BAB 64

5K 223 36
                                    

Penuh berselera Danial menjamu selera. Pinggannya licin dan semua lauk kebanyakkannya dia yang makan. Mulutnya tak henti-henti memuji masakan Nayra.

Danial dan Nayra saling bersuapan. Mereka berkelakuan seperti Rosalinda dan Datin Sophea tiada disitu saja. Bermesra tak kena pada tempat. Rosalinda dilayan seperti orang luar.

"Abang nak tambah nasi?" Rosalinda bangun dan mahu menambahkan nasi ke dalam pinggan Danial,namun Danial menggeleng. Dia menunjukkan ke arah Nayra.

"Tak apa,saya dah kenyang. Sayang,abang nak buah tembikai. Suapkan,"pinta Danial.Nayra tersenyum lantas mencapai buah tembikai yang sudah siap dipotong dan terhidang di atas meja makan.

"Dani,jangan lupa petang ni ada mesyuarat.Jangan tak datang pula,"pesan Datin Sophea.

"Okey.Sayang duduk sini ya? Kalau duduk rumah nanti tak ada orang jaga.Dekat sini ada Ros dengan bibik.Boleh tolong tengokkan sayang.Okey?" Hidung Nayra dicuit. Nayra tersengih.

"Okey,encik suami."

Rosalinda segera bangun dan berjalan menuju ke sinki. Lebih baik dia angkat kaki sekarang.Kalau tak,makin sakit hati tengok dua orang manusia tu. Kononnya pasangan sejoli!

Ada ke patut dia suruh aku jaga Nayra? Dia ingat aku ni penjaga Nayra? Bibik pun bukannya penjaga Nayra.Tolonglah,dia dah besar.Jagalah diri sendiri! Bentak hati Rosalinda.

"Ros,nanti tolong tengokkan Nayra. Jangan bagi dia buat kerja.Kalau dia degil,bagitahu saya.Biar saya denda dia." Danial tersenyum sambil menarik pipi Nayra pula.

"Abang ni.. Nayra bukan budak- budaklah.Tahulah saya jaga diri.Sepatutnya saya yang jaga Ros.Dia dah sarat.Kesian dia,"kata Nayra,sekadar berbahasa depan suami dan ibu mertua.Nak jaga betul-betul? Hm,memang taklah.

"Dia dah besar,abang.Boleh jaga diri sendiri. Lagipun,dia belum sarat lagi." Rosalinda menayang wajah selamba.

"Mulalah tu.Nak cemburukan Nayra pula? Apa salahnya awak jaga dia? Dia madu awak juga. Tak perlu cemburu sangat,Ros.Saya tak abaikan awak.Tak payah risau.Saya tetap sayang awak."

Sakit hati Rosalinda mendengar kata-kata Danial.Kalau betul sayang,kenapa layan macam orang luar? Layan pun tak ikhlas.Asyik tarik muka je.

"Kalau sayang,tak adanya awak merungut nak tolong saya urutkan badan. Cakap jelah awak sayang Nayra lebih,"bidas Rosalinda. Dia mahu keluar dari dapur.

"Ros,awak jangan nak biadap dengan saya.Awak ni kenapa? Terlalu cemburukan Nayra sampai nak burukkan saya? Okey,kalau awak nak saya layan awak,kejap lagi saya layan awak.Awak hadaplah saya puas-puas.Tak perlu awak nak burukkan saya lagi."

Rosalinda bengang.Dia keluar dari dapur. Dia terus naik ke atas.

Dalam keadaan sekarang ni,lebih baik tak payah ada suami.Kalau ada,buat sakit hati je.Bila kata sayang Nayra lebih,marah pula. Dituduhnya cemburu.Salah ke kalau cemburu?

Danial menggelengkan kepala kemudian bibirnya terukir senyuman semula selepas memandang Nayra. Datin Sophea memandang Danial. Makin melampau pula Danial ni.

"Danial,Ros tu isteri Dani juga.Memang hak dia nak dapat layanan daripada suami sendiri.Sekarang ni,Ros dah macam terpinggir.Tak baik buat dia macam tu,"tegur Datin Sophea.

"Mummy,ni hal rumahtangga Danial okey? Jangan masuk campur.Danial tahu macam mana nak uruskan.Danial dah matang. Berhentilah layan macam budak-budak.." Danial menayang wajah kurang senangnya dengan Datin Sophea.

