Danial merenung lama kertas yang dipegangnya. Kertas yang diberi oleh cikgu Hafidz itu dipandang dengan perasaan bercampur-baur.
Sesekali dia menggigit pen hitamnya. Nak ke taknak? Nak terima ke tak? Setakat jadi pengerusi kelab permainan bola baling peringkat sekolah kampung macam ni. Ceh! Celah gigi sajalah.
"Wow,kau dapat jawatan pengerusi? Biar betul,Danial?"tegur Syafiq. Dia menepuk bahu sepupunya. Terhincut sedikit bahu Danial dibuatnya. Terkejut!
"Ish kau ni. Terkejut aku." Danial menjeling Syafiq. Syafiq hanya tersengih.
"Jadi,kaulah pengganti Mikkel Hansen sekolah ni?"soal Syafiq. Berkerut dahi Danial mendengar nama pemain handal dunia bola baling itu.
"Mikkel Hansen? Maksud kau?"
"Maksud aku,kau ke pengganti si Ikmal tu? Kau tak tahu lagi ya? Ikmal tu bekas pengerusi dan bekas kapten pasukan bola baling sekolah. Dah dua bulan tak ada yang dapat jadi pengganti dia. Sekarang,kau masuk sekolah ni. Cikgu terus ambik kau jadi pengganti dia.Mesti kau hebat kan?"soal Syafiq,sedikit terkilan dengan tindakan cikgu Hafidz. Mesti ada sebab kenapa cikgu pilih Danial ni.
"Kau kapten pasukan ke dulu dekat sekolah lama kau?"soal Syafiq.
Danial teragak-agak mahu menjawab. Aduh,nak jawab apa ni? Menipu atau jujur?
"Aku pun tak tahu kenapa cikgu tiba-tiba pilih aku. Aku tak adalah pandai sangat main bola baling ni,"nafi Danial.
Urgh,terpaksa menipu! Kalau boleh,dia taknak orang tahu kebenarannya bahawa dia bekas kapten di dalam pasukan sekolah lama di Los Angeles dulu. Dia tak mahu menjadi perhatian.
"Ye ke ni? Takkan cikgu Hafidz pilih kau tanpa sebab.Mesti ada sebab kan?"
Aduh Syafiq ni. Nak memaksa pula!
"Kau pun ahli kelab bola baling kan? Apa kata,kau jadi pengganti si Mikkel Hansen sekolah ni dulu? Aku tengok,kau pun besar pengaruh dekat sekolah ni. Mesti ramai yang sokong!"kata Danial. Dia menghulur surat yang diberi oleh cikgu Hafidz.
"Eh,kenapa pula aku? Aku bukan kapten!"
"Ni lah waktunya kau merasa jadi kapten! Ambil lah!"
Pantas kepala Syafiq menggelengkan kepalanya. Nak jadi kapten pasukan? Mimpi sajalah!
"Aku tahu. Kau mesti handal main bola baling. Kenapa kau nak sorok? Bagus apa handal main bola baling. Eh kalau kau nak tahu.. Kau masuk sekolah ni tak sampai seminggu,kau dah dapat fanclub sendiri tau! Kecoh satu sekolah pasal kau!"kata Syafiq. Bersungguh dia bercerita. Terjegil-jegil biji matanya memberitahu pada Danial tentang kewujudan fanclub Danial yang ditubuhkan oleh pelajar perempuan sekolah itu.
Okey,aku ada fanclub? Biar betul? Danial terkebil-kebil memandang Syafiq. Mamat ni boleh percaya ke?
"Kenapa diorang nak kecoh pasal aku?"soal Danial. Hatinya tiba-tiba bertukar menjadi berdebar. Takut orang ramai tahu,dia pernah kena buang sekolah dulu. Malu la! Jatuh air muka!
"Kau pura-pura tak tahu atau memang tak tahu? Aku rasa,kau dah sedia maklum. Kau kan ada rupa. Mestilah pelajar perempuan dekat sekolah ni semua tergedik dekat kau! Tak perasan? Anak makcik kantin tu pun asyik senyum dekat kau. Bukan senyum je,kenyit mata pun pernah!"
"Si Aina tu? Aina mata sepet sebelah tu? Biar betul dia kenyit mata dekat aku selama ni? Bukan ke dia memang ada masalah mata terkenyit-kenyit sampai sepet mata sebelah dia?"soal Danial,kebingungan. Terhambur tawa Syafiq dibuatnya. Aduhai,Danial!
"Tak ada maknanya! Dia tu ada sejenis penyakit. Penyakit gatal! Gatal miang bila ada lelaki handsome. Itulah jadinya. Terkenyit-kenyit mata dia. Muka cantik,tapi sayang. Perangai dia ke laut!"kutuk Syafiq. Amboi Syafiq,taknak mengalah ya kalau bab bergosip.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...