar pada kerusi. Dia tersenyum apabila mendengar telatah Rosalinda yang degil.

"Dia memang macam tu,Danial. Biasalah,perempuan. Kita pun kadang-kadang tak boleh faham dia. Tapi,aku rasa mesti sekarang perut dia dah nampak kan? Mesti comel."

Mata Danial mencerlung le arah Ikmal.Lain macam je puji isteri orang? Syok dekat isteri orang ke?

"Janganlah marah,Danial.Aku puji je. Cepat betul nak marah.Kuat cemburu!" Ikmal tergelak.

"Memanglah cemburu. Tu isteri kesayangan aku. Lainlah kau nak puji Nayra.Aku tak kisah pun."

"Tak kisah? Biar betul? Dia dah jadi isteri kau.Kau tak sayang?"soal Ikmal,sengaja mahu menduga Danial.

"Sayang,tapi tak setanding cinta aku dengan Ros tu,"jawab Danial setelah terdiam untuk beberapa saat.

"Amboi,pilih kasih nampak."

"Bukan pilih kasih,tapi dia kena tahu yang dia tu pilihan kedua. Dengan Ros,aku memang sayang. Tapi kalau dengan Nayra,hanya atas dasar tanggungjawab. Tu je." Danial menayang wajah tenang.

"Tapi,dia dah jadi isteri kau.Mana boleh tak cinta."

"Yang kau beria sangat nak aku cintakan Nayra ni kenapa?"tebak Danial.Wajahnya kelihatan tak puas hati.Rimas dengan desakan Ikmal.

"Bukanlah.. Cuma aku rasa tak adil untuk Nayra lah kalau kau sayang Ros sorang."

"Tengoklah macam mana.Pening kepala aku nak fikirkan pasal ni.Dah,kau keluarlah.Aku nak buat kerja." Ikmal dihalau.

"Eh,aku pula yang dihalaunya."

Ikmal bangun dan membetulkan bajunya.Danial yang dipandamg bersama satu senyuman.

"Bro,ingat pesan aku.Kau tak boleh pilih kasih. Nayra pun isteri kau. Kau tetapkan kena utamakan dia juga.Bukan Ros je." Kemudian,Ikmal beredar. Meninggalkan Danial yang sedang bungkam memikirkan nasibnya.

Bercinta pun tak pernah,inikan pula nak cinta pada Nayra? Selama ni,dia anggap macam kawan je.Tak lebih!

Boleh ke tanam rasa cinta tu?

ROSALINDA mengutip baju-baju kotor yang ada di dalam bilik tidur untuk dibasuh. Sebaik saja dia melintasi bilik Nayra,langkahnya terhenti.

"Tidur? Pagi tadi bukan main berjanji dengan Danial cakap nak buat kerja rumah.Tapi sekarang? Aku yang juga yang buat." Dahi Rosalinda berkerut.

Pintu bilik Nayra yang terbuka luas itu diketuk.

"Nayra,bangun.Tolonglah saya buat kerja rumah ni.Saya tak larat nak buat sendiri."

Nayra mengerutkan dahinya.Ish,mengacau betullah perempuan ni!

"Nayra,bangun. Dah pukul tiga petang ni. Pergilah masak.Nanti Danial balik,dia nak makan." Suara Rosalinda menjengah lagi ke telinga Nayra.

"Kau nak apa? Memekaklah! Aku ni penat.Aku nak tidur. Kau buatlah sendiri!"marah Nayra.

"Nayra,awak tu isteri orang. Cubalah rajin sikit buat kerja rumah.Bukannya asyik tidur. Bersenam sikit bagi badan sihat,"bebel Rosalinda.

"Sukahati aku lah nak tidur ke apa. Kau tak payah sibuk!"

"Nayra,awak tetap kena bangun.Tolong saya masak." Rosalinda menegaskan suaranya. Dengan perempuan ni,dia tak boleh bagi muka.Habis perangai dia makin menjadi-jadi nanti.

Nayra merengus. Dia bingkas bangun dan berjalan keluar dari bilik.Bahu Rosalinda dilanggar kasar.

"Nayra!" Rosalinda beristighfar banyak-banyak. Kurang ajar betul dia ni!

Rosalinda mengikut jejak Nayra yang turun dari tangga.

"Awak jangan sambung tidur pula dekat sofa. Pergi dapur,buat apa yang patut. Harini,Danial balik awal. Jadi,kita kena masak awal sikit. Pergi siang ikan yang baru beli tadi." Rosalinda membawa bakul baju turun.

"Diamlah! Aku nak keluar! Aku nak ambil angin.Duduk dalam rumah ni asyik kena hadap muka kau je!"

"Nayra,janganlah macam tu.Kita ni duduk serumah.Tolonglah sekali."

Nayra menghentikan langkahnya. Dia menoleh dan memandang ke arah madunya dengan pandangan yang tajam.

"Kau bukan sesiapa nak arah aku.Eh kau tak payah tunjuk baguslah! Konon rajin nak buat kerja rumah.Baju ni,tak payah basuh! Suruh orang gaji!" Nayra merampas bakul baju ditangan Rosalinda dan melemparkan ke bawah. Habis baju-baju kotor bersepah.

"Nayra! Awak ni kenapa?"marah Rosalinda.Stres dengan perangai macam ni!

"Mulut kau tu asyik bercakap je! Sekali aku tampar,terdiam terus!"marah Nayra pula.

"Jangan melamp-"

Bunyi deruan enjin kereta yang memasuki ruang garaj meghentikan kata-kata Rosalinda. Mereka berdua mengalihkam perhatian mereka ke luar.

Danial dah balik. Kalau dia tengok ni,habis!

Kemudian,dia terdengar satu jeritan.

"Abang! Sakit!" Nayra sudah mengalirkan airmata. Rosalinda terkejut melihat Nayra yang sudah terjelopok jatuh ke lantai. Sedikit demi sedikit darah keluar. Matanya terbuka luas.

Eh,masa bila dia jatuh?

Danial yang melangkah masuk ke dalam rumah,terus menjerit nama Nayra. Tergopoh-gapah dia mendapatkan Nayra.

"Nayra!"

Danial mendongak,memandang Rosalinda yang masih berpijak di atas anak tangga.Dia kelihatan terpinga-pinga.

"Ros,apa dah jadi ni?! Apa yang Ros buat ni?!"

Rosalinda tak mampu membuka  mulut.Dia hanya berdiri kaku melihat Danial mengangkat Nayra yang sudah mengerang kesakitan.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now