Angin pagi yang sepoi-sepoi bahasa menampar kulit. Sejuk kian terasa dan penghawa dingin ditutup. Bunyi air hujan yang renyai menimpa bumbung rumah membuatkan tidur menjadi lebih lena.
Danial mencapai songkoknya yang terletak di atas meja solek isterinya. Kemudian,dia memanjat naik ke atas katil secara perlahan. Rambut Rosalinda diselak ke belakang dahi isterinya dikucup dengan penuh kasih.
"Sayang.. Bangun.Dah subuh ni. Bangun,mandi. Kita solat sama-sama,"kata Danial. Dia menepuk perlahan pipi isterinya.Pipi Rosalinda sudah agak cengkung.Sejak dua menjak ini,Rosalinda kurang berselera untuk makan. Dia sendiri tidak tahu apa puncanya.
"Hmm.." Tangan Danial ditolak perlahan.Mata Rosalinda masih tertutup. Danial tersenyum.
"Sayang,bangunlah.Nanti kita terlepas subuh. Tak baik tinggal solat. Sayang yang selalu pesan,kita tak boleh lewatkan solat. Kan? Dah,bangunlah." Pipi Rosalinda dikucupnya berkali-kali agar gadis itu bangun dari tidur. Namun,lain pula yang jadi. Danial pula yang dimarahinya.
"Abang,janganlah kacau. Saya sakit kepala ni,"kata Rosalinda. Suaranya agak keras menegur Danial.
"Aik? Marah pula. Sakit kepala? Kenapa? Demam?" Danial menyentuh dahi dan leher Rosalinda. Hm,tak pula terasa panas.
"Lepas solat,abang urut kepala sayang. Sekarang,sayang bangun dulu.Kita solat okey? Abang pun tak ambil wudhu' lagi ni." Danial mendekati Rosalinda lagi. Kali ni,Rosalinda terus membuka matanya. Dia memandang Danial kemudian mengambil bau badan Danial.
"Hey,kenapa ni? Abang tahu,abang wangi. Kenapa? Nak abang mandi dengan sayang sekali? Boleh,tapi lepas subuh boleh tak? Takut terlepas subuh,"kata Danial seraya mengusik Rosalinda. Dia kalau bab mengusik memang tak boleh dipisahkan.
"Abang busuk! Abang guna sabun apa sampai busuk macam ni? Pergi mandi balik!"marah Rosalinda.Dia menolak Danial agar suaminya jauh daripadanya. Hidungnya dikepit menggunakan jari. Busuk sangatlah kononnya tu.
"Busuk? Eh,abang baru mandi okey! Abang sabun badan tiga kali tau! Takkan busuk masam lagi?" Danial pelik. Dia mengambik bau badannya sendiri. Wangi je?
"Busuk! Pergi man-" Tekaknya terasa loya. Bau badan Danial membuatkan tekaknya terasa loya. Pantas dia menekup mulutnya tatkala terasa isi perutnya mahu terkeluar. Kakinya pantas berlari anak pergi ke tandas.
Danial terpinga-pinga. Bingung dengan apa yang terjadi.
"Aku busuk sangat ke sampai dia nak muntah? Sebelum ni,dia okey je bau ketiak masam aku. Tak ada pula nak muntah." Danial menggaru kepalanya. Kehairanan dia dibuatnya.
Tatkala dia terdengar Rosalinda termuntah dan terbatuk-batuk seperti tiada kesudahan,hatinya dipagut rasa risau. Pantas dia melangkah menuju ke arah Rosalinda yang sudah terbongkok-bongkok.
"Sayang,okey tak? Sayang ada salah makan ke? Kita pergi klinik lah kalau macam ni. Risau pula abang tengok,"kata Danial. Dia mengusap belakang Rosalinda sambil tolong menyelakkan rambut Rosalinda yang terjuntai di dahi.
Namun,dirinya pula ditolak perlahan oleh Rosalinda. Isterinya menggelengkan kepala berkali-kali.
"Pergi sana. Duduk jauh-jauh. Abang busuk! Ros tak suka!" Berkerut dahi Rosalinda. Dia berkumur-kumur.
"Busuk? Abang wangilah,sayang.Mana ada busuk,"protes Danial.
"Abang siap pakai minyak wangi mesra wudhu' tau! Mana ada busuk." Danial mencebik. Merajuk kerana isterinya mengata dirinya busuk dan tak bagi dekat dengan isterinya sendiri. Habis tu,nak peluk-peluk macam mana?
"Abang busuk! Pergi sana!" Rosalinda menghentak-hentakan kakinya ke lantai. Wajahnya tercebik seperti mahu menangis.
