"Memandangkan SPM dah dekat,cikgu akan buat kelas tambahan bermula hari ni bermula pukul 2 petang hingga 5 petang. Semua wajib hadir."
Satu kelas sudah mula mengeluh dan merungut dengan pesanan cikgu mereka.
"Cikgu,saya sibuk waktu petang.Maaf,saya tak boleh masuk kelas." Fadil cuba mengelak.
"Sibuk apa? Sibuk tidur? Daripada kamu tidur,baik kamu masuk kelas.Tak ada alasan ya!"
Fadil sudah muncung sedepa. Tak dapat nak tidur.Tidur petang la paling seronok!
Rosalinda memandang Danial. Danial dengan wajah selambanya.Eh dia tak risau ke? Kerja dia macam mana?
"Kenapa pandang abang macam tu?"soal Danial. Dia berpeluk tubuh. Terbeliak mata Rosalinda dibuatnya. Ey,memang cari pasal betul!
"Ni dekat sekolah. Jangan mengada ya,"kata Rosalinda,memberi amaran.
Danial ketawa perlahan."Yelah.."
"Awak tak risau ke?"soal Rosalinda.
"Risau apa?"
"Awak kan kerja waktu petang."
Danial tidak menjawab.Dia memikirkan tentang kerjanya. Kemudian dia tersenyum.
"Jangan risau,tu biar saya selesaikan. Awak wajib pergi kelas tambahan tu okey?"pesan Danial. Dia mengetuk dahi Rosalinda menggunakan pen.
"Ey janganlah ketuk! Sakit!"
"Ehem,Danial, Ros. Dalam dunia khayalan sendiri ke tu? Dengar tak apa yang saya cakap? Danial,bukan ke kamu duduk sebelah Fadil? Kenapa duduk sebelah Ros?"soal cikgu Maria bertubi-tubi.
Danial dengan Rosalinda saling berpandangan sebelum mereka berdua memandang cikgu mereka. Danial menayang sengihan.
"Cuti lama.Rindu awek saya la cikgu."
"Ini sekolah,bukan tempat nak dating. Kalau nak dating,tunggu habis sekolah.Sekarang,fokus SPM dulu.Faham?"pesan cikgu Maria.
"Baik,cikgu.."
Aina yang melihat hanya mencebikkn bibir.Menyampah! Awek? Ros tak layak langsung jadi awek Danial! Fikir Aina.
Danial memandang Rosalinda. Dia menulis sesuatu pada buku nota Rosalinda.
Rsoalinda membacanya kemudian dahinya berkerut.Okey,ini pelik. Suaminya dah buang tebiat ke?
"Durian? Durian ada lagi dekat rumah. Tapi,saya simpan nak buat tempoyak. Kenapa?"soal Rosalinda.
"Saya nak makanlah. Tiba-tiba tekak ni terasa nak makan durian tu. Terbayang pula durian,"kata Danial.
Rosalinda semakin pelik. Eh,apa kes?
"Awak nak durian? Biar betul?"
"Ya,betullah. Aku nak sebiji nanti. Jangan lupa,okey?" Danial tersengih.Dia meletakkan tangannya di belakang Rosalinda.
Amboi,tak behave nampak!
DANIAL fokus memeriksa stok yang baru tiba di kedai runcit tersebut. Tangannya lincah menulis jumlah stok yang baru tiba. Sesekali mulutnya terkumat-kamit mengira harga stok secara congak.
Namun,fokusnya terganggu apabila ada seorang wanita yang menegurnya. Bau minyak wangi yang kuat menusuk ke rongga hidung Danial membuatkan Danial sudah tahu siapakah gerangan yang datang ke kedai runcit tersebut.
"Hai,Danial."
Danial menoleh. Dia hanya mengukir senyuman biasa. Tiada riak gembira dengan kehadiran Nayra.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...