BAB 47

5K 267 1
                                    

"Kau ni tak reti nak pergi cari kerja ke? Ingat kau tu puteri kayangan?"

Aina mencerlung ke arah kakaknya. Putih matanya menjeling wajah Nayra kerana tidak puas hati melihat kakaknya yang menganggur sedangkan dirinya terpaksa bekerja di kedai 7E. Sudahlah keputusan tidak berapa baik,terpaksa bekerja pula.

"Nanti aku carilah. Kau tu kerja elok-elok.Orang suruh tolong mak berniaga dekat kantin sekolah tu kau taknak.Tahu pun malu.Lain kali jangan berlagak diva sangat." Sempat Nayra memerli adiknya.Berdesing telinga Aina medengar perlian kakaknya. Bengkak hati!

"Cakap orang,dia pun sama.Kalau dah orang kampung tu,orang kampung juga.Tak payah nak berlagak orang bandar sangat."

"Eh,kau ni kenapa? Pergi je lah kerja. Sibuk nak tahu hal orang.Pergi kerja cepat!"halau Nayra. Wajahnya berkerut-kerut memandang Aina. Aina tersenyum mengejek.

Dua beradik ni kalau tak bertikam lidah memang tak sah!

Aina mencapai beg mini miliknya dan berlalu pergi.Baik dia pergi kerja daripada menghadap kakaknya. Pemalas!

Mulut Nayra sudah tercebik.

"Perli aku ya? Tak apa,nanti aku pergi KL.Aku cari kerja dekat sana. Gaji aku besar,kau jangan minta! Walau pun kau adik aku,jangan harap nak merasa duit aku!"

Nayra menyambung makan kerepek pisang yang dibuat oleh ibunya sendiri. Dia baring di atas sofa dan menghadap televisyen. Ah,indahnya dunia!

SATU per satu fail di buka. Sesekali tangan Danial menggaru kepalanya yang terasa gatal. Berkerut wajahnya melihat kandungan fail yang diperiksanya.

"Aku yang tak tahu atau staff aku yang salah buat? Kenapa semua design rumah ni buat aku tak puas hati? Aku kurang ilmu pasal ni ke? Rasanya dah banyak aku khatam buku yang daddy bagi dulu. "

Fail yang lain turut diperiksa. Laporan projek turut membuatkan wajahnya berkerut. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Nasib baiklah aku bukan panas baran. Kalau tak,habis pejabat ni terbalik. Buat kerja macam tak pernah ada pengalaman. Kata masing--masing dah berpengalaman? Aku ke yang salah sekarang ni? Ya Allah,stres juga jadi orang atasan ni. " Danial membebel sendirian.

Pintu bilik pejabatnya diketuk. Wajah Datin Sophea muncul bersama senyuman.

"Apa yang anak mommy membebel ni? Ada apa-apa yang tak kena ke?"soal Datin Sophea. Kesian dia tengok anak kesayangannya terkontang-kanting. Nasib baiklah suaminya ada ajar tentang asas perniagaan keluarga mereka semasa mereka tinggal di Los Angeles dulu pada Danial.Kalau tak,Danial pasti menjadi clueless!

Danial mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Datin Sophea sekilas.

"Cuba periksa laporan dengan design ni. Takut Danial ada salah periksa."

Danial menghulur fail yang dipegangnya.Sekarang,dia terpaksalah bercampur dengan mommynya. Takkan nak tunjuk bodoh sombong pula? Kalau dah terlalu clueless,tak salah untuk bertanya.

Datin Soohea memeriksa fail yang diberi.

"Oh,kebanyakan design ni dah submit tiga bulan lepas. Lepas tu,ukuran dia pun tak sesuai untuk kedudukan geografi perumahan tu. Nanti Dani minta diorang betulkan.Laporan ni pula betulkan muka surat depan. "

Danial mengangguk,akur dengan kata-kata mommynya. Dia tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun setelah bertanya tentang kerja. Datin Sophea memandang anak lelakinya.Bila agaknya kemarahan Danial akan surut? Dia sudah rindukan Danial yang dulu. Yang manja dengannya.