"Eh,okay. Okay! Abang jauh dari sayang.Janganlah menangis. Macam budak-budak!" Danial terkerut-kerut wajahnya. Pelik dengan sikap isterinya sejak dua menjak ni. Sebelum ni,isterinya asyik mahu melenting saja. Yang jadi mangsa kemarahan,dia juga. Nasib baik sayang bini!
"Abang jangan dekat! Kalau abang datang dekat,Ros taknak kawan abang!"
Danial bercekak pinggang. Rosalinda dipandang dengan penuh tanda tanya.
Pelik benar si isteri dia ni. Kenapa ya dia jadi macam ni?
"ROS,jom makan. Mommy dah masak nasi goreng. Kejap lagi Ros ikut Dani pergi pejabat?"soal Datin Sophea. Rosalinda berjalan menuju keeja makan.Dia menggeleng kepalanya perlahan.
"Dani mana? Dia tak bangun lagi ke?"
"Dia ada dekat atas.." Rosalinda mengambil tempat di meja makan.Nsi goreng,karipap dan juga air teh o suam dipandang. Semuanya nampak tak berselera di matanya.
"Ros nak nasi goreng atau karipap?"soal Datin Sophea mesra. Dia melayan menantunya saling tak ubah seperti puteri.Dia terlalu sayangkan anak menantunya.
"Ros taknak nasi goreng dengan karipaplah,mommy.." Rosalinda mencebikkan sedikit bibirnya.
"Ros nak makan apa? Mommy buatkan."
"Ros nak bihun tomyam. Boleh tak mommy?"
Datin Sophea memandang menantunya. Aik,jarang Rosalinda menajdi memilih bab makan macam ni. Hm,ada apa apa ke ni? Hatinya mula rasa teruja.
"Bihun tomyam? Boleh,mommy boleh buatkan. Ros pergi panggil Dani ya? Kita makan sama-sama."
Rosalinda pantas menggeleng kepalanya. "Taknaklah mommy."
"Kenapa?"
"Abang tak mandi.Dia busuk."
Datin Sophea tergelak. Alahai,macam-macam!
"Amboi,kutuk abang ya?" Danial berjalan menuju ke arah meja makan. Rosalinda menoleh.Berkerut wajahnya.
"Abang dah mandi tiga kali untuk pagi ni je. Abang busuk lagi tak? Abang dah pakai minyak wangi sebotol ni."
Dia duduk di sebelah isterinya."Amboi,patutlah bau minyak wangi dari jauh dah boleh bau.."usik Datin Sophea.
Rosalinda tidak menjawab soalan suaminya. Tiba-tiba dia memeluk lengan suaminya. Danial memandang Datin Sophea sekilas. Alamak,depan mommy juga dia nak bermanja. Okay Danial. Tebalkan muka!
"Abang,nak tomyam udang.Boleh?"
"Eh,tadi kata nak bihun tomyam? Kejap lagi mommy masakkan. Ros makan dulu apa yang ada okey?" Datin Sophea tersenyum.Hatinya kuat mengatakan dirinya bakal menimang cucu. Siapa yang tak suka?
"Pagi-pagi tak elok la makan makanan masam,pedas. Nanti sakit perut. Sayang makan nasi goreng. Abang suap,nak?"
"Taknak,nak tomyam.Ada je kedai buka kan? Pergilah beli. Bukan susah pun." Rosalinda mencebik.Dia melepaskan pelukannya.
"Sayang,abang kejap lagi nak pergi kerja. Abang tak boleh lewat. Malam ni kita makan tomyam okay?"pujuknya lagi.
"Bolehlah abang.. Ros nk tomyam. Tomyam sedap. Ros nampak dalam TV malam tadi orang tu masak. Sedap.Bolehlah abang,"pujuk Rosalinda lagi.Dia membuat muka kasihan.
"Ros,kejap lgi mommy masakkan. Biar Dani pergi kerja. Kita pergi beli barang sama-sama.Nak?"
Danial sudah menggaru kepalanya. Dia menjadi cuak apabila melihat Rosalinda yang sudah tercebik-cebik dengan matanya yang sudah berair.
Ah sudah. Dia nak menangis lagi!
"Okay,abang pergi cari. Janji jangan menangis." Danial menekup pipi isterinya.
"Janji?"
Danial mengangguk. "Ya sayang. Abang pergi cari. Dah,jangan menangis. Buruk."
"Abang!"
Danial tergelak. "Okey,okey.Abang gurau je."
Tersenyum Datin Sophea melihatnya. Kini dia yakin. Kebahagiaan mereka akan bertambah tak lama lagi.Itu pasti!
--
Sis akan hiatus sekejap sampai habis SPM yaa. Wish me luck and goodluck batch 02 for ur SPM!❤️
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...