Kaki mengorak langkah naik ke tingkat dua menuju ke bilik guru.Matanya meliar melihat sekeliling mencari kelibat cikgu Hafidz. Surat yang sudah ditandatangani itu dipegang erat.
Danial berdecit. Ish,mana pula cikgu Hafidz ni? Tadi suruh jumpa dekat bilik guru. Sekarang,batang hidung pun tak nampak!
"Cikgu banyak kali dah pesan. Jangan tunjuk sangat kamu berkawan dengan dia sebab duit. Cikgu suruh kamu rapat dengan dia je,bukannya kikis duit dia."
Suara cikgu Dol menghentikan langkah Danial. Terdetik di hatinya untuk mencuri dengar perbualan antara cikgu Dol dengan seorang pelajar perempuan.
"Aina bukan minta apa pun. Aina cakap,Aina nak pinjam duit sebab nak beli buku. Salah ke? Dia yang kedekut. Tahulah anak pengetu-"
"Shh! Jangan kuat sangat bercakap.Nanti cikgu lain dengar. Kamu ni pun satu. Minta pinjam duit sampai beratus-ratus. Memanglah dia tak bagi. Dia tak ada duit. Yang kaya bapa dia.Bukannya dia,"kata cikgu Dol.
"Anak dia tu berlagak,cikgu. Muka sombong. Kalau ikutkan hati,nak saja saya sabotaj kertas exam dia yang lepas tu. Dahlah tak pandai,biar saya buat dia jadi gagal terus. Biar orang lain tahu anak pengetua tu bodoh orangnya.Harap duit belanja je berkepuk,tapi kedekut,"kutuk lagi pelajar perempuan yang bernama Aina itu.
Danial mengerutkan dahinya. Ada orang tak puas hati ke dengan Ros tu? Aku tengok dia tak ada cari pasal dengan orang pun. Bisik hati Danial. Dia terus mencuri dengar.
"Tak boleh la mcam tu. Cikgu ni dah 10 tahun tunggu nak jadi pengetua,tapi tak dapat juga. Kamu tolong cikgu la,tapi jangan nampak sangat kamu ada niat tak baik dekat dia. Nanti kamu pula kantoi,cikgu pun terkena tempias,"pesan cikgu Dol.
"Hm,yelah cikgu. Oh ya,lagi satu." Aina menjuihkan bibirnya. Berkerut dahi cikgu Dol melihatnya. Apa kena pula ni?
"Apa pula lagi ni?"
"Saya tak suka Ros tu rapat dengan teman lelaki saya. Sakit hati saya tengok bila cikgu asyik denda dia dengan teamn lelaki saya. Sengaja nak berdua la tu,"kata Aina. Dia meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya.
"Teman lelaki? Siapa?"
"Danial tu. Dia teman lelaki saya. Suka hati dia saja nak rapat. Menyampah. " Aina menggulingkan bebola matanya ke atas.
Danial yang mendengarnya pula sudah terbuntang biji mata. Masa bila pula dia jadi teman lelaki Aina ni? Bertegur pun tak pernah!
"Teman lelaki kamu ke budak tu? Tak apalah,yang tu nanti pandai la cikgu selesaikan. Sekarang,kamu rapat dengan Ros dulu. Berbaik dengan dia. Ambil hati dia. Okey?"
Aina hanya mengangguk. Danial mengemam bibirnya.
Oh,ada yang berniat tak baik pada bunga Ros tu? Siap kau!
"Danial,kamu buat apa ni? Menyorok daripada siapa?"
Danial terperanjat. Dia menoleh ke tepi dan cikgu Hafidz sudah memandangnya pelik.
"Cikgu ni. Bagilah salam. Terkejut saya,"kata Danial. Aina yang tersedar dengan kehadiran Danial di bilik guru itu segera meminta diri. Patutlah cikgu lain tak dengar perbualan mereka. Aina dan cikgu Dol bergosip dekat hujung bilik guru.Nasib baik tempat cikgu Hafidz berdekatan dengan cikgu Dol. Dapat jugalah dia mencuri dengar.
"Apa-apa je lah. Mana surat tu? Setuju tak dengan tawaran cikgu? Come on,Danial. You can do it! "
Danial tersenyum kelat. Dia hanya mengangguk dan menyerahkan surat yang sudah ditandatanganinya itu. Melebar senyuman cikgu Hafidz.
"Macam ni lah anak murid cikgu. Akhirnya,dapat juga cikgu pengganti Ikmal. Memandangkan sekarang baru awal tahun dan SPM pun lambat lagi.. Cikgu dah daftarkan pasukan bola baling sekolah kita ke pertandingan persahabatan bola baling peringkat daerah. Jadi,esok kamu boleh mula berlatih dengan pasukan kamu okey?"kata cikgu Hafidz. Panjang lebar dia menjelaskan tentang pertandingan itu.
