BAB 53

4.5K 199 8
                                    

Kepala yang terasa berat dipegang.Wajahnya berkerut-kerut menahan sakit di kepalanya. Sinaran cahaya matahari yang menembusi langsir membuatkan dia semakin sedar.

Danial memerhatikan keadaan sekelilingnya.Sekejap,ni bukan bilik tidurnya.

Melihat satu susuk tubuh gadis yang ada disebelahnya,barulah dia tersedar sepenuhnya.Itu bukan Ros!

Melihat tubuhnya sendiri yang tiada seurat benang membuatkan matanya terbuka luas. Ya Allah,apa dah jadi sebenarnya ni?

Danial memejamkan matanya. Dia cuba mengingati apa yang terjadi.

"Okey,I duduk sini hanya 10 minit. Nayra,Nad. You better watch out. Jangan nak buat benda bukan-bukan,or else.. I akan bawa you ke mahkamah." Danial memberi amaran.

Nayra tersenyum. "Okey,janji."

Danial bersetuju untuk duduk sebenat bersama Nayra dan Nadhirah. Dia melihat sekelilingnya. Walaupun dia tak biasa dengan tempat begitu,tapi jiwa mudanya tetap terasa seronok.Kawan-kawannya semasa dia berada di LA dulu ada mengajaknya ke kelab malam dan dia juga pernah masuk ke dalam kelab malam seperti sekaarang. Walaupun dia pernah mencuba hanya sekali,namun dia tak pernah melupakan. Disebabkan kelab malam itulah dia dimarahi teruk oleh arwah daddynya.

Sejak tu,Danial nekad tak mahu pergi ke kelab malam lagi. Tapi malam ni,sekali lagi dia menjejaki ke dalam kelab malam.

"Danial,you jangan ingat orang yang masuk sini semuanya jahat. Tak,Dani. Kalau rasa terbeban dengan masalah,boleh release tension dekat sini. Bukan buat apa pun. Minum cola je. Tak mabuk,tak bercampur dengan mana-mana orang. You akan selamat.Jangan risau." Nayra meyakin kan Danial.

"Lagipun,I rasa macam rugi kalau tak masuk sini. You yang muda lagi pun taknak masuk sini.Tak rasa rugi? I yakin,kawan-kawan you mesti pernah masuk sini. You better enjoy this moment.. Kalau you tua nanti,you tak dapat merasa semua ni." Nadhirah menghulurkan segelas air.

"I tak suka sebab parents I dah didik I. Banyak benda buruk dekat tempat macam ni. Apa yang rugi? Tambah dosa ada lah." Danial membidas kata-kata Nadhirah.

"Okey,I lupa yang you ni kan alim sikit.Dahlah,minumlah.Kejap lagi you nak balik dah. I baru nak berkenalan dengan you." Nadhirah mencebik. Nayra pula hanya tersenyum di sebelah Danial.

"Air apa ni? Cola je kan?"

"Yes,Danial.You ni terlalu berhati-hati.Jangan risau,kitorang bukannya jahat sampai nak aniaya you."

Danial tidak mengendahkan kata-kata Nadhirah. Dia meneguk air cola yang dihulur oleh Nadhirah.

Air cola,tapi kenapa rasa pahit? Dia bagi air ketum ke apa?

"Cola without sugar." Nayra menjelaskan keapda Danial tatkala melihat wajah Danial yang berkerut.

Danial hanya mendiamkan diri. Dia terus meneguk air tersebut setelah mula terasa ketagih. Dia mula meminta Nadhirah memberikannya segelas lagi air cola.

"Sedapkan? I dah cakap tapi you degil. Ni cola without sugar. You jangan fikir ni whiskey pula." Nayra ketawa kecil.

"Kalau tak percaya,you bau air tu.Tak ada bau alkohol kan? So,jangan risau." Nadhirah meyakinkan Danial lagi.

Danial hanya mengangguk. "Masuk sini,satu malam berapa? I boleh ajak Ikmal sekali."

Nayra tersenyum gembira. Seronok apabila Danial mula sukakan kelab malam tersebut.

"Nayra,i'm so sorry apa yng I tuduh you tadi.."

"It's okay,Dani. Esok I boleh masuk kerja?"soal Nayra.

"Ya,boleh.Tengok apa you dah buat dekat I. I dah jatuh hati dengan air ni. This is really really awesome. Memang best!"

Danial mendekatkan dirinya dengan Nayra.Kepalanya mula terasa berat. Dia seperti hilang kawalan.

"Danial,what are you doing-"

"Nayra.."

Danial melentokkan kepalanya di atas bahu Nayra. Tangannya memegang tangan Nayra dengan kemas.

"Apa yang aku dah buat?" Danial mula terasa kesal dengan dirinya sendiri.Dia membiarkan dirinya dikawal!

Dia yakin,dia bukan minum air cola.Tapi air yang mampu memabukkan dirinya sehingga dia tak mampu mengawal dirinya sendiri.

Melihat Nayra yang masih lena tidur,Danial bingkas bangun dan memakai baju secepat mungkin.

Sebelum apa-apa jadi,lebih baik dia pergi!

Namun,Danial ternampak sesuatu yang mampu membuatkan jantungnya luruh.Dia semakin tidak keruan.

Ya Allah,aku dah rosakkan anak dara orang ke ni?

Bunyi telefon Danial membuatkan Danial semakin berdebar. Nama Rosalinda yang tertera menambahkan rasa takutnya.

Dengan perasaan yang bercampur-baur,dia menjawab panggilan dari isterinya.

"H-Helo sayang?"

"Abang dekat mana?"soal Rosalinda,dari corong telefon.

"A-abang dekat.."

"Balik sekarang.Saya ada sesuatu nak bercakap dengan abang. Balik sebelum mummy tahu pasal ni."

Panggilan terus diputuskan.

Wajah Danial menjadi pucat lesi.

Tahu pasal apa? Takkan Ros dah tahu pasal ni?

Kalau mummy tahu pasal ni,matilah dia. Apa dia nak jawab? Kalau Nayra bangun nanti,mesti dirinya juga yang dipersalahkan. Apa yang dia nak jawab? Dia tak boleh nak menggelar dirinya sebagai mangsa keadaan sebab dirinya sendiri rela dikawal. Dia sendiri merelakan dirinya memuaskan nafsu lelakinya!

Ya Allah,tolonglah hamba-Mu ini!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now