BAB 8

7K 386 0
                                    

"Daddy,renovatelah rumah Nektok ni. Tahu tak,malam tadi katil Dani basah sebab bumbung bocor? Dahlah hujan lebat malam tadi. Habis basah!"

Dato' Azraff hanya menayang wajah biasa.Dia menyisip perlahan air teh o panas. Kemudian,roti bakar digigitnya.

"Daddy,dengar tak? Dani tak tahan la duduk sini. Okey,kalau daddy nak kita duduk Malaysia.. Dani ikut. Tapi tolonglah pindah rumah lain. Kenapa kita perlu pindah rumah ni? Daddy kan ada duit simpanan. Belilah rumah banglo yang baru!"rengek Danial pada bapanya. Kemudian,dia memandang ibunya pula. Mahu meminta sokongan,tapi ibunya pula hanya tersenyum.

"Rumah ni okey je daddy rasa. Kalau bumbung bocor,nanti daddy repair.Daddy tak akan pindah. Rumah Nektok ni dah jadi tanggungjawab daddy untuk jaga. Jadi,kamu pun tolonglah jaga rumah ni sekali. "

"Tapi daddy.."

"Tak ada tapi-tapi. Daddy taknak dengar kamu complain macam-macam. Kejap lagi,ikut daddy pergi belakang rumah. Kita panjat pokok kelapa sama-sama." Sejurus itu,Dato' Azraff bingkas bangun. Danial sudah terkebil-kebil.

"Kenapa nak panjat pokok kelapa? Daddy ni biar betul? Ingat pokok kelapa tu rendah macam pokok mangga? Kalau jatuh macam mana? Dani sayang nyawa lagi,daddy! Daddy lainlah cerita. Dah kahwin,dah isteri. Tapi,Dani muda lagi. Belum dapat merasa ada isteri!" Danial sudah cuak. Takut untuk memanjat pokok kelapa yang tinggi. Tekaknya tiba-tiba terasa kering.

"Belajar jadi lelaki sejati,Dani. Kita sebagai lelaki kena berani. Bukannya tahu bersosial je. Macam mana nak jadi suami orang nanti? Kalau penakut,mana boleh kahwin,"kata Dato' Azraff.

"Ish daddy ni. Dani ni gentleman okey! Kan mommy? Dani tak takut lipas. Dani tak takut gelap. Kan mommy?" Datin Sophea dipandang.

"Ya sayang. Anak mommy ni memang gentleman."

"Dengar tu,daddy. Dani ni gentleman."
Danial mendabik dada.

"Kalau macam tu,buktikan. Daddy nak tengok anak lelaki daddy ni gentleman ke tidak. Umur dah 17,bukannya 7 tahun lagi. Jom,ikut daddy pergi belakang rumah." Dato' Azraff siap-siap mengambil peralatan yang diperlukan.

"Sekarang,daddy?"

"Sekaranglah! Cepat!"

Terkocoh-kocoh Danial bangun dan mengikut jejak bapanya. Datin Sophea sudah tergelak. Macam-macam betul ragam anak dan suaminya. Alahai!

DANIAL terbaring di tengah-tengah ruangtamu. Dia kepanasan dan kepenatan. Peluh sudah membasahi tubuhnya. Wajahnya sudah kemerahan.

Dato' Azraff menggelengkan kepalanya. Buah kelapa yang mereka dapat tadi diletakkan di dapur.

"Assalamualaikum.." Maklong Azza memberi salam dan melangkah masuk ke dalam rumah Nektok. Dia memandang pelik ke arah Danial yang sudah kepenatan.

"Eh,Danial. Kamu buat apa sampai berpeluh teruk macam ni? Takkan main kejar-kejar dengan ayam kot?"soalnya.

"Main kejar-kejar dengan kelapa,maklong.." Danial memejamkan matanya. Dia masih termengah-mengah.

"Kejar-kejar dengan kelapa?" Berkerut dahi maklong Azza. Tidak mengerti dengan maksud Danial.

"Tak adanya main kejar-kejar. Dia tu propa lebih,kaklong. Baru panjat pokok kelapa sikit dah penat macam berlari sekeliling kampung. " Dato' Azraff membuka sarung tangannya.

"La,panjat pokok kelapa rupanya. Kesian anak buah maklong ni. Penat ya? Ni,maklong ada buat kuih nona manis. Makanlah,"kata maklong Azza seraya menunjukkan bekas makanan yang berisi nona manis.

"Nona manis? Tak apalah,maklong.. Dani tak makan manis-manis tu. Dani dah cukup manis. Nanti diabetes pula.." Danial duduk bersila. Dia mengibaskan bajunya untuk mendapatkan angin.

"Amboi,kemain lagi ayat tu. Ni mesti dah ada makwe. Itu yang jadi maniskan? Untunglah kau Azraff.. Dah nak bermenantu dah. " Maklong Azza mengusik Dato' Azraff. Memandangkan dia dah tahu rancangan adiknya,apa salahnya mengusik kan? Yang belum tahu rancangan Dato' Azraff hanya Danial dan Ros saja.

"Nak bermenantu macam mana kalau dia perangai manja macam budak? Silap-silap bini yang jaga dia nanti. Bukan dia jaga bini,"kata Dato' Azraff.

"Eh daddy ni. Kalau Dani ada bini,Dani akan jaga dia macam jaga nyawa Dani tau! Dah nama pun bini,siapa tak sayang bini. Tak gitu,maklong?" Danial ketawa megekek tanpa mengetahui kebenaran.

"Betullah tu. Nanti dah kahwin,jaga bini elok-elok. Tak salah bermanja dengan bini. " Maklong Azza menyebelahi Danial pula.

"Eh,bukan Dani yang bermanja,maklong. Tapi nanti Dani yang manjakan bini!"

Amboi,bab kahwin suka kau ya!

"Amboi amboi.. Dari dapur boleh dengar gelak. Tak sabar nak kahwin nampak? Belajar pun belum habis. Ada hati nak kahwin? Baju pun mommy yang basuhkan,ada hati nak berbini?"celah Datin Sophea.

"Apa salahnya,mommy? Mommy takkan taknak menantu kan? Taknak cucu? Kawan mommy ramai dah bercucu. Mommy je belum kan?" Danial sudah tersengih. Namun sengihannya bertukar tragis apabila telinganya ditarik oleh Dato' Azraff.

"Aduh,sakit! Daddy! Ampun!" Danial mengaduh.

"Tahu pun sakit. Otak tu dah kotor sangat. Daddy dah pesan,jangan layan movie orang putih tu banyak sangat. Banyak yang tak elok,tapi benda tu juga kamu layan! Dah,pergi bersihkan badan. Dah nak masuk Zohor. Kejap lagi ikut daddy pergi surau. " Dato' Azraff menjegilkan matanya. Danial sudah terjuih bibirnya sambil menggosok telinga.

"Kesian dia. Terjuih dah bibir merah dia tu.." Maklong Azza masih menyebelahinya. Danial bangun dan merapatkan diri dengan maklong Azza.

"Maklong.." Danial seolah-olah mahu mendapatkan sokongan maklongnya pula.

"Tak ada maknanya maklong nak back up.Dah,pergi mandi!" Dato' Azraff terus pergi masuk bilik. Datin Sophea mneggelengkan kepalanya.

Aduhai,kalau dah manja macam ni macam mana nak kahwin? Betul ke Ros tu boleh handle Danial ni? Hatinya tiba-tiba dipagut rasa risau.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now