BAB 51

4.8K 243 3
                                    

Danial memandang gadis yang berada di hadapannya bersama pandangan yang keliru. Sesekali dia memandang Ikmal yang msih setia dengan senyumannya. Nayra yang muncul di pejabatnya secara tiba-tiba membuatkan Danial sedikit terkejut.Mana Nayra dapat tahu dia kerja disini?

"Macam mana you boleh ada dekat sini?"soal Danial.

"I nak cari kerja dekat Kuala Lumpur. I tanya kawan-kawan I yang ada dekat sekitar sini.Tak sangka,diorang recommend syarikat you. Patutlah macam pernah dengar nama syarikat ni. Evanian Sdn. Bhd. Rupanya syarikat keluarga Evans ya?" Nayra tersenyum sipu. Dia menghulurkan fail yang berisi resume miliknya.

"Ni resume I. You fikir-fikirkanlah. I memang perlukan kerja sekarang.Yelah,I nak kena tanggung adik I lagi.Mak I dekat kampung pun tak sihat.. " Nayra membetulkan bajunya. Bibirnya mengukir senyuman manis.

"You mohon dalam bahagian marketing kan? Dani,aku rasa kita boleh ambil dia. Lagipun,tempat Ainul tak ada orang ganti. Bolehlah Nayra gantikan tempat dia,"cadang Ikmal.

Danial mendiamkan diri sebentar. Wajahnya serius menilik segenap kertas resume milik Nayra.

Nak bagi dia kerja atau tak? Kalau tak tolong,kesian pula. Tak apalah. Bagi dia kerja je kan? Bukan apa pun. Danial memujuk hatinya.

"Okey,I boleh ambil you kerja.You pun dah ada pengalaman kerja kan?"

Nayra mengangguk. "I ada tiga tahun pengalaman kerja. Jangan risau."

"Okey. Mal,cakap dengan Kak Fida yang kita ambil Nayra sebagai pengganti Ainul. Nayra,you boleh mula kerja esok?"soal Danial.

"Boleh je,Dani. Hari ni pun boleh. I tak kisah."

Danial pula mengangguk. "Okey. Mal,tunjuk tempat dia. Nayra,ikut Ikmal. Dia akan tunjukkan tempat you."

"Okey,Dani. Thanks a lot. "

Danial hanya tersenyum dan mnegangguk. Nayra bingkas bangun dan mengikut Ikmal. Dalam hatinya dia sudah menjerit suka. Tak sangka,dia dapat bertemu lagi dengan Danial. Dulu,mungkin dia budak sekolah lagi. Sekarang,dia dah bekerja. Bolehlah mencuba!

Nayra tersenyum lagi.

Danial meregangkan tubuhnya. Dia mengerling ke arah jam yang tergantung cantik di dinding. Baru pukul 10 pagi. Lambat lagi nak tiba waktu makan tengah hari.

Haih,baru beberapa jam dah rasa rindu. Danial mengeluarkan telefonnya dan segera mendail nombor isteri kesayangan. Kalah pengantin baru. Macam tak boleh berenggang aje!

"Assalamualaikum,bunga Ros." Danial menegur isterinya. Bibirnya tersenyum.

"Waalaikumussalam. Kenapa abang telefon? Ada barang tertinggal?"jawab Rosalinda dari dalam corong telefon.

"Ada.."

"Barang apa?"

"Abang tertinggal cinta hati abang. Sayang,abang rindu." Danial meluahkan rasa rindunya tanpa rasa segn silu. Jarinya bermain-main dengan tali lehernya. Nampak sangat dia dilamun cinta.

"Amboi,telefon semata-mata sebab tu je?" Terdengar suara Rosalinda ketawa. Senang hati Danial mendengarnya. Tawa Rosalinda yang mampu membuatkan hari-harinya ceria.

"Kalau abang boleh balik,sekarang abang nak balik. Abang dah rindu dengan si kecil dalam perut sayang tu."

"Abang,dia baru berapa bulan? Belum boleh bergerak lagi  Yang abang melebih kenapa? Mentang-mentanglah dah nak jadi papa.." Danial pasti,isterinya pasti sedang tersenyum.

"Mestilah abang melebih. Abang tak sabar. Sayang,sayang nak cendol tak?"soal Danial,tiba-tiba.

"Cendol?"

"Ya,cendol.Abang terasa nak cendol.Abang ada nampak orang jual depan pejabat abang ni. Kalau sayang nak,abang beli dua. Abang pun terliur tengoknya. Macam sedap je,"kata Danial.Tiba-tiba dia terliur pula dengan cendol.

Rosalinda ketawa lagi. Ni sah suaminya mengidam.

"Abang mengidam ya? Saya tak mengidam,tapi abang pula yang kena. Kalau abang nak,abang belilah. Kalau abang beli,saya tumpang merasalah. Kita kongsi."

"Betul ni? Abang beli nanti. Tengah hari nanti abang bawa balik. Kita rasa sama-sama,"kata Danial. Dia sudah tersengih. Kini,jarinya bermain pula dengan pen yang ada di atas meja.

"Okey,abang. Jangam beli banyak sangat.Takut membazir." Rosalinda sempat memesan.

"Okey,puan."

Danial tersenyum. Selepas beberapa minit dia memutuskan talian. Rindu,rindu juga.Kerja jangan lupa.Mesyuarat pun banyak.

Danial mengemas sedikit meja kerjanya sebelum dia keluar untuk menghadiri mesyuarat bersama Dato' Hamzah.

"Senyumlah sepuasnya,Danial. Lepas ni,kau mesti terseksa.Trust me."

Danial yang melangkah pergi itu dipandang. Lelaki ini memerhati dari jauh dan mengerling ke arah bilik kerja Danial.

USAI sahaja tamat mesyuarat,Danial berkemas. Dato' Hamzah memandangnya.

"Danial,"panggilnya.

"Ya,Dato'?" Danial menoleh. Dia tersenyum.

"Kamu dah kahwin ya?"

Danial terdiam sebentar.Macam mana Dato' Hamzah boleh tahu?

"Macam mana Dato' tahu?"soalnya.

"Mummy kamu bagitahu. Dia teruja sangat nak dapat cucu. Tahniah ya,Danial. Kalau arwah daddy kamu ada mesti dia suka."

Danial hanya tersenyum nipis. Dato' Hamzah ni kawan rapat ibubapanya.Mungkin tu sebab dia tahu tentang perkahwinannya.

"Marahkan lagi mummy kamu? Dani,jangan marah lama-lama.Kesian mummy kamu tu. Uncle tahu,dia buat semua ni sebab dia sayangkan Dani. Uncle yang tolong uruskan perubatan daddy kamu dekat Los Angeles haritu. "

Danial terus memandang Dato' Hamzah.

"Betul ke,Dato'?"

"Ya. Anak uncle doktor dekat sana. Dia yang uruskan pembedahan daddy kamu.Mungkin dah ajal dia. Kita tak boleh buat apa. Mummy kamu tak salah. Dia sendiri tak sangka benda ni jadi. Jangan marahkan dia ya,Dani?"ujar Dato' Hamzah.

Danial mengeluh. Dia hanya tersenyum pendek.Fikirannya asyik memikirkan kata-kata Dato' Hamzah.

Ada betulnya apa yang Dato' Hamzah cakap. Mungkin dah tiba masanya dia berbaik dengan mummynya.

"Bahagiakan mummy Dani tu sementara dia masih ada."

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now