BAB 27

5.9K 321 1
                                    

Langkah lemah-gemalai masuk ke ruang tamu.Badan sudah terasa penat.Airmata juga sudah terasa kering.

"Awak duduklah dulu dengan diorang.Saya pergi buat air sekejap ya?" Rosalinda memandang suaminya.

Danial menggeleng.Dia pantas memegang tangan Rosalinda agar gadis itu tidak meninggalkannya.

"Jangan tinggalkan aku. Kau je aku boleh percayakan sekarang ni,"kata Danial. Dia hanya memandang Rosalinda. Tuan Idris,Puan Zahra dan Datin Sophea tidak dipandangnya walau sedikit.

"Danial,duduklah dulu.Mommy Dani rindukan Dani.Kesian dia.Dia ada Dani je sekarang ni,"kata Puan Zahra,cuba untuk memujuk menantunya.

"Awak duduk dulu okey? Saya nak buat air sekejap.Mesti awak haus kan?"kata Rosalinda pula.Dia turut memegang tangan suaminya untuk meyakinkan lelaki itu.

"Air tu tak penting. Kalau dia ada benda penting nak cakap,kau kena duduk dengan aku. Kita dengar sama-sama apa yang dia nak cakap." Danial masih tidak memandang Datin Sophea. Libu hati seorang ibu apabila anaknya berkata sedemikian.

"Dani.. Mommy nak minta maaf sebab tak berterus-terang dengan Dani. Mommy bukan taknak bagitahu,tapi semua ni permintaan daddy sendiri.Dia sayangkan Dani.Dia taknak Dani risaukan dia." Datin Sophea menahan sebak. Dia mendekati anak lelakinya.

"Dani ni anak pungut ke? Dani tak penting sampai Dani tak ada hak nak tahu keadaan daddy sendiri? Selama ni,daddy nampak sihat. Tiba-tiba je dia pergi jauh dari Dani untuk buat rawatan. And now,what happened? He's gone.Mommy memang taknak bagi Dani jumpa daddy buat kali terakhir ke? Mommy bagi Dani jumpa daddy waktu daddy dah tak bernyawa,mommy!" Airmata Danial turun lagi. Perasaan kecewa dan sedihnya semakin membuak-buak.

"Sayang,mommy tak sangka kanser-kanser daddy dah sampai tahap empat. Mommy tak sangka,sel-sel kanser tu boleh merebak secepat tu.Kalau mommy tahu,dah lama mommy bawa daddy pergi berawat,Danial. I'm so sorry dear.." Datin Sophea mahu memeluk anaknya namun Danial pantas mengelak. Matanya tajam memandang Datin Sophea.

Rosalinda hanya mampu mendiamkan diri.Dia takut untuk masuk campur kerana itu adalah hal keluarga suaminya. Lagipun,itu kali pertama dia melihat Danial sebegitu rupa.

"Only if your sorry can bring my daddy back.."

Danial memandang Rosalinda.

"Bagitahu datin ni, jangan ambil tahu pasal aku lagi. " Sejurus itu,Danial beredar masuk ke dalam biliknya. Puan Zahra pantas memeluk besannya. Belakang badan Datin Sophea diusap perlahan. Rosalinda pula terasa bersalah kerana suaminya bersikap begitu dengan ibunya sendiri.

Dia faham,Danial terkejut dengan apa yang terjadi.Tapi,sebagai seorang anak,dia tetap perlu hormatkan ibunya walau macam mana sekali pun. Hidup akan menjadi tak berkat sekiranya hati seorang ibu terluka.

"Sophea,sabar ya? Danial perlukan masa untuk terima semua ni.Dia masih terkejut tu. Sabar ya?"kata Puan Zahra.

"Mommy.." Rosalinda mencapai tangan ibu mertuanya.

"Ros minta maaf bagi pihak Danial.Mungkin dia tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu. Nanti Ros pujuk dia ya? Ros tahu,Danial sayangkan mommy. Mommy jangan risau sangat ya?"kata Rosalinda,memberi semangat kepada ibu mertuanya.

"Thank you Zahra,Ros,Idris.."

"Sekarang,mommy rehat dulu ya? Esok kita ada majlis tahlil lagi. Mommy rehat secukupnya. Hal lain,jangan risau.Biar Ros dengan ayah dan mama yang uruskan." Rosalinda mengukir senyuman.

"Betul tu,Sophea.You rehat dulu.Jangan fikirkan sangat,"kata Tuan Idris pula.

Rosalinda mengangguk. Dia melihat pintu bilik anaknya yang tertutup rapat.Hatinya menjadi pilu.

"Jom,Ros hantarkan mommy masuk bilik." Rosalinda memeluk lengan Datin Sophea.

"Sekejap,Ros."

Datin Sophea melepaskan perlahan pelukan Rosalinda dari lengannya. Dia mencapai beg tangannya dan mengeluarkan sampul.

"Sebelum mommy terlupa.." Sampul tersebut diberi pada Rosalinda.

"Apa ni,mommy?"

Datin Sophea tersenyum nipis.

"Ni,hadiah daripada arwah daddy. Dia nak bagi hadiah ni pada Ros dengan Danial lepas dia balik dari LA sepatutnya.Tapi,tak sempat.Ajal dia sampai dulu." Datin Sophea menguatkan dirinya untuk tersenyum di hadapan menantunya.

"Hadiah kahwin untuk Ros dengan Danial. Dia gembira dapat jadikan Ros sebagai menantu dan dia dapat berbesan dengan kawan baik dia sendiri.Mommy pun gembira,Ros." Pipi Rosalinda diusap perlahan.

"Dalam ni,ada tiket pergi Venice dengan kunci rumah dekat Kuala Lumpur. Arwah daddy nak Danial dengan Ros pergi bercuti berdua dekat Venice.Lepas habis SPM pula,dia nak Danial dengan Ros pindah ke Kuala Lumpur.Duduk dekat sana sebab Danial akan mewarisi perniagaan arwah daddy dan dia akan uruskan dekat Kuala Lumpur nanti."

Rosalinda sedikit terkejut.Dia membuka sampul tersebut dan melihat ada dua keping tiket pergi ke Venice,Itali. Tuan Idris dan Puan Zahra yang melihatnya hanya mampu tersenyum pendek. Mereka berdua tahu,kenapa arwah Dato' Azraff mahu anak-anak mereka pergi ke Venice,Itali.

"Kalau Ros nak tahu,Venice ni tempat paling istimewa buat arwah daddy,mommy,ayah dan mama Ros dulu. Kami berempat belajar sama-sama dekat sana. Kami bertemu jodoh dekat sana.Banyak kenangan kami berempat dekat Venice. Jadi,arwah daddy nak korang berdua merasai kemanisan Venice. "

"Ros pergilah dengan Danial. Bawa dia jalan-jalan. Mana tahu,dapat bantu dia tenangkan fikiran dekat sana. Ros pun boleh eratkan lagi hubungan dengan dia." Puan Zahra tersenyum.

"T-tapi,kitorang SPM tahun ni.." Rosalinda serba salah.

"Jangan risau,sayang. Percutian ni waktu korang berdua cuti sekolah seminggu,"sampuk Tuan Idris pula.

Rosalinda memandang tiket tersebut.

"Mommy harap,Ros boleh tolong mommy untuk buat Danial happy ya? Ros je yang boleh tolong mommy sekarang ni." Datin Sophea bergantung harap kepada menantunya.

Rosalinda memandang wajah ibu mertuanya. Kemudian,dia mengangguk.Dia perlu membantu memulihkan hubungan antara  suaminya dengan ibu mertuanya.

"Ros cuba,mommy."

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now