Danial hanya mampu mendengar. Nak menolak,tak sampai hati pula. Tak apalah,sekurang-kurangnya dia dapat bermain dan menunjukkan bakatnya.
Esok akan bermula latihannya. Bermulalah misi Kapten Danial Evans!
ROSALINDA tidak mengendahkan kelasnya yang bising,malah dia meneruskan melukis pada buku lukisannya. Entah apa yang dia lukiskan pun tak tahulah. Dia hanya melukis apa yang terbayang dimindanya.
Namun,buku lukisannya tiba-tiba dirampas oleh seseorang. Dia mengangkat kepala dan wajah Danial muncul.
"Kau lukis apa sebenarnya? Geram pula aku tengok. Asyik melukis je kerja. Patutlah kerja sekolah tak pernah siap,"kata Danial. Dia melihat lukisan Rosalinda.
Hm,pandai juga dia melukis. Cantik dan kemas saja lukisannya.
"Ey,jangan sibuklah. Bagi balik buku saya. Saya nak melukis,"kata Rosalinda. Dia mahu mengambil semul bukunya namun ditahan oleh Danial.
"Daripada kau lukis kucing,baik kau lukis muka aku. " Danial menyelak muka surat lain,melihat lukisan Rosalinda yang lain.Banyak juga lukisan yang dilukisnya. Berseni juga tangan perempuan ni. Bisik hati Danial.
"Lukis muka awak? Buat apa? Saya pun menyampah tengok muka awak,tahu tak? Memang taklah saya nak lukis muka awak. Dah,bagi balik buku saya. " Rosalinda mahu mengambil bukunya. Danial pula mengusiknya.Dia menjelirkan lidah.
"Ey,Danial. Bagilah balik!"
Danial mengangkat buku lukisan Rosalinda tinggi di awangan. Dia tertawakan Rosalinda yang tidak dapat mencapai memandangkan dia tidak dapat menandingi ketinggian Danial.
"Ey, Danial!" Rosalinda mula bengang.
"Hai Danial,Ros." Aina tersenyum ke arah mereka berdua. Terus berubah riak wajah Danial dan Rosalinda.
"Hai,"balas Rosalinda,acuh tidak acuh saja.
"Ros,balik ni kita jalan sama-sama ya?"kata Aina. Dia sempat mengerling ke arah Danial. Alahai,kacaknya!
Danial hanya menayang wajah biasa. Dia membelek buku Rosalinda lagi.
"Maaflah,saya balik dengan ayah saya. Lain kali ya?" Rosalinda tersenyum hambar.
Melihat wajah Aina yang kecewa dengan jawapan Rosalinda,Danial mahu tergelak. Padan muka! Bagus,Ros! Tak payah nak buat baik sangat dengan perempuan ni. Dia jahat! Teriak hati kecil Danial.
"Oh.. Tak apalah kalau macam tu. Esok kita belajar sama-sama nak?"pelawa Aina. Dia tidak berputus asa.
"Esok hari Sabtu.. Jadi,saya kena teman mama saya pergi klinik. Dia ada checkup kesihatan dia. Lain kali ya?"tolak Rosalinda lagi. Sekali lagi,Aina kecewa dengan jawapan Rosalinda.
Padan muka! Tak dapat peluang nak rapat!
"Oh. Tak apalah kalau macam tu.. Danial? Jom belajar sama-sama?" Wajah Aina bertukar ceria. Dia tersenyum hingga ke telinga.
"Malas. Sorry." Pendek dan padu jawapan yang diberikan oleh Danial.
Terus mati senyuman Aina.Ceh! Ni pun sombong!
"Oh.. Jomlah belajar sama-sama. Tahun ni kan kita SPM.."pujuknya lagi. Jawapan Danial tetap pendek dan padu.
Demi mengelakkan malu,Aina terus meminta diri. Padan muka,terhegeh-hegeh lagi. Kan dah dapat malu.
"Danial." Rosalinda berpeluk tubuh.
"Apa?"jawab Danial,turut beriak seperti mahu bergaduh.
"Buku saya. Bagi balik,"kata Rosalinda.
Danial melihat buku yang dipegangnya. Kemudian,dia mencampakkannya ke arah Rosalinda.
"Jangan lupa,lukis muka aku. Mana tahu,kalau kau rindu aku nanti kau bolehlah tatap lukisan tu." Danial kembali ke tempat duduknya.
Rosalinda seperti terdiam seribu bahasa. Dia memegang buku lukisannya dengan erat.
Rindu? Tak mungkinlah aku boleh rindu dekat mamat jambu ni. Sampai bila-bila pun tak akan!
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...