BAB 55

4.8K 219 12
                                    

Danial melihat dirinya yang sudah siap memakai baju melayu berserta dengan sampin untuk majlis akad nikahnya yang bakal berlangsunh dalam masa beberapa minit saja lagi. Setiap detik yang berlalu membuatkan jiwanya semakin resah. Melihat Rosalinda yang hanya berdiam diri tidak berkutik sejak tadi hanya menambahkan rasa resah dihatinya.

Dalam tempoh tiga bulan sahaja,mereka sudah menyiapkn persediaan untuk majlis nikah. Majlis yang serba sederhana dan hanya orang terdekat sahaja yang tahu.

"Dani,dah siap?"soal Datin Sophea. Danial menoleh dan perlahan-lahan dia mengangguk.

"Jom.Pihak perempuan dah sampai.Tok Kadi pun dah sampai juga,"kata Datin Sophea.

"Mummy,Ros mana?"soal Danial.

"Ros ada dekat bawah. Dia tengah tengok lauk-lauk untuk tetamu nanti."

Danial bungkam.Betul ke apa yang dia buat ni?

"Dani..Jom.Orang dah tunggu tu.Tak baik buat orang tertunggu,"ujar Datin Sophea.

Danial menghela nafas berat.Nak tak nak,dia terpaksa teruskan.Dah sampai tahap ni,takkan nak patah balik? Dah terlambat.

Danial keluar dari biliknya dan jalan menuruni anak tangga.Setiap langkahnya dia tidak henti-henti berdoa agar ini semua hanyalah mimpi ngerinya.

Melihat Tok Kadi yang sudah tiba,jantungnya semakin berdebar. Bukan kerana teruja,tapi takut. Takut tak mampu memikul beban.

Syafiq yang turut berada disitu menepuk perlahan bahu Danial. Sudah berbuih mulutnya memberi nasihat,tapi Danial tetap dengn keputusannya untuk bertanggungjawab.

Nayra memandang bakal suaminya bersama senyuman. Wajahnya kelihatan berseri sebagai seorang pengantin baru. Adiknya,Aina yang merupakan bekas rakan sekelas Danial dahulu mencebikkan bibirnya.Tak puas hatilah.Apa lagi? Dari dulu dia minat,tapi kakaknya pula yang dapat.Jadi isteri kedua pula tu!

"Boleh kita mulakan majlis?"soal Tok Kadi.

Danial memandang sekelilingnya,mencari kelibat Rosalinda. Dia perlu melihat Rosalinda di hadapan matanya. Dia perlukan kekuatan. Namun,batang hidung isterinya pun tak nampak.

"Encik Danial?"

"Y-ya. Saya dah sedia.." Danial meneguk airliurnya. Menggigil tangannya menyambut tangan Tok Kadi buat kali kedua.

Ros,abang minta maaf.


ROSALINDA memicit kepalanya yang terasa berat.Dengan kepalanya yang terasa pening,dia tak mampu untuk duduk di dalam majlis nikah suaminya.Biarlah,kalau tengok pun sakit hati yang dapat.

Melihat jam yang sudah pun mencecah pukul tiga petang,dia yakin,majlis nikah suaminya sudahpun berlangsung.

"Ros?" Rosalinda yang mahu memejamkan matanya kembali mencelik. Danial menghampirinya dan tangannya diraih dan dikucup lembut.

"Sayang okey? Mummy cakap,sayang sakit kepala.Nak pergi klinik?"soal Danial,penuh rasa prihatin. Risau dengan keadaan isterinya yang berbadan dua. Dulu,dia pernah pitam kerana terlalu penat dan tertekan. Danial risau perkara tersebut akan berulang lagi. Mungkin akan menjejaskan kesihatan isterinya dan juga anaknya.

"Tak apa,saya okey.Sikit je ni.Abang pergilah tengok tetamu tu. Saya nak baring sekejap.."Rosalinda menarik perlahan tangannya daripada terus dipegang. Jelas dia terasa hati dengan perbuatan suaminya.

"Ros marahkan abang?"

