Danial tercegat berdiri di muka pintu bilik tidurnya melihat gelagat Rosalinda yang sedang bersolek di hadapan cermin meja solek. Sesekali dahi Danial berkerut-kerut melihat isterinya yang semakin hari semakin pelik sikapnya.
Rosalinda bernyanyi kecil sambil mencalit sedikit pelembap bibir bererisa strawberi pada bibirnya. Kemudian,dia membetulkan ikatan rambutnya. Minyak wangi turut disembur pada baju tidurnya.
Danial menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.
Apahal bini aku nak cantik-cantik ni? Nak masuk tidur pun nak cantik? Ke dia nak goda aku? Bisik hati Danial.
Ish,tiba-tiba meremang pula bulu romanya. Kalau Rosalinda menggoda,memang cair teruk! Ulat bulu naik daun sampai terasa seramnya! Danial sendiri terasa seram apabila Rosalinda yang sudah menoleh memandangnya bersama satu senyuman.
Ya Allah,selamatkanlah aku! Danial meneguk airliurnya yang terasa kelat.Ros,tolong sedar! Kenapa tiba-tiba buat perangai ni?
"Abang,kenapa berdiri dekat situ? Taknak masuk ke?" Suara Rosalinda yang manja menyapa gegendang telinga Danial.
Danial hanya tersenyum sumbing.Dia melangkah masuk dan menutup pintu.Okey,jangan kunci.Apa-apa jadi,senang nak lari.
Rosalinda sudah duduk di birai katil.Dia memandamg Danial yang teragak-agak mahu mendekati katil.
"Abang dah nak tidur? Abang mengantuk?"soal Rosalinda. Dia masih tersenyum.
Danial megangguk.Dia terus berpura-pura menguap,mahu menunjukkan dirinya benar-benar mengantuk.
"Ya,a-abang mengantuk.Abang tidur dulu ya,sayang? Selamat malam." Danial mahu baring di atas katil namun terus ditahan Rosalinda. Alamak,Ros. Jangan seksa abang! Jerit hatinya.
Danial memandang Rosalinda. Daripada wajahnya manis tersenyum terus bertukar menjadi garang. Tiada segaris senyuman pun di wajahnya.
Danial memandang isterinya. Terkebil-kebil dia memandang,kehairanan.
"Kalau mengantuk,abang tidur bawah.Abang ambil bantal dekat bilik sebelah punya. Tidur dekat bawah. Jangan naik atas katil." Suaranya tidaklah tinggi namun kedengaran tegas.
Danial sudah kehairanan.Kenapa pula? Tadi,bukan main manja.Sekarang,garang macam ibu kucing la pula. Pelik!
"Kenapa sayang? Abang ada buat salah ke? Janganlah buat abang macam ni. Tidur bawah sakit badanlah sayang.." Danial menunjuk wajah kasihan. Namun,Rosalinda tidak mengendahkannya malah menjegilkan matanya ada lah.
"Abang kena tidur bawah. Abang tidur lasak. Jadi,abang kena denda."
"Sayang,abang nak tidur atas katil.Sayang kan bantal peluk abang." Danial mencebik.
Rosalinda membulatkan lagi matanya membuatkan muncung Danial semakin panjang.
"Ye lah.. Abang tidur bawah."
Danial bingkas bangun dari katil. Dia masih memandang Rosalinda.Rosalinda sudah tersenyum.Wajahnya kembali manis dan baring di atas katil dengan senang hati.
Danial masih tidak berganjak.Dia memandang Rosalinda dengan wajah masam mencuka.
Oh cari gaduh ya? Aku pun dah lama tak buat kerja membuli ni sejak habis sekolah. Tak apa,malam ni kau jadi ratu. Esok pagi-pagi aku akan jadi raja! Siap kau,Ros. Aku buli kau cukup-cukup! Bisik hati Danial. Dia tersenyum jahat.
Dah lama tak gaduh-gaduh macam dulu. Apa salahnya cari gaduh macam dulu kan? Lagipun,Ros yang mulakan. Jadi,kita ikut je lah! Hati Danial menjerit kegirangan.Tak sabar mahu bangun awal pagi esok.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...