BAB 21

6.5K 343 2
                                    

Suasana pagi yang mendamaikan hanya kedengaran bunyi burung berkicauan dan juga bunyi air terjun. Selepas solat Subuh bersama-sama,para peserta bersarapan sebelum meneruskan aktiviti mereka yang seterusnya.

Danial memegang satu bungkusan roti dan juga air mineral. Kakinya mengorak langkah menuju ke arah Rosalinda yang duduk berseorangan berdekatan dengan khemahnya. Danial duduk di sebelah gadis itu dan merapatkan tubuhnya. Dia tidak memgendahkan pelajar lain yang kini sentiasa memerhatikan mereka.

"Nah,makan ni. Lepas tu,habiskan air ni."

Rosalinda memandang huluran Danial.Kemudian,dia menggeleng. Huluran Danial ditolak perlahan.

"Jangan degil boleh? Kau tu tak sihat lagi. Badan kau dehydrated. Makan ni lepas tu habiskan air.Lepas ni,kau duduk je sini.Tak payah join buat aktiviti,"kata Danial.Dia membukakan bungkusan roti untuk Rosalinda.

"Kenapa awak bagitahu yang awak tu teman lelaki saya? Awak tak takut ke?"soal Rosalinda,tiba-tiba.

"Nak takut apa? Normal kan kalau pelajar bercinta? Bukannya aku mengaku aku sua-"

Rosalinda meletakkan jari dibibirnya. Dia menjegilkan mata tanda tidak mahu Danial menyebut 'suami'.

"Apa yang kau takut sebenarnya? Kita bukan buat maksiat,"kata Danial. Dia mencubit sedikit roti dan menyuakan pada mulut Rosalinda.Nak tak nak,Rosalinda terpaksa makan juga.

"Saya takut orang mengata pasal awal nanti. Awak pun tahu mulut orang kampung kita macam mana. Budak sekolah kita lagilah. Diorang kalau bab sensitif macam ni memang dah biasa jadi bahan gosip diorang." Rosalinda perlahan-lahan mengunyah roti yang disuap oleh suaminya. Wajah tenang Danial dipandang.

Kenapa ya lelaki ni sentiasa tenang? Jarang nampak dia cemas. Melainkan malam tadi. Itu kali pertama Danial menunjukkan riak cemasnya.

"Kenapa nak kisah pasal mulut orang? Mulut orang kita tak boleh tutup. Kita tahu apa yang kita buat ni tak salah. Diorang tak tahu apa-apa,biarkan.Nanti diorang penat,diorang akan berhenti mengata.Percayalah,"kata Danial. Tudung Rosalinda dibetulkan sedikit.

"Awak tak takut rahsia kita terbongkar? Saya takut."

"Cuba kau cakap dekat aku.Kau nak takut apa? Jangan jadi pengecut,Ros. Kalau terbongkar sekali pun,diorang boleh buat apa? Jangan risau,kita takkan masuk penjara pun.Kita tak buat apa-apa kesalahan. Tak payah takut sangat,Ros."

Danial menyuap lagi roti ke dalam mulut Rosalinda. Pelajar lain yang melihatnya menayang wajah meluat. Tu mesti sebab dengki.Dengki sebab tak dapat layanan daripada Danial Evans!

"Lagi satu,kalau kau dengar ada yang mengutuk kau,kau bagitahu aku.Biar aku selesaikan diorang. Kau duduk diam-diam,tengok apa yang aku buat. Sekali sekala diorang tu kena di ajar." Danial membuka penutup botol air mineral. Dia menghulurkan pada Rosalinda.

"Awak ni.. Janganlah sampai nak bergaduh. Saya tak sukalah. Benda kecil nak dibesarkan.."

"Aku tak cakap pun nak bergaduh. Aku cuma nak bagi pengajaran je. Oh ya,kalau kau nak tahu.. Kalau bab yang berkaitan dengan kau,itu bukan hal kecik pada aku. Masalah kau,masalah aku juga. Faham?"

Mata hazel Danial dipandang. Rosalinda cuba menyelami perasaan sebenar Danial. Kenapa Danial tiba-tiba ambil berat macam ni?

"Kenapa awak nak jaga saya sampai macam ni? Sepatutnya saya yang jaga awak. Lagipun,haritu awak kata kita buat haluan masing-masing kan?"soal Rosalinda.

Danial berdeham.Dia bangun dan membersihkan sekuarmya dari pasir-pasir yang kotor.

"Ya,kita buat haluan masing-masing.Dah,aku nak pergi dekat teammates aku. Kau jangan duduk sorang macam ni. Pergi dekat dengan cikgu Syaza tu ke.. Tak adalah kau sorang macam ni. Apa-apa,panggil je aku. " Danial terus beredar. Rosalinda mengemam bibirnya. Susah betul nak baca isi hati Danial.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now