BAB 52

4.5K 196 10
                                    

"Lambat abang balik? Kata balik pukul enam?"

Danial meregangkan ikatan tali lehernya kemudian dia memeluk tubuh isterinya. Dengan manja dia meletakkan dagunya di atas bahu Rosalinda yang sudah tersenyum.

"Mesyuarat last minute la sayang. Tiba-tiba pengurus projek cakap ada masalah pula site dekat Sarawak. Nak tak nak,abang kena ambil tahu la apa masalahnya,"adu Danial.

"Habis tu,abang dah makan ke belum? Kalau belum,saya panaskan lauk.Kita makan sama-sama.Saya pun belum makan."

"Kenapa tak makan?"soal Danial. Dia meregangkan pelukan dan memandang wajah isterinya.

"Tunggu abang baliklah.Saya nak makan sama-sama." Rosalinda tersenyum.Dia berjalan ke dapur untuk memanaskan lauk. Danial mengekorinya dari belakang dengan langkah yang berat. Malas mahu makan tapi kalau tak makan,perut pula terasa lapar.Alahai.

"Lain kali,sayang makan dulu kalau abang balik lewat okey? Kesian anak abang dalam perut tu. Lapar dah tu."

"Kesian anak je? Saya ni?"duga Rosalinda.

"Kalau ibu,papa tak kesian."

Rosalinda mencebik menimbulkan tawa Danial.

"Guraulah sayang. Asyik nak mencebik je. Dah macam itik!"

"Itik pun isteri abang-"

Telefon Danial berbunyi membuatkan kata-kata Rosalinda tergantung. Nama Nayra tertera di skrin telefon.

"Helo,Nayra."

Rosalinda memandang suaminya. Nayra? Nayra mana pula ni?

"Macam mana boleh sesat? Kawan you mana?"

Rosalinda hanya mencuri dengar.

"Okey,you tunggu situ.I pergi ambil you. Jangan pandai-pandai naik teksi. Dah malam macam ni bahaya.Tunggu sekejap." Danial lantas memutuskan talian. Matanya memandang ke arah isterinya yang sedang memanaskan lauk.

"Sayang,abang keluar sekejap. Kawan abang sesat dekat Bukit Bintang.Nak suruh dia naik teksi,risau pula.Dia perempuan. Tak ada sesiapa teman dia tu. Tak pasal kena culik pula nanti."

"Mana kawan dia?"soal Rosalinda.

"Kawan dia tak ada. Kawan dia tak jawab telefon. Abang je yang dia kenal dekat Kuala Lumpur ni. Abang pergi hantar dia sekejap ya sayang? Sayang nak ikut?"

Rosalinda menggeleng. "Tak apalah. Abang pergi je. Saya malas nak keluar. Abang bawa kereta hati-hati. Dah lewat malam ni. Saya tunggu abang dekat rumah. Nanti abang balik,kita makan sama-sama."

Danial mengangguk. Dia mencium ubun-ubun isterinya.Kalau ikutkan,dia malas nak keluar dah. Tapi,kesian pula dekat Nayra. Dia dahlah perempuan. Bahaya pula.

Nak tak nak,kena bantu jugalah.

"Abang pergi dulu.Jangan lupa kunci pintu ni.Abang pergi sekejap je.Nanti abang balik,"pesan Danial seraya keluar dari rumah.

"Okey.Hati-hati,abang."

NAYRA berdiri di luar kelab malam seorang diri tanpa sesiapa menemaninya. Sesekali dia menggosok lengannya yang disapa dengan angin malam yang sejuk.

Sebuah kereta Hyundai membunyikan hon kereta dan berhenti di hadapannya. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan serta merta Nayra tersenyum tatkala wajah Danial yang muncul.

"Apa you buat dekat sini?"soal Danial.Dia melihat sekeliling. Ramai manusia yang sedang menikmati minuman keras dan ada juga yang berduaan dengan kekasih. Danial menggelengkan kepalanya. Nayra masih tak berubah rupanya.Masih lagi bersosial pada waktu malam.

"I cuma jalan-jalan dekat sini.."

"Nayra! Macam mana you ada dekat sini? Ingatkan dekat LA lagi. Kenapa tak telefon I? Lama I tunggu!" Seorang gadis yang baru keluar dari kelab malam tersebut menegur Nayra. Nayra pantas menoleh dan senyumannya melebar.

"Eh,Nad! Aku ingat kau dah kahwin.Jadi,taknaklah kacau.." Nayra ketawa kecil.Seronok dapat bertemu semula dengan kawan lamanya.

"I dah cerailah,Nayra.. Eh,siapa ni? Kekasih baru ke?"usik Nadhirah. Dia memandang Danial yang sudah menayang wajah bosan.

"Ni Danial. Danial,ni kawan lama I. Nama dia Nadhirah." Nayra memperkenalkan kawannya kepada Danial.Danial hanya tersenyum.

"Eh,jomlah masuk.Boleh kita berbual.Danial,jom." Nadhirah menarik Nayra.

"Eh,tak apalah. I kena balik ni. Nayra,I balik dululah.You dah ada kawankan? I kena balik ni." Danial mahu beransur dari tempat maksiat itu namun Nayra menghalang.Tangan lebih pantas menarik Danial masuk ke dalam kelab malam tersebut.

"Nayra,I kena balik. I tak suka masuk tempat macam ni." Danial bertegas.Dia mahu keluar dari kelab malam yang dipenuhi dengan manusia yang lalai dan muzik yang kuat. Pegangan Nayra direntapnya. Wajahnya mula serius.

"You.. Temankanlah I sekejap. Kita bukannya buat apa pun.Cuma nak berbual je. Jangan risau,kita minum cola je.Tak mabuk pun. Okey?"pujuk Nayra.

"Nayra,isteri I tunggu dekat rumah. I kena balik." Danial masih menegaskan suaranya.

Nayra tersenyum.Serta merta dia memeluk leher Danial.Pandangan matanya jelas kelihatan dia mahu menggoda lelaki yang berada di hadapannya. Beberapa orang gadis di dalam kelab malam tersebut turut tertarik dengan Danial.Sekelip mata,Danial sudah dikelilingi gadis.

"Nayra,enough! Bila you nak berubah? I ingat,you datang dekat pejabat I untuk kerja,you dah berubah.Rupanya,tak.You tetap dengan sosial you. Kalau macam ni,siapa yang sukakan you?"tegur Danial.Dia menolak kasar tangan Nayra yang berada di bahunya.

"I tetap macam dulu.Cuma,I kena bekerja juga unuk dapat duit. Bila dapat duit,barulah I dapat masuk sini.Lagipun,mak I suruh I kahwin. You taknak kahwin dengan I? Dah lama I tunggu you."

"Merepek.I takkan pandang perempuan murah macam you Nayra. Mati-mati I ingat you dah berubah.Tapi tak! Dah,I nak balik.You baliklah sendiri.Esok jangan datang pejabat I sebab I tak terima pekerja I bersosial macam ni,"kata Danial.Wajahnya serius tanpa senyuman. Dia mahu beransur namun dua orang lelaki yang bertubuh tegap menghalang laluannya.

"You tak boleh keluar selagi you tak temankan kawan I,Danial." Nadhirah pula menghampirinya.

"Baik you jangan masuk campur hal I. I akan telefon polis." Tajam mata Danial memandang Nadhirah.Dia nak melawan dengan dua orang lelaki di hadapannya ni memang tak boleh. Tak pasal masuk ICU pula nanti. Lagi parah.

"Telefon polis? Lupakan.You akan berseronok dengan Nayra. Percayalah. You takkan menyesal Danial. Cubalah dulu.Takkan you tak teringin nak enjoy? Come on,you still muda." Nadhirah mula masuk jarum. Dia tersenyum manis.

"Danial,kita datang sini cuma nak berbual. Tak salahkan? I bukannya nak ajak you buat benda tak senonoh pun.." sampuk Nayra pula.

Gadis-gadis yang berada di sekeliling Danial turut tersenyum dan memujuknya. Danial meneguk airliurnya yang tiba-tiba terasa kelat.

Dia juga seorang manusia biasa. Jujur,naluri lelakinya bergelocak. Dia beristighfar sebanyak mungkin.

"Jom,Dani? Kita duduk dulu.Sekejap pun jadilah."

Danial memandang gadis disebelahnya. Kemudian,matanya memandang Nayra dan Nadhirah.
Dua orang gadis tersebut tersenyum manis.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now