BAB 73 - The End

14.3K 337 36
                                    

Rosalinda menyisip perlahan air teh o’ suam yang dipesannya sebentar tadi. Sesekali dia melihat jam di tangan,menunggu kehadiran bekas ibu mertuanya.

Sudah beberapa hari dia hidup tanpa seorang suami di sisi. Sedikit sebanyak bebanan di hatinya terasa ringan. Dia akhirnya boleh menghela nafas lega kerana dapat melepaskan diri daripada cengkaman manusia-manusia yang dengki.

Dia sedar,dalam dunia ni tiada apa yang mustahil. Segalanya boleh berlaku di luar jangkaan. Keadan boleh berubah-ubah pada setiap masa.Begitu juga dengan manusia. Hati manusia mampu berubah-ubah tanpa kita jangka.

Setiap orang pasti ada buat kesilapan dalam hidup.Sama ada kesilapan kecil mahu pun kesilapan besar.

Pada Rosalinda,semua manusia sama. Kesilapan yang dilakukan itu tidak kira sama ada besar ataupun kecil. Yang penting,cara kita menyelesaikan sesuatu masalah tersebut.

Pandai buat,pandailah tanggung. Pandai mencipta masalah,pandailah mencipta jalan penyelesaian sendiri.

Walaupun susah mahu memujuk hati untuk meneruskan kehidupan tanpa Danial Evans di sisi,Rosalinda tahu.Dia tetap perlu lupakan lelaki yang pernah mengajarnya untuk menjadi seorang yang kuat menempuh dugaan.

Mesti dia bahagia dengan Nayra sekarang. Bila-bila masa Nayra nak bersalin.Mungkin,dia dah bersalin pun. Tak sangka,kebahagiaan Danial yang sebenar ada pada Nayra. Bisik hati Rosalinda.Dia tetap mengukir senyuman pada wajahnya.

"Assalamualaikum. Maaf lambat."

Rosalinda menoleh. Bibirnya tersenyum dan segera bersalaman dengan Datin Sophea.

"Waalaikumussalam.Tak apa,mummy."

Datin Sophea menghela nafas panjang.Dia memandang wajah Rosalinda. Redup matanya memandang raup wajah seorang perempuan yang tabah di hadapannya.

"Ros sihat?"soal Datin Sophea.

"Alhamdulillah,sihat. Mummy sihat?"

"Sihat,alhamdulillah.Cucu mummy macam mana? Dia okey?"soal Datin Sophea lagi.

"Dia okey je,mummy. Maaflah tak dapat bawa dia ke sini.Tadi hujan,jadi tak berani nak bawa dia keluar."

"Tak apa,Ros. Mummy faham."

Rosalinda tersenyum lagi.Datin Sophea memandang Rosalinda. Lama direnungnya untuk melepaskan rasa rindu.

"Ros.." Tangan Rosalinda dicapai.

"Mummy nak minta maaf atas apa yang dah berlaku. Salah mummy juga sebab tak tegur perangai Danial.Akhirnya,kamu yang jadi mangsa." Tangan Rosalinda digenggam erat.

"Tak apa,mummy. Saya dah redha. Mungkin jodoh saya dengan Danial tak panjang.Saya nampak,kebahagiaan Danial ada pada Nayra. Saya ni hanya persinggahan je,mummy,"ujar Rosalinda.Dia menyedapkan hati Datin Sophea.Tak mahu kes masalah rumahtangganya dahulu dipanjangkan.

"Terkejut mummy bila dapat tahu Ros dengan Danial nak berpisah. Berbuih mulut mummy ni marahkan Danial,pujuk Danial supaya berbaik dengan Ros.Tapi,kuasa Allah kan. Tak ada siapa boleh lawan. Mummy hanya mampu doakan yang terbaik untuk anak-anak mummy."

Datin Sophea mengeluh.Dia memejamkan matanya seketika.Pesanan arwah suaminya bermain-main di fikirannya.

"Kalau arwah daddy ada,mesti dia sedih.Semua pesanan dia mummy masih ingat."

