Sinaran cahaya matahari yang menerombosi melalui tingkap menerangi bilik tidur sepasang suami isteri itu. Tidur semakin lena apabila tidur berpelukan dengan sesuatu yang enak untuk dipeluk.
Contohnya,dalam keadaan mereka sekarang. Tangan Danial yang elok melingkari pinggang Rosalinda dan gadis itu turut memeluk tubuh Danial. Kepalanya dilentokkan di atas dada bidang suaminya membuatkan posisi tidurnya semakin selesa.
Bunyi ayam berkokok menyedarkan Rosalinda daripada tidunya. Dia mencelikkan matanya sebelum matanya terbuka luas.
Melihat keadaan dirinya dengan Danial yang berpelukan membuatkan dia kaku. Matanya terkebil-kebil memandang Danial yang sedang lena dibuai mimpi.
Ya Allah,macam mana dia boleh terpeluk lelaki ni?!
Rosalinda melihat jam. Rahang mulutnya terbuka luas.Pantas dia menolak Danial dan bangun.
"Danial! Bangun! Kita dah lambat pergi sekolah!" Rosalinda kabut. Dia mencapai tualanya.Mendengar suara Rosalinda yang kecoh,Danial mencelikkan matanya. Dia memandang isterinya sehinggalah matanya hilang rasa mamai.
Melihat Rosalinda yang berada satu bilik dengannya,dia terkejut. Terus dia terbangun dan melihat tubuhnya sendiri.
Alhamdulillah,masih berbaju!
"Kenapa kau ada dalam bilik ni? K-kenapa aku tidur atas katil kau?!" Danial pula yang cuak.
"Tak ada masa nak terangkan. Sekarang,kita dah lewat pergi sekolah!"
Rosalinda mahu keluar untuk pergi ke bilik air,namun ditahan.Ish mamat ni!
"Kau nak pergi mana?"
"Mandi! Kita dah lambat!"
Danial melihat jam. Dia tersenyum. Kemudiam,dengan senang hati dia kembali baring di atas katil. Rosalinda terkebil-kebil.
"Awak buat apa ni? Pergilah mandi cepat!"
"Kau dah gila ke? Sekarang dah pukul sembilan pagi. Kalau masuk sekolah,mesti kena tahan. Baik cuti je. Apa salahnya kita cuti kan? Dapat luang masa.." Danial tersenyum nakal. Tidak semena-mena bantal peluk milik Rosalinda di baling ke arah wajah Danial.
"Gatal!"
"Biarlah. Aku gatal dengan isteri aku. Lagipun,dah halal kan? Tak salah pun. Aku tengok dalam movie.. Macam seronok je. Terasa macam nak cuba." Danial memandang Rosalinda. Dia menggigit bibir. Kononnya gaya menggodalah tu.
Rosalinda sudah meneguk airliurnya. Dia cuak. Mamat ni dah kenapa? Buang tebiat agaknya!
"Cuba apa?"
"Cuba.." Danial bangun. Dia mendekati Rosalinda. Rosalinda bersiap sedia untuk karate suaminya sendiri. Kalau Danial sentuh,dia akan buka silat!
Rosalinda tersandar pada dinding. Danial yang mendekatkan wajahnya itu tidak dipandang. Tak sanggup nak pandang. Takut cair!
Mendengar tawa Danial,Rosalinda membuka matanya.Cis,tak guna betul mamat ni.
"Tahu pun takut! Kau ingat,aku nk buat apa? Kau ingat aku nak mungkir janji? Kita buat haluan masing-masing. Tak adanya nak mencuba macam dalam movie."
Rosalinda menahan geram. Ey,suka buat orang macam ni! Sengaja nak bagi jantung tercabut!
"Malam ni awak tidur bilik awak. Saya tak benarkan awak tidur dalam bilik saya. " Rosalinda cuba menjadi serius. Sebenarnya,dia nak sorok perasaan malu. Malu diusik!
"Eh,aku memang nak tidur dalam bilik aku. Kau yang ajak tidur sini. Lupa? Lepas tu,sedap peluk aku. Amboi,kata badan aku keras. Tapi bila peluk macam taknak lepas,"perli Danial.
"T-tu sebab kecemasan okey! Malam ni awak tidur bilik awak. Tak kiralah hujan ke apa.. Saya tak peduli." Rosalinda cuba untuk berlagak berani.
"Okey. Bagus juga. Kalau tidur dengan kau,macam aku tidur dengan beruang. Kau tidur dahlah lasak. Baik aku tidur sorang. Lagi seronok. Kalau malam ni black out lagi,jangan cari aku.Okey? Kau ketuklah pintu aku beribu kali. Aku takkan buka! " Danial tersenyum sinis lantas keluar dari bilik gadis itu. Rosalinda sudah menayang wajah tidak puas hati.