Kini,padanya Danial seperti orang asing.Bukan anak lelakinya yang dulu. Wajahnya lebih dingin apabila mereka bersua. Bercakap hanya bila perlu. Makan malam di rumah pun kadang-kadang. Tinggi benar ego Danial.

Risau sekiranya egonya akan makan dirinya semula nanti. Menyesal pun dah tak ada guna.

"Danial,malam ni kita makan dekat luar nak? Mommy belanja. Kita makan steak.Nak?" Datin Sophea cuba untuk memujuk anak lelakinya. Namun,Danial masih tidak memandangnya.

"Dani balik lewat.Banyak kerja nak buat dekat pejabat ni. Esok pagi Dani ada mesyuarat dengan Dato' Kamil. Dani kena siapkan kertas kerja sebab Dato' Kamil nak Dani present dekat dia esok pagi." Danial menumpukan perhatiannya pada fail. Sesekali dia menaip sesuatu pada papan kekunci.

"Balik pukul berapa? Jangan balik lewat sangat.Kesian Ros dekat rumah. Dia mesti nak makan sama-sama dengan Dani."

"Dani dah bagitahu dia. Dia okey je. Mommy ada kan? Makanlah dengan dia. Takkan mommy taknak makan dengan menantu pilihan mommy?" Sempat Danial menyelit perlian di dalam butir bicaranya.

Datin Sophea tersenyum nipis.Dia mengangguk.

"Mommy tak kisah,cuma mommy kesiankan Ros.Jangan terlalu fokus kerja ya? Ingat isteri juga. Nanti Danial dengan Ros pergi jalan-jalan dekat KL ni. Ikmal boleh cover Dani dalam dua hari. Okey?"

Danial mendiamkan diri.Dia meneruskan membuat kerja tanpa mengendahkan kata-kata Datin Sophea. Sebenarnya,dia juga tak sanggup nak buat macam tu. Terasa seperti anak derhaka pula sebab biadap dengan ibu sendiri.Tapi entah kenapa dia masih terasa hati dengan Datin Sophea. Walaupun dah berbulan-bulan berlaku,namun hatinya tetap merajuk dengan Datin Sophea.

Bukannya dia tak cuba pujuk hati sendiri namun ego lebih menguasai.Ego seorang lelaki.

Rosalinda pun dah berbuih mulut nasihat supaya belajar untuk pujuk hati. Tapi,dia belum bersedia mahu berbaik dengan Datin Sophea. Nantilah,satu hari nanti dia pasti akan berbaik juga dengan Datin Sophea.

Bergaduh macam mana sekali pun,doanya pada Datin Sophea agar terus kekal sihat dan panjang umur tetap diselitkan dalam doanya selepas solat. Dia tak mahu kehilangan Datin Sophea seperti dia kehilangan Dato' Azraff. Datin Sophea sajalah menjadi tempatnya bergantung sekarang.

"Dani,mommy tahu Dani marahkan mommy lagi. Mommy tetap nak minta maaf ya sayang? Nanti kalau Dani dah maafkan mommy,kita luangkan masa sama-sama ya? Kita pergi bercuti. "

"Tengoklah kalau Dani tak sibuk."

Datin Sophea masih tersenyum.Tenang saja wajahnya memandang wajah Danial. Langsung tidak menunjukkan tanda dia terasa hati.

"Mommy keluar dulu ya. Jangan overwork.Jangan lupa makan." Datin Sophea melangkah keluar. Danial melihat mommynya melangkah pergi hanya mengeluh panjang. Muram saja wajahnya apabila teringatkan kelakuannya pada ibunya sendiri.

Ya Allah,Kau ampunlah dosaku!

"Dani minta maaf mommy,daddy.."gumamnya.


Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now