"Masa bila mummy layan Dani macam budak-budak? Mummy cuma pesan supaya Dani tak abaikan Ros.Ingat sikit,siapa yang rampas suami Ros." Pedas perlian Datin Sophea buat Nayra.

Ingat dia sah mengandung,dia boleh buat macam-macam? Sedarlah diri tu hanya menumpang kasih sayang orang.

"Mummy jangan tuduh Nayra macam tu.Nayra tetap isteri Danial walaupun dia pernah buat silap dulu. Ya,Danial pun silap juga dulu. Tapi benda dah lepaskan? Kenapa nak ungkit?"

"Mummy kena ungkit bila Dani dah mula tak sedar diri! Ingat Dani. Siapa yang ada dengan Dani dari dulu? Siapa yang sanggup korbankan zaman remaja dia dulu demi nak senangkan hati mummy dengan daddy? Siapa yang sanggup hadap perangai manja Dani waktu sekolah dulu? Siapa? Ingat sikit!" Datin Sophea menahan sabar.Entah apa yang jadi sampai anak lelakinya boleh jadi macam ni. Sakit jiwa dibuatnya.

Danial menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Kalau mummy nak tahu.."

Nayra memandang Danial.

"Danial menyesal kahwin dengan Ros.Sepatutnya Nayra yang dah lama sukakan Dani ni yang jadi isteri Dani dulu.Bukan Ros."

Datin Sophea mengucap panjang. Danial bingkas bangun dan menarik Nayra pergi dari situ.

"Danial! Danial Evans!"pekik Datin Sophea. Danial hanya membuat tidak endah.

Kalau Ros dengar kata-kata Danial tadi,pasti hancur hatinya. Sampai hati dia cakap macam tu? Dia dah hilang akal ke?

Datin Sophea memicit kepalanya. Runsing!


AINA berdecit.Kalau ikutkan hati,nak je dia baling telefon ni.Susah sangat nak jawab telefon! Tahulah dah bahagia jadi isteri Danial!

Aina menyedut perlahan air sirap limau. Dia memandang sekeliling.

"Aina?"

Aina menoleh.

"Eh,abang Mal!" Aina tersenyum. Matanya tak lepas memandang Ikmal.Hm,dari zaman sekolah tetap kacak!

"Tak payah berabang.. Panggil Ikmal je.Eh sorang je?"

"Haah,sorang je. Baru sampai dari kampung.." Aina menjemput Ikmal duduk bersamanya.

"Oh.Saya pun dah lama tak balik kampung sana. Rindu pula,"kata Ikmal.Dia tersenyum.

"Nanti baliklah.Jangan lupa,singgah rumah saya." Aina bergurau.

Ikmal ketawa kecil.Dia mengangguk.

"Saya datang KL ni pun sebab nak jumpa kakak saya.Sejak dia dah kahwin dengan Danial,dia langsung tak balik kampung."

"Kakak awak ada cerita apa-apa ke dekat awak?"soal Ikmal,cuba mengorek rahsia.

"Tak banyak pun dia cerita.Setakat cerita dia bahagia dengan Danial.Tu je lah. Saya pelik,Danial boleh terima kakak saya macam tu je? Habis tu,Ros? Kadang-kadang,saya terfikir juga.Kesian Ros tu. Walaupun saya dengan dia tak pernah sebulu,tapi saya faham perasaan dia.Perempuan mana yang suka dimadukan. Betul tak?"kata Aina.

"Betul juga. Saya pun kesian dengan Ros.Tapi,betul ke Danial bahagia dengan Nayra?"

"Entahlah. Kalau ikutkan daripada cerita kakak saya,macam bahagia.Siap masukkan gambar berdua lagi dalam media sosial. Betullah kot,"kata Aina lagi.

Ikmal bungkam.Dia berfikir. Kalau Danial dengan Nayra dah bahagia,Ros pula macam mana? Mesti dia tak bahagia!

Tak boleh jadi. Dia perlu selamatkan Ros segera daripada terus menghadap segala liku hidup yang belum tentu menjurus ke kebahagiaan.

Apa yang pasti,bila dia dah dapat Ros,dia akan bahagiakan gadis itu.Perjalanan hidup Ros masih panjang. Gadis itu berhak untuk bahagia.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now