BAB 31

5.9K 320 4
                                    

Rosalinda menguap dan meregangkan sedikit tubuhnya setelah penat berada di dalam kapal terbang dalam masa yang lama. Suasana yang tenang di dalam lobi hotel dan lagu yang bernada perlahan dimainkan di lobi tersebut membuatkan Rosalinda tersenyum sendirian.

Mcam tak percaya dia dah sampai di Venice bersama Danial. Lelaki yang dulunya dia paling menyampah. Betul orang tua kata,jangan terlalu menyampah. Nanti jadi jodoh!

"Takkan dah sampai Venice,otak tak betul dah?"

Rosalinda menoleh. Danial kembali padanya setelah menguruskan check-in mereka.

"Jom. Kita rehat dulu,malam nanti kita keluar." Danial mencapai bagasi mereka.

"Okay. Kunci saya? Mana?" Rosalinda menghulurkan tangannya. Dia memandang Danial.

"Kunci apa?"

"Kunci biliklah. Kita tidur asing kan?"

Danial melepaskan bagasi mereka dan berpeluk tubuh. Dia memandang Rosalinda seperti seorang pesalah.

"Siapa cakap kita tidur asing? Kalau tidur asing,bukan bulan madu namanya. "

Rosalinda tercengang.Biar betul Danial ni?

"B-bulan madu? Eh,kita bercuti je kan. Mana ada bulan madu. "

"Siapa cakap? Aku dapat tahu,arwah daddy tempahkan kita tiket flight dengan hotel sekali dekat sini untuk mudahkan kita. Dia tempah bulan madu punya pakej. Apa salahnya? Aku pun nak juga bulan madu,"kata Danial,menayang wajah selamba.

"Tapi,awak tak cakap dekat saya pun. Mummy pun tak bagitahu pasal pakej ni."

"Kalau dia bagitahu,mesti kau taknak. Apa salahnya? Apa yang takut sangat dengan bulan madu? Kau ingat,aku nak ngap kau? Aku pun taknak sebab aku muda lagi okey. Melainkan kalau kau yang goda aku. Nak buat macam mana? Rezeki kan. Takkan nak tolak,"kata Danial lagi. Dia sempat menyisir rambutnya menggunakan tangan. Rambutnya yang lebat dan berpotongan undercut membuatkan dirinya lebih tampan. Untung betul Ros!

"Ey,Danial." Rosalinda mencubit lengan suaminya. Dia sudah malu dengan kata-kata Danial.

"Sakitlah! Ey,nak bergurau pun tak boleh."

"Padan muka.Gatal lagi."

Danial mencebik.Dia mencapai bagasi miliknya saja. Kemudian,dia berjalan meninggalkan Rosalinda di belakang.

"Bawa sendiri beg tu. Aku merajuk."

"Merajuk? Aduh,merajuk macam budak-budak pula. Kecohlah! Suami siapa ni?"bebel Rosalinda. Dia membawa bagasinya sendiri.

Hotel ni tak ada perkhidmatan bellman ke? Nasib baiklah naik lif. Kalu naik tangga,pengsan jadinya! Beg berat!

PINTU balkoni dibuka dan pemandangan mata Rosalinda terus melihat suasana di Venice. Walaupun badan terasa penat,tetapi dia lebih teruja untuk keluar bersiar-siar. Dia menghirup udara Venice yang mengujakan dirinya berada dunia Itali.

"Kau nak makan tak?"soal Danial selepas menguruskan bagasi mereka.

"Nak.Apa yang ada dekat sini? Sedap ke?"soal Rosalinda.

"Kau tak pernah makan ke makanan sini?"

Rosalinda menggeleng.

"Kau tak pernah datang sini?"soal Danial lagi.

"Tak pernah. Saya tak pernah balik Itali sebab mama saya tak ada saudara-mara dah. Dia dah jadi sebatang kara. "

Danial mengangguk perlahan.Macam tu rupanya. Patutlah Rosalinda nampak teruja sangat bila sampai sini.

"Patutlah kau beria nak datang sini. Kau nak makan apa? Aku order.Kita makan dalam bilik. Lepas tu,kita tidur sekejap. Nanti baru kita keluar."

Rosalinda mengangguk. Dia menutup pintu balkoni dan duduk di birai katil.

"Awak order je apa-apa yang sedap.Saya tak tahu makanan sini."

Danial mengangguk. Dia membuat pesanan makanan melalui telefon di dalam bilik tersebut.

Rosalinda melihat katil mereka yang cantik dihiasi dengan kelopak bunga ros merah dan tuala yang dibentuk menjadi dua ekor swans. Bau bilik yang wangi turut membangkitkan rasa romantis. Macam ni rupanya suasana orang berbulan madu. Seronok juga!

"Aku dah order.Sekarang ni,aku nak mandi. Kalau ada orang tekan loceng,kau buka je pintu.Tu orang nk hantar makanan. "

"Ye,saya tahulah. "

Rambut Rosalinda dikusutkan oleh Danial membuatkan gadis itu terjerit kecil.

"Aku pesan je. Kau ni kan penakut. Nanti berlapar pula kita ni sebab kau tak bagi orang tu hantar makanan."

"Ish,saya tahulah nak uruskan. Saya bukan budak kecil. Jangan main rambut saya. Habis serabai dah." Rosalinda mencebik.Dia membetulkan rambutnya yang sudah kusut.

"Dah,tak payah nak membebel.Aku nak mandi.Kau nak ikut ke? Boleh juga. Bilik mandi tu besar. Seronok mandi sama-sama. Boleh rapatkan hubungan suami isteri.. " Danial tersenyum nakal.

"Ey,taknak! Pergilah mandi sendiri. Saya nak makan dulu. Awak
lambat,saya habiskan makanan."

"Kalau kau habiskan makanan aku,tak apa. Kau boleh jadi makanan aku kan? Aku pun tengah lapar ni.Kalau aku makan orang,kenyang seminggu. Aku panggang daging kau."

Rosalinda menolak suaminya masuk ke dalam bilik mandi. Tak mahu suaminya meneruskan bebelannya sendiri.

"Dah,dah.Pergi mandi! Sibuk nak panggang orang.Saya masak sambal belacan baru tahu.Saya ada bawa stok dari Malaysia ni.Jangan main-main!"gertak Rosalinda.

"Seriously,Ros? Belacan dari Malaysia kau bawa sini?"

Rosalinda mengangguk. "Sekarang,pergi mandi."

"Pastikan bilik ni tak ada bau belacan!"

Rosalinda terus menutup pintu bilik mandi. Dia menahan tawa. Sampai macam tu sekali Danial tak sukakan belacan.

"Ingat aku ni rajin ke nak bawa belacan datang sini? Datang sini,makan makanan sinilah.Kalau dekat Malaysia,barulah makan belacan.Mat saleh.. Mat saleh. Nanti aku ajar kau makan budu pula." Rosalinda ketawa mengekek.

"Aku dengar,Ros! Jangan cari pasal!"teriak Danial dari dalam bilik mandi.

Rosalinda ketawa lagi. Telinga gajah juga mat saleh ni!


Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now