Pintu bilik dibuka dan langkah diatur ke arah Danial yang sudah terlena di atas katil. Memandangkan Datin Sophea berada di rumah tersebut,Rosalinda terpaksa sebilik dengan Danial. Kalau mereka duduk bilik berlainan nanti apa pula yang difikir oleh Datin Sophea.
Rosalinda duduk di birai katil sambil matanya memandang wajah tenang Danial yang sedang lena. Kemudian,dia memandang pula sampul yang diberi oleh ibu mertuanya.
Macam mana dia nak bagitahu Danial ya?
Rosalinda mengeluarkan dua keping tiket percutian ke Venice tersebut. Kalau dia ajak Danial,dia nak pergi ke? Lagi-lagi,Danial sedang bersedih dengan pemergian bapanya. Nak ke dia pergi bercuti?
"Tengok apa tu?"tegur Danial yang sudah mencelikkan matanya secara tiba-tiba.Rosalinda terkejut.Dia segera menyembunyikan tiket tersebut.
"Tak ada apa."
Danial memandang Rosalinda. Dia menghulurkan tangannya.
"Bagitahu aku. Apa benda tu? Aku tengok,macam tiket je. Kau nak pergi mana? Tiket siapa tu?"soal Danial bertubi-tubi.
Rosalinda menggigit bibir. Aduh,nak ajak ke tak? Serba salah la pula.
"Rosalinda,just tell me.Tak payah berahsia. Ada apa-apa yang perlu kau bagitahu aku ke?"soal Danial lagi. Dia bangun dan duduk bersandar pada kepala katil.
"Em,sebenarnya ni tiket pergi Venice.." Rosalinda menunjukkan tiket tersebut.Dihulurnya tiket tersebut pada Danial.
"Okey. Tiket pergi Venice. Kau nak pergi? Mana kau dapat tiket ni?"soal Danial.Dia melihat tiket tersebut.
"Em,awak nak pergi bercuti tak? Kita pergi bercuti waktu cuti sekolah nanti."
Danial memandang Rosalinda.
"Siapa bagi tiket ni?"soalnya lagi.
Aduh,banyak tanya pula.Kalau jujur nanti,mesti dia tolak. Mesti dia taknak pergi.Maklumlah,Danial kan tengah lancarkan perang dingin dengan mommynya.
"Mommy bagi?"teka Danial.
Bingo! Tepat tekaan Danial. Rosalinda meneguk airliur yang terasa kelat.
Danial mengeluh. Dia memandang lama ke arah tiket yang dipegangnya.Hatinya berasa berat.
"Kalau awak taknak pergi,tak apa.Saya tak paksa. " Rosalinda menunduk,tiba-tiba tak berani memandang Danial.
Danial memandang isterinya yang sudah menunduk. Ros ni memang suka buat drama sedih betullah!
Lemah betul hati Danial bila melihat isterinya menayang riak wajah yang sedih atau riak wajah yang boleh mmbuatkan orang berasa kasihan.
"Kita pergi. Tapi,aku pergi sebab kau. Bukan sebab sesiapa.Bukan sebab arwah daddy atau sebab mommy. Aku pergi sebab kau nak pergi. Aku dah jadi suami kau. Jadi,segala kehendak kau, aku akan cuba penuhi." Danial memberi semula tiket tersebut pada Rosalinda.
"Betul ke ni? Kalau awak taknak,tak apa.Saya tak kisah pun.." Rosalinda menjadi serba salah. Dia tak mahu menjadi bebanan pada Danial.
"Aku nak bagi kehidupan yang baik untuk kau sebab kau isteri aku. Aku bertanggungjawab untuk senangkan hati kau. Aku tahu,aku ni memang manja. Tapi,aku tahu apa maksud tanggungjawab dan matang. Aku tetap akan tunjukkan dekat mommy yang aku ni dah boleh pikul tanggungjawab. Aku taknak dia anggapa aku ni macam budak kecil."
"Danial,mommy bukan sengaja buat macam tu.." Rosalinda cuba membela ibu mertuanya.
"Kalau dia anggap aku ni dah besar,dia takkan sorokkan apa-apa dari aku.Aku dah besar.Aku boleh fikir apa yang baik,apa yang buruk. Aku ni tak matang lagi dekat mata dia,tu sebab dia taknak aku tahu pasal daddy. Dia takut aku tak boleh terima hakikat. Aku tak suka orang pinggirkan aku. Aku tak suka orang yang tak jujur dengan aku." Danial merengus.Dia memeluk lututnya.Serius saja riak wajahnya.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...