Datin Sophea memandang Rosalinda.

"Arwah nak sangat Ros hidup bahagia dengan Danial. Dia sayangkan Ros sama macam dia sayangkan Danial. Tak sangka,semuanya jadi macam ni.Mummy terkilan dengan apa yang jadi."

Rosalinda mengemam bibirnya menahan rasa serba salah. Tapi nak buat macam mana? Dia tak mampu untuk terus berlagak kuat. Dia pun seorang manusia yang ada hati dan perasaan.

Bila dibuat baik,orang pijak kepala. Inilah jadinya.

"Mummy, Ros minta maaf sangat-sangat.Ros cuba untuk pertahankan rumahtangga Ros dengan Danial,tapi Ros dah tak mampu.Hati Ros tak kuat. Ros betul-betul tak sanggup nak lalui kehidupan sebagai seorang madu. Lagi-lagi,bila tengok suami sendiri bermesra dengan perempuan lain.Hati Ros kecewa,mummy." Mata Rosalinda berkaca.Dia tak mampu bayangkan apa yang jadi dan apa yang dilihatnya sepanjang Danial beristeri dua.

Datin Sophea mengangguk. Dia faham perasaan Rosalinda.Sakitnya hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain.Apatah lagi melihat suami bakal menimang cahaya mata dengan isteri kedua. Terasa diri seperti orang ketiga.

"Mummy faham.Bukan salah Ros. Bukan salah sesiapa. Semua ni dah tertulis. Kita hanya mampu merancang,tapi Allah yang tentukan.Mummy doakan yang terbaik untuk Ros,Hariz dan keluarga ya." Tangan Rosalinda diusap dengan penuh kasih. Walau mereka berpisah sekali pun,dia tetap akan sayangkan Rosalinda seperti anaknya sendiri.

Rosalinda pantas mengesat airmatanua dan tersenyum. Dia mengangguk. Dia perlu cekalkan hati untuk tempuh semua ni.

"Terima kasih,mummy."

"Oh ya,lepas ni Ros nak buat apa? Sambung belajar? Kerja?"soal Datin Sophea.Dia menukar topik segera sebelum mereka semakin terasa sayu.

"Ros nak kerja. Ros perlu tanggung makan minum Hariz. Mummy jangan risau. Ros janji,Ros jaga cucu mummy tu baik-baik okey." Rosalinda menceriakan suasana.

Datin Sophea ketawa kecil.

"Ros.."

"Terima kasih sebab jadi perempuan yang kuat." Datin Sophea tersenyum,Dia memeluk Rosalinda erat.

"Janji dengan mummy yang Ros akan hidup senang.Jangan menangis lagi lepas ni okey? Mummy nak Ros hidup bahagia.Tak kisahlah kalau Ros dapat teman lelaki lepas ni sekali pun.. Apa yang penting.. Ros kena bahagiakan diri sendiri dulu.Okey?"pesan Datin Sophea. Rosalinda mengangguk faham.

"Okey,mummy." Pelukan dileraikan.

"Ros janji,Ros akan bangkit jadi seorang perempuan yang berjaya. Mummy,mark my words. Ros akan muncul sebagai perempuan yang berjaya.Ibu Hariz ni akan jadi hot mummy nanti." Sempat Rosalinda bergurau.

"That's my daughter!"

Datin Sophea dan Rosalinda ketawa bersama.

Rosalinda kini mempunyai prinsip hidup yang baru.Perempuan tetap boleh berdikari walaupun tiada elaki dalam hidup mereka.Cukuplah seorang ibu dan seorang bapa yang akan menyokongnya dunia dan akhirat.

Cinta perlukan pengorbanan.Cinta juga boleh menjadi pengajaran. Jangan terlalu berharap pada sesuatu yang belum pasti dan jangan terlalu mencintai sehingga melupakan Allah yang Maha Esa.

Cinta itu suci. Maka,hargailah orang yang ada disekeliling kita. Cinta dan kasih sayang tidak sepatutnya dikhianati.






TAMAT

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now