Rosalinda mendiamkan diri. Nak cakap apa lagi? Benda dah jadi. Tak boleh nak buat apa.

"Ros,abang faham kalau Ros nak hukum abang.Tapi,abang taknak Ros bencikan abang. Ros kena tahu,hanya Ros ada dalam hati abang,sayang." Bergetar suara suaminya.Luluh hatinya melihat Rosalinda yang sudah tidak ceria seperti dulu. Isterinya juga sudah nampak sedikit kurus. Bila diajak makan,ada sahaja alasannya.

"Abang pergilah dekat Nayra.Kesian dia kena layan tetamu tu sorang-sorang.Abang pergi teman dia." Rosalinda mengalihkan pandangannya.

"Sayang.."

Pintu bilik diketuk. Muncul Nayra bersama senyuman yang tidak pernah lekang pada wajahnya sejak dia bergelar isteri kepada Danial Evans.

"Ros okey?"soal Nayra. Dia menghampiri Danial dan Rosalinda. Tangannya memeluk leher Danial,namun perhatiannya diberi pada Rosalinda yang sudah tidak selesa dengan kehadirannya.

Danial mahu melepaskan pelukan Nayra namun pelukan gadis itu semakin kuat.Akhirnya,dia membiarkan saja Nayra memeluk lehernya.

"You nak apa? Ada apa-apa yang tak cukup ke dekat bawah?"soal Danial.Tangan Danial setia mengusap tangan Rosalinda.

"Cukup je,sayang. Cuma tetamu tanya pasal abang.Abang taknak turun? Pasal Ros,saya boleh tengokkan dia sekejap."

Danial memandang Rosalinda yang semakin kuyu matanya. Mungkin kesan daripada ubat yang dimakannya tadi.

"Yelah. Sayang,abang turun sekejap.Nanti abang datang balik okey?" Danial mengucup dahi isterinya dan berlalu pergi.

Nayra memandang Rosalinda yang kini sudahpun menjadi madunya. Dia duduk di birai katil dan sempat membetulkan bajunya.

"Kalau mengandung,dia bagi tumpuan penuh ya?"soal Nayra.

Rosalinda mencerlung ke arah Nayra yang sudah tersenyum.Sakit hatinya melihat senyuman yang dilemparkan oleh perempuan tersebut.Dasar ahli sihir!

"Seronoknya. Tak sabarlah nak mengandung.Mesti dapat perhatian penuh dari encik suami,kan? Makan bersuap. Tidur pun kena dodoi.Ey,tak sabar!" Nayra sudah tersengih.

"Jangan melampau,Nayra. Aku dah bagi keizinan untuk kau kahwin dengan suami aku pun cukup baik.Bersyukur sikit,"kata Rosalinda.Dia menjeling gadis disebelahnya.

"I bersyukur sebab dapat madu yang baik macam you. Terima kasih Ros sebab sudi berkongsi kasih.Tapi,kalau I mengandung dalam masa terdekat ni,macam mana? Encik suami boleh ke nak berlaku adil? Hm,rasanya dia kena jaga isteri yang baru mengandung.Kandungan yang masih baru kena beri tumpuan lebih.." Nayra tersenyum senget.Dia membelek kukunya.Gayanya saling tak ubah seperti kakak tiri dalam cerita Cinderella!

"Nayra,kau jangan melampau.Jangan sampai tangan aku naik dekat muka kau."

"Garangnya,Ros. Janganlah garang sangat.Nanti encik suami lari.. Ingat.Dia pun dah jadi milik I."

Rosalinda menahan geram.Dia menahan airmatanya dan terus memejamkan matanya.Tak mahu melayan perempuan yang terdesak dengan suami orang.

"I yakin,satu hari nanti Danial akan jatuh cinta dengan I. Dia akan sayangkan I sebagai isteri dia.."bisik Nayra.

Rosalinda tetap memejamkan matanya.Dia menutup telinganya. Nayra yang melihat hanya tersenyum.

Biarkan. Biarkan Ros sakit jiwa!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now