BAB 2

9.5K 443 5
                                    

Suasana kelas yang riuh-rendah menggamitkan suasana. Ketiadaan cikgu membuatkan pelajar membuat kerja masing-masing. Ada yang belajar dan ada yang duduk berkumpulan untuk bergosip. Pelbagai ragam pelajar di dalam kelas 5 Cempaka.

Namun,pelajar perempuan ini tidak seperti pelajar yang lain.Dia lebih suka menyendiri dan tidak suka bergaul. Malah,dia tidak mengendahkan keadaan sekelilingnya.

Dia menumpukan perhatiannya terhadap buku lukisannya. Dia lebih gemar melukis berbanding belajar. Dia sudah menceburkan diri dalam bidang melukis sejak dia kecil. Memang minatnya di dalam bidang melukis tidak dapat dibendung lagi.

"Weh,cikgu Dol! Semua duduk!"

Semua kelam kabut duduk di tempat masing-masing. Cikgu Dol muncul di depan kelas 5 Cempaka.Buku yang sentiasa berada di tangannya diletakkan di atas meja.

Rosalinda masih dengan dunianya. Malas mahu mengambil tahu. Dia tahu,cikgu Dol hanya masuk sekejap saja. Sekarang,bukanlah waktu cikgu Dol. Tetapi,waktu cikgu Maria. Cikgu Maria pula tidak hadir. Maka,kelas 5 Cempaka mempunyai waktu terluang.

"Assalamualaikum,semua. Amboi,mentang-mentang cikgu tak ada. Semua bising ya?"

Semua pelajar 5 Cempak tersengih. Cikgu Dol menggelengkan kepalanya perlahan. Dia menoleh ke sisi,dimana ada seorang pelajar baharu yang bakal menjadi pelajar 5 Cempaka.

"Kamu semua ada kawan baru. Danial,kenalkan diri kamu. "

Danial berdiri megah di hadapan kelas. Walaupun dia tidak berpakaian seragam sekolah,namun dia tetap berdiri dengan keyakinan yang tinggi. Wajahnya menunjukkan riak wajah yang agak sombong.

"Hye,I'm Danial. Muhd Danial Evans Bin Dato' Azraff. Nice to meet you guys,"kata Danial. Langsung tak ada Bahasa Melayu! Bahasa Inggeris yang dituturkannya mampu membuat rakan sekelas baharunya tercengang.

"Cikgu harap kamu semua boleh berkawan dengan dia. Jangan memilih kawan.Pelajar lelaki cubalah ajak dia masuk geng kamu semua. Belajar baik-baik. Danial,kamu pilihlah tempat. Saya keluar dulu." Cikgu Dol meminta diri.

Danial mengangguk. Dia melihat kelasnya.

Oh my god. Kecilnya kelas! Sempit!

Semua mata memandang ke arahnya kecuali seorang perempuan yang sejak tadi asyik melukis sesuatu pada bukunya. Lebih baik dia duduk dekat sebelah perempuan tu. Sekurang-kurangnya perempuan tu tak berminat dengannya.

Bukan macam pelajar perempuan yang lain dekat dalam kelas tu. Semua tersenyum-senyum ke arahnya.

Eh,gatal betul!

Danial berjalan ke arah Rosalinda. Tanpa meminta izin,dia terus duduk di sebelah perempuan itu. Wajahnya beriak selamba.

Rosalinda agak terkejut sebenarnya dengan kemunculan Danial. Dia menoleh ke sisi. Wajah Danial dipandang.

Eh mamat ni. Tak minta izin pun nak duduk. Adab mana? Bisik hati Rosalinda.

"Maaf ya,awak tak boleh duduk di sini." Rosalinda cuba menghalau Danial.

"Ada nama kau ke dekat meja ni? Rasanya tak ada. Jangan tamak nak ambil dua meja sekali." Danial bersandar pada kerusinya. Kakinya disilangkan dan diletakkan di atas meja.

Wah,biadap!

"Danial?"tegur Syafiq,selaku ketua kelas 5 Cempaka.

"Who are you? Do I know you?"soal Danial,riak. Dia memandang Syafiq.

"Aku Syafiq. Sepupu kau. Aku anak maklong. Kau tak boleh duduk dekat sini. Kau duduklah sebelah aku.Kebetulan,sebelah aku kosong." Syafiq cuba menjauhkan Danial daripada Rosalinda.

"Oh, kau rupanya Syafiq. Kenapa aku tak boleh duduk dekat sini? Dia ada kawasan jajahan ke? Aku kena bayar cukai kalau aku duduk sini?"soal Danial. Dia memandang Rosalinda. Kakinya masih setia di atas meja.

"Maaf,tapi ni tempat saya. Awak pergi duduk sebelah Syafiq. Dia lelaki." Rosalinda menghalau Danial lagi.

"Jomlah duduk sebelah aku,Danial. "

Danial memeluk tubuhnya.Dia masih tidak berganjak. Matanya dikecilkan dan memandang Rosalinda.

"Ada aku kisah? Kau bukan sesiapa yang ada hak nak halau aku. Suka hati akulah nak duduk dekat mana. Aku suka tempat duduk ni. Jadi,mulai sekarang ni tempat aku. Ni meja aku. Faham? Nak lawan? Cubalah. "

Syafiq sudah panas punggung. Dia tidak tahu macam mana lagi nak tarik Danial. Danial ni pun satu.Degil!

"Danial.."

"Encik Danial..." Rosalinda cuba memanggil nama penuh Danial.

"Danial Evans." Dengan penuh bangga,dia menyebut nama penuhnya.

"Oh ya,encik Danial Evans. Awak faham bahasa melayu kan? Jadi,saya ulang sekali lagi. Sila duduk di sebelah Syafiq.Sekian,"kata Rosalinda.

"Miss..." Danial cuba mencari nama penuh Rosalinda di buku tulis gadis itu.

"Miss Siti Nur Rosalinda. I won't go anywhere because this is my place. Okay? This. Is. My. Place. Fullstop. "

Syafiq sudah menggaru kepalanya.Aduhai,pasal tempat duduk pun nak bergaduh ke?

"Harap nama je macam perempuan melayu terakhir,tapi perangai tak senonoh. Tamak!"kutuk Danial.

"Apa awak cakap?"

"Kau tamak. Dengar tak? Nak aku ulang ke? Tahi telinga dah berapa lama tak korek? Cubalah jadi perempuan baik sikit."

Rosalinda mahu meletus. Namun,dia segera menyabarkan hati. Dia bingkas bangun lantas meninggalkan kelas. Baik dia keluar sebelum penumbuk sampai dekat muka Mat Salleh tu!

"Keluar pula. Tak nak halau aku dah ke? Cepatnya putus asa. Syafiq,aku nak duduk sini. Tak payah pujuk aku.Aