BAB 29

5.9K 313 2
                                    

Hari perlawanan bola baling sudah pun tiba. SMK Kg. Kayu Jati menjadi tuan rumah untuk perlawanan kali ini dan itu membuatkan Rosalinda mahu hadir untuk melihat perlawanan tersebut.

Ramai juga yang hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut dan menyokong pasukan pilihan mereka.

Rosalinda melihat jam di tangannya yamg sudah pun menunjukkan pukul dua petang. Perlawanan tersebut bakal berlangsung tak lama lagi.

Rosalinda mengambil tempat untuk menonton perlawanan tersebut. Lucu juga sebenarnya. Sebelum ni,Rosalinda jarang hadir untuk menonton perlawanan begini. Kalau ada pun,dia datang nak sokong Ikmal tu dulu. Sekarang,dia hadir sebagai penyokong kepada suaminya sendiri,Danial.

Para pemain mula masuk ke dalam gelanggang. Mereka selesai memanaskan badan dan mendengar arahan daripada jurulatih mereka.Kemudian,pengadil memberitahu mereka tentang peraturan di dalam gelanggang.

Sebelum permainan dimulakan,Danial sempat memandang ke arah Rosalinda yang duduk di tepi gelanggang,di celah-celah pelajar perempuan yang lain. Danial tersenyum membuatkan Rosalinda turut tersenyum.Senyuman yang mampu membangkitkan semangat Danial.

Permainan dimulakan dengan tiupan wisel daripada pengadil. Mata Rosalinda tidak lepas memandang Danial yang lincah bermain di dalam gelanggang.

Betul kata Danial dulu. Danial seribu kali lebih handal bermain bola baling berbanding Ikmal dulu.Danial mempunyai skilnya yang tertentu yang jarang pelajar lain dapat belajar. Sungguh,Danial betul-betul membuatkan pelajar-pelajar disitu terpegun melihatnya bermain bola baling.

Tak sampai minit ketiga,Danial sudah berjaya mendapatkan satu mata untuk pasukannya. Ramai pelajar perempuan bersorak. Ramai juga peminat Danial ni!

Macam biasa,riak wajah Danial yang poyo sudah pasti ditayangkan. Senyuman sinisnya yang mampu memukau mana-mana perempuan.

Mikail yang melihatnya hanya berasa jengkel. Dia sudah tidak lagi serasi dengan Danial kejadian di kem tempoh hari. Hatinya berasa sebu dan  panas tatkala melihat Danial. Dasar lelaki terdesak perhatian perempuan betul!

"Kau tengok. Pengaruh aku lagi besar dari kau dekat sekolah ni,Mike. Kalau betul kau lelaki sejati,then show me." Danial membisik pada Mikail,seolah-olah mahu mencabar lelaki itu.

Danial menepuk perlahan bahu Mikail. Mikail menjeling tajam,jelas rssa bencinya pada Danial di dalam anak matanya.

"Jangan cabar aku,Danial. Kita tengok,siapa lelaki sejati."

Permainan diteruskan.Rosalinda perasan,ads sesuatu yang tak kena dengan Danial dan Mikail tadi. Takkan dalam gelanggang pun nak bertekak? Sudahlah mereka rakan sepasukan. Kalau tak ada semangat sepasukan,macam mana nak menang?

Risau pula Rosalinda jadinya.Kalau diorang bergaduh dalam gelanggang,macam mana? Naya!

Giliran Danial mendapat bola dari rakan sepasukannya yang lain. Sempat dia mengerling ke arah Mikail bersama satu senyuman yang mampu mencabar kesabaran Mikail.

Danial baru hendak menjaringkan gol,Mikail sudah menepis terlebih dahulu. Walaupun tindakan akan memberi kerugian pada pasukannya,namun hatinya puas. Puas dapat membalas walaupun sedikit!

"Kau buat apa ni,Mike? Main elok-eloklah! Dah nak gol tadi!"marah salah seorang rakan sepasukan mereka. Pada masa yang sama,peluang itu diambil ole pihak lawan untuk merebut bola dan pergi membuat serangan pada gol pasukan Danial.

Markah mereka yang kini menjadi seri membuatkan Mikail pula tersenyum sinis. Dia menepuk bahu Danial perlahan.Gilirannya pula untuk membuatkan hati Danial menggelegak panas.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now