"Danial?"
Langkah Danial terhenti. Lelaki yang menegurnya dipandang.Senyuman terus terukir di bibir.
"Oh my god,Jack! What are you doing here?"soal Danial,menyapa kawan karibnya di Los Angeles,Jack.
"I'm on my holiday. What are you doing here?"
Jack memandang Rosalinda. "Who is this? Oh,Dan.. You've got an angle without tell me yaa.."
Danial tergelak. Dia menepuk bahu rakannya mesra.
"It's not like that,Jack.. This is my wife,Ros. Ros,this is Jack. My ex-classmate in Los Angeles." Danial memperkenalkan Jack kepada Rosalinda. Rosalinda tersenyum.
"You're married? Wait,Danial. Are you kidding me? Tell me,this is a joke right?"
"Of course,no! This is my wife. My true love! " Sempat Danial meluah isi hatinya. Jack seakan tak percaya.
Pelajar paling nakal dah kahwin. Siapa je yang nak percaya?
"Wow,this is so unreal. By the way,congrats. I'm happy for both of you."
Jack tersenyum lebar menampakkan lesung pipitnya. Dia memeluk lagi rakannya dengan mesra. Rindu apabila sudah lama tidak berjumpa. Rindu nak buat kerja nakal dekat sekolah!
"Thanks,Jack. "
"Oh ya,Danial. Can I ask you something? Is that true that your father has passed away?"
Danial terdiam. Dia memandang Rosalinda sekejap. Isterinya mengusap lengan Danial,kemudian Danial mengukir senyuman nipis. Dia mengangguk.
"Ya,that's true. "
"Oh my.. I'm so sorry. I've got this news from my aunt.Be strong ya,Dan." Jack memberi semangat. Danial hanya mampu tersenyum.
"Thanks,bro."
"Well,i've to go. See you again ya. Bye Ros!" Jack beredar meninggalkan mereka berdua dan bergegas kembali ke pangkuan keluarganya.
Danial memandang Rosalinda. "Dia bye dekat sayang je. Ceh! Jangan pandang dia lama-lama. Nanti jatuh hati. Hati sayang boleh jatuh dekat abang je. Biar abang sambut."
Rosalinda tergelak. "Merepek. Dahlah,jom. Saya nak bergambar.Awak ambilkan gambar untuk saya."
"Apa dia? Tak dengar."
Rosalinda tersedar dia sudah tersasul. Dia hanya mampu tersenyum sumbing.
"Okey.Abang. Abang ambilkan gambar saya.Boleh tak?"soalnya lagi.
Danial tersenyum lebar. "Boleh sayang.."
Rosalinda menggelengkan kepalanya perlahan. Jangan dekat sekolah dia buat perangai mengada macam ni sudah. Naya!
DATIN Sophea menolong besannya menyiapkan makanan untuk makan tengahari. Sayur-sayuran dipotong dan dibasuh. Memandangkan dia sudah tiada sesiapa,hanya besannya menjadi penemannya.
"Nanti I kena pindah KL,Zah." Datin Sophea memberitahu Puan Zahra.
"Pindah KL? Buat apa?"
"Sementara nak tunggu Danial habis belajar,I duduk dekat rumah sana. Jaga rumah dekat KL tu. Nanti Danial dengan Ros dah habis belajar,diorang boleh duduk situ,"kata Datin Sophea lagi.
"Tak seronok la nanti aku tak ada kawan nak berborak.."kata Puan Zahra. Matanya fokus pada sambal udang di dalam kualinya.
Datin Sophea tersenyum. "Bila-bila nanti I baliklah sini. Lagipun,banyak benda nak kena selesaikan dekat KL tu. Syarikat peninggalan arwah pun belum selesai sepenuhnya. Nak kena jumpa peguamnya lagi. Banyak kerja."
Puan Zahra mengangguk tanda setuju. Kadang-kadang,dia kesian juga dengan besannya. Sejak arwah Dato' Azraff dah tak ada,semua benda dia selesaikan sendiri. Tak pernah dia merungut. Pada Puan Zahra,Fatin Sophea betul-betul seorang wanita penyabar dan tabah. Tambahan pula,hubungannya dengan anak lelakinya sendiri tak begitu baik. Kehidupan yang sememangnya mencabar.
"Kalau macam tu,tak apalah. Janji kena selalu balik sini. Tak adalah aku rindu kau nanti,"usik Puan Zahra. Datin Sophea tergelak kecil.
"Kalau rindu,you jenguklah I dekat KL. Boleh kita sekeluarga bercuti dekat sana."
"Boleh je,tak ada masalah pun. Lagipun,dah lama tak pergi KL."
Puam Zahra menutup api setelah siap memasak sambal udang. Aromanya boleh dihidu sehingga ke ruang tamu.
"Rindu pula dengan budak-budak tu. Lusa diorang dah balik. Kita masak lebih sikitlah,Zah"cadang Datin Sophea.
"Boleh je. Tak ada masalah pun. Esok kita pergi pasar. Kita masak asam pedas ikan tenggiri,sambal belacan,ulam dengan sotong goreng kunyit."
Menyebut tentang sambal belacan,Datin Sophea tersenyum sendiri. Teringat pula pada Danial yang sememangnya bencikan belacan. Tak tahulah bila dia boleh terima belacan tu. Kalau nasi lemak dia dah boleh terima,takkan belacan tak boleh?
"Zah,buat tempoyak sekali.I nak Danial biasakan diri dengan makanan kampung. I risau,dia asyik makan makanan junk food. Takut kesihatan dia terjejas nanti."
Puan Zahra tersenyum dan mengangguk. Tempoyak..
Macam mana agaknya reaksi Danial lepas makan tempoyak? Durian? Dia makan ke tak?
"Kau tak pernah bagi Danial makan durian?"soal Puan Zahra,tiba-tiba.
"Durian? Tak pernah. Kenapa?"
Puan Zahra tersenyum lagi.
"Nanti kita jamu dia dengan durian. "
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...