Danial pula bersiul riang. Dia pergi ke biliknya untuk mendapatkan tualanya. Sempat lagi dia menjerit.
"Lepas mandi,siap-siap! Aku nak keluar makan! Taknak ikut,sudah! Kelaparanlah kau!"
Rosalinda mencebik. Suami siapalah ni? Perangai macam nokharom!
DANIAL meletakkan lauk-pauk penuh ke dalam pinggan Rosalinda. Amboi,tahulah warung PakMat ni layan diri. Kau boleh ambil lauk banyak-banyak lepas tu bagi bini kau makan ya?
Rosalinda mendengus geram. Dia melihat di dalam pinggan suaminya.Ceh! Nasi kosong dengan sup sayur je? Diet ke apa?
"Awak ni kenapa? Saya tak cakap pun nak lauk banyak-banyak macam ni. Awak bukan nak makan pun." Rosalinda menyuarakan rasa tidak puas hatinya.
"Warung PakMat ni murah. Kau ambik satu pinggan penuh pun harga dia tetap RM3. Aku nak kau habiskan lauk yang aku bagi tu. Biar berisi sikit. Bukannya kurus keding macam ni. Nanti orang kata aku tak jaga bini." Danial memesan air suam dua cawan. Kemudian,mereka duduk di tempat yang kosong. Mujurlah tidak ramai sangat orang.
"Tapi,awak bagi saya lauk ni macam saya ni ada bela hantu raya. Banyak macam ni siapa nak makan? Saya tak boleh habis."
"Tak habis? Kau duduk sini. Aku cakap dengan PakMat,suruh kau cuci periuk belanga dia dekat belakang warung dia tu.Bagus juga.Dapat pahal bila kau tolong orang,"kata Danial lagi. Selepas membaca bismillah,dia mula menjamu selera. Di warung PakMat ni,hanya lauk sup sayur je yang dia berselera. Yang lain,out!
Rosalinda tak mampu membalas. Kalau dia balas nanti,Danial gunakan kuasa veto dia. Dahlah dia sejenis mulut masin!
Tengoklah kes malam tadi. Nasib baik tak patah tulang dia. Sekarang pun masih terasa sengalnya. Semuanya gara-gara mulut masin Danial.Ceh!
"Danial,tak sekolah ke?"tegur PakMat.Dia meletakkan dua gelas air suam yang dipesan oleh Danial.
"Terlajak tidur,PakMat. Sedap dapat bantal peluk." Danial memandang Rosalinda.
Rosalinda membuntangkan matanya.
Dia menyepak perlahan kaki suaminya."Amboi,seronoknya. Tak apa,PakMat faham. PakMat dulu pun kahwin muda. Seronok kan dapat kahwin muda? Tak adalah terhad sangat batas kita. "
Danial sudah tersengih. Ada betulnya kata PakMat tu. Kahwin awal macam ni pun terasa seronoknya. Dapat bini! Siapa tak suka? Lagi-lagi cantik macam Rosalinda ni.
Eh,terpuji bini sendiri pula.
"Ros,seronok kahwin dengan Danial? Untung kamu ye. Danial ni dahlah handsome,baik,peramah,rajin pula tu. Dia rajin datang warung PakMat ni sebelum pergi pekan tu. Rajinnya cari duit? " Amboi,berbakul-bakul PakMat ni memuji Danial. Ada apa-apa ke ni?
Danial apa lagi? Kembang semangkuk!
"Dengar tu,Ros. Suamimu ini sempurna." Danial mendabik dada.
"PakMat,kalau PakMat terus puji dia ni.. Saya rasa,habis terkeluar balik makanan dalam perut saya ni. "
PakMat hanya ketawa. "Dahlah,PakMat masuk dulu. "
"Kau ni,cubalah puji aku. Puji aku ni suami yang hebat ke, suami yang patut menjadi contoh ke.. Ni tak. Kau kutuk aku pulak." Danial memandang Rosalinda dengan pandangan tidak puas hati.
"Dah itu kenyataannya. Ey,taknak aku puji kau. Kau bukannya pernah puji aku."
"Kau cantiklah,Ros. Sejuk mata memandang. Untung aku dapat kau jadi bini,"puji Danial,tiba-tiba.
Terdiam terus Rosalinda. Wajahnya kemerahan.
"Bila aku puji,kau pula malu. Merah muka tu ha. Taknaklah puji kau dah. Lepas ni,kalau aku puji.. Aku rasa muka kau bertukar jadi tomato. Eh,taknak aku ada bini tomato."
"Ey,Danial!"
Danial ketawa. Macam biasa,hobinya suka mengusik isterinya. Menjadi kesukaannya bila wajah Rosalinda bertukar kemerahan. Comel!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...