Pusing ke kiri sudah,pusing ke kanan pun sudah. Posisinya tetap tidak menyelesakan buat Rosalinda. Dia mengeluh. Baring pun boleh membuatkan dirinya terasa lelah.
Lengan Danial ditepuk perlahan.
"Abang.."panggil Rosalinda. Dahi Danial berkerut. Lenanya terganggu dengan panggilan Rosalinda.
"Nak apa?"soal Danial. Matanya masih lagi terpejam.
"Saya tak selesa. Pinggang saya rasa sakit sangat.. Boleh abang tolong saya?"pinta Rosalinda. Dia memandang Danial yang masih lagi memejamkan matanya.
"Ambil ubat,sapulah dekat pinggang tu. Bukan susah pun. Saya nak tidur ni. Esok saya kena kerja. Jangan kacaulah,"kata Danial. Dia mengalihkan posisinya dan membelakangkan Rosalinda.
"Saya tak boleh buat sendiri,abang. Tolonglah sikit. Sekejap je. Lima minit saja,"pinta Rosalinda lagi. Dia mengusap pinggangnya.
Danial merengus. Dalam tak rela,dia bangun juga. Masam mencuka wajahnya apabila lenanya diganggu.
"Maaflah kacau tidur abang."
Danial mendiamkan diri dan membantu Rosalinda mengurut pinggang. Sesekali terasa bertambah sakit kerana cara Danial mengurut agak kasar. Macam orang tak ikhlas saja.
Ya,memang tak ikhlas pun. Kacau tidur orang! Bentak hati Danial. Hatinya semakin menjadi beku dan keras.
"Abang,sakitlah. Jangan kasar sangat.." Berkerut dahi Rosalinda. Dia memegang bantal yang ada dihadapannya.
"Nak urut memanglah sakit. Tahanlah sikit. Jangan manjakan diri tu. Biasakan diri rasa sakit."
Terdiam Rosalinda dibuatnya. Dia hanya menahan sakit sambil berkerut-kerut wajahnya.
"Dah." Selesai mengurut,Danial menyimpan botol minyak urut dan kembali tidur. Langsung tidak bertanyakan keadaan isterinya mahupun anak yang ada di dalam kandungan Rosalinda.
Rosalinda bingung.Kenapa Danial berubah secara mendadak? Pasti Nayra ada buat sesuatu. Kalau tak,takkan suaminya nak menjadi seorang yang berhati keras macam ni? Danial yang dia kenal bukannya macam ni.Dia masih tahu erti kasih walaupun egonya tinggi menggunung.
Rosalinda memandang wajah Danial yang sudah pun kembali lena. Perlahan-lahan tangannya mengusap pipi Danial. Kemudian,jari-jemarinya bermain-main dengan rambut Danial.
"Mesti anak kita ikut muka abang,kan? Anak lelaki kita ni.." Rosalinda tersenyum pahit. Kadang-kala,dia berasa kasihan dengan Danial kerana terpaksa hadap semua ini.
Seperti apa yang dia sudah berjanji pada awal perkahwinannya,dia akan menjaga Danial seperti mana ibubapa mertuanya harapkan. Danial yang manja perlukan bimbingan dirinya. Dirinya juga perlukan bimbingan Danial agar terus menjadi seorang perempuan yang kuat.
Perlahan-lahan tangan Danial dicapainya dan diletakkan pada perutnya. Terasa anaknya bergerak-gerak. Rosalinda tersenyum.
Danial yang terjaga,hanya membiarkan Rosalinda mencapai tangannya.Dia tidak membuka mata. Terasa anak yang dikandung oleh isterinya bergerak-gerak.
Dia ada terasa terharu bercampur dengan perasaan sedih. Tapi,tiba-tiba saja wajah Nayra terlintas di fikirannya. Terus hatinya kembali menjadi beku. Dalam fikirannya,isterinya bukan sahaja Rosalinda,malah Nayra juga isterinya.Jadi,Nayra layak dapat kasih sayangnya. Rosalinda tak boleh tamak.
Danial menarik tangannya dan membelakangi Rosalinda sekali lagi. Rosalinda baring dan memeluk Danial daripada belakang.Wajahnya disembamkan pada belakang badan Danial.
Danial terasa mahu memeluk isterinya semula namun entah kenapa ada sesuatu yang melarangnya. Ada sesuatu yang membuatkan dia berasa rimas dengan segala tindak-tanduk Rosalinda.
Sekali lagi,pelukan Rosalinda dileraikan dan tangan isterinya ditolak.
Rosalinda menahan hati.
AWAL pagi lagi Nayra sudah muncul di muka pintu rumah agam Danial. Bersama senyuman yang melebar,Danial menyambut kedatangannya.
Bila ditanya datang dengan siapa,dijawabnya naik kereta sendiri. Nayra mula riak. Keretanya tu Danial yang belikan. Bukan calang-calang kereta. Ianya kereta Audi A7 dibelinya untuk Nayra.
"Okey tak kereta tu?"soal Danial. Tangan Nayra dipegang.
"Okey. Seronok sangat! Nanti Nayra bawa sayang jalan-jalan naik kereta tu."
Haritu,panggil abang. Sekarang,sayang pula? Rosalinda cemburu lagi.
"Nayra bawa kereta ke?"sampuk Datin Sophea.
"Haah. Dia suka sangat kereta tu.Jadi, Danial belikanlah untuk dia. Tak salah pun sebab dia isteri Danial juga." Danial sudah tersenyum.
Rosalinda memandang suaminya. Bukan main lebar lagi senyumannya. Cuba kalau dirinya yang bermanja dengan Danial. Ada dia nak senyum? Silap-silap,kena maki.
"Boleh tu memanglah boleh. Tapi,mummy nak pesan. Nayra tu mengandung. Jangan galakkan dia bawa kereta selalu. Bahaya,"pesan Datin Sophea.
"Ala,tak apa. Nayra dah biasalah,mummy. Mummy jangan risau okey?" Nayra mengukir senyuman manis buat ibu mertuanya. Kemudian,pandanganya beralih pada Rosalinda. Senyumannya bertukar menjadi sinis.
"Oh ya. Sebelum Nayra lupa.."
Nayra mengeluarkan sebekas makanan yang dimasaknya. Penutup bekas dibuka. Terdapat nasi tomato dengan lauk ayam masak merah.
"Ni Nayra masak. Ada banyak lagi dekat rumah. Tu yang bawa datang sini. Bolehlah mummy dengan Ros rasa,"kata Nayra. Kata-katanya manis seperti mana wajahnya manis tersenyum. Rosalinda yang melihatnya berasa menyampah.Dia yakin,perempuan ni ada buat sesuatu dekat suaminya. Takkan dah kena guna-guna?
Kau tunggu,Nayra.Aku siasat!
"Terima kasihlah,Nayra.Susah-susah saja.." Datin Sophea tersenyum.
"Eh,tak apalah mummy. Tak susah pun."
"Sayang,kan abang cakap tak payah masak. Sayang tu mengandung. Nanti sayang penat,abang yang susah hati." Danial mengurut lengan Nayra.
Rosalinda menjadi semakin terkilan. Cara percakapan Danial terhadap Nayra turut berubah. Kalau dengan dirinya,ber'saya-awak'. Macam terbalik pula.
"Tak apa. Nayra okey saja." Nayra tersenyum pada Danial.
"Kalau macam tu,Ros buatkan air sekejaplah. Lepas tu,kita bolehlah makan sama-sama." Rosalinda bangun. Dia mahu melihat reaksi suaminya.
"Okey.. Jangan lupa susu sekali. Buatkan dua. Untuk saya dengan Nayra." Mulut Danial memberi arahan namun matanya fokus pada Nayra.Tangannya tak henti-henti mengusap tangan Nayra.
Rosalinda menahan sabar.
Sabar,Ros.Jangan tunjuk kau lemah depan Nayra. Kuatkan semangat!
Rosalina mengangguk dan mahu melangkah pergi ke dapur. Datin Sophea segera menahan dan menggelengkan kepalanya.
"Ros duduk. Biar mummy buat. Danial,kalau nak susu pergi buat sendiri. Ros dah sarat. Dia tak boleh berdiri lama. Nanti kaki dia bengkak lagi susah." Datin Sophea pula memberi arahan pada Danial.
Danial sudah mengerutkan wajahnya.
"Pergi,Danial. Kalau Nayra nak tolong Danial pun tak apa. Nayra belum sarat lagi. Ros ni saja dah sarat. Mummy tak nak menantu mummy ni sakit badan nanti." Arahan kedua dikeluarkan.
Terdengar mulut Danial mengeluh. Nayra menawarkan dirinya untuk membantu Danial. Depan ibu mertua mestilah kena tunjuk bagus! Tapi,dalam hati? Kutuk ibu mertua sendiri berbakul-bakul. Rosalinda pula sempat dijelingnya.
Sukalah tu! Tak apa,nanti giliran aku pula! Nayra mencebikkan bibirnya.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...