Rosalinda menundukkan wajahnya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba bertenang. Jantung yang berdegup pantas cuba untuk ditenangkan.
Pandangan Danial padanya benar-benar membuatkan dia hilang arah. Kenapa dia rasa macam ni? Kenapa dia rasa tak senang duduk bila Danial merenungnya begitu?
Bukannya baru sekali Danial buat begitu,malah sudah berkali-kali. Sejak di rumah pun Danial sudah merenungnya. Apa maksud renungan lelaki itu? Danial nak menguji mental dia ke? Kalau macam tu,boleh gila jadinya!
Setelah selesai menyanyi,semua orang bertepuk tangan. Pelajar perempuan mula memuji Danial. Biasalah,ramai peminat.
"Jiwang betul. Lagu tu untuk crush ke? "usik fasilitator mereka. Danial tersenyum. Tiba-tiba menjadi malu-malu kucing.
"Eh,malu pula!"
"Uish,jaranglah Danial malu. Selalunya tak tahu malu." Fadil ketawa kemudian Danial menjegilkan matanya. Fadil tersengih-sengih seraya menyusun sepuluh jari meminta ampun.
"Dah,dah. Sekarang,kita nak teruskan aktiviti kita malam ni. Kita buat nightwalk."
"Eh,kumpulan tiga belum buat persembahan lagi!"
"Sambung untuk malam kebudayaan esok. Sekarang,kita buat nightwalk.Lagi cepat habis aktiviti ni,lagi bagus.Cepat,masing-masing beratur dalam kumpulan!" Fasilitator menguatkan sedikit suaranya. Semua peserta kedengaran mengeluh. Belum puas menikmati malam kebudayaan,sekarang harus berdepan dengan nightwalk pula.
Rosalinda sudah kecut perut. Alamak,ingatkan aktiviti ni tak ada. Ni lah yang dia tak suka sebenarnya!
"Qasih.. Jangan tinggalkan aku eh?" Rosalinda memegang lengan Qasih,rakan sekumpulannya.
Qasih hanya mengangguk. Mereka mendengar taklimat untuk aktiviti tersebut. Sementara itu,Rosalinda pula sedang berperang dengan perasaan takutnya.
"Okey,semua bergerak ikut kumpulan masing-masing! Ingat! Berjalan dengan kumpulan dan jangan berpecah. Ikut tali yang dah tersedia ada,"pesan fasilitator kem.
Semua peserta mula bergerak bersama kumpulan masing-masing. Rosalinda tetap berjalan rapat dengan rakan sekumpulannya. Fadil pula terlalu teruja sehingga terlupa amanah rakannya.
Sementara itu,Aina pula seronok berkepit dengan Danial. Walaupun Danial sudah menyuruhnya agar tidak terlalu melampaui batas,namun amaram itu hanya masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.
"Danial,awak pernah pergi perkhemaham sebelum ni? Awak nampak macam dah biasa je.."kata Aina.Tangan kirinya memegang lampu suluh manakala tangan kanannya sibuk memegang hujung lengan baju Danial. Danial dah puas menolaknya namun tetap tak berhasil. Perempuan ni degil tahap gaban!
"Aku dah biasa dengan kem macam ni." Danial menjawab acuh tak acuh saja. Malas mahu melayan orang tak faham bahasa.
"Oh.. Patutlah nampak macam dah biasa.Dulu,sekolah dekat mana?"soal Aina lagi.
"Los Angeles."
Aina tergamam.Wah,mesti Danial orang yang berada! Hati Aina melonjak gembira. Bukan senang nak dapat lelaki berduit macam Danial sekarang ni. Lebih-lebih lagi dekat dalam sekolah mereka.
"Seronok ke sekolah dekat sana? Macam dalam movie tu?"
Danial mula rimas. Dia memandang Aina. Tangan Aina yang memegang hujung lengan bajunya dilepaskan.
"Aku nak habiskan nightwalk ni cepat and then i can sleep. Boleh tak berhenti bertanya? Aku rimas." Danial berterus-terang. Dia mendengus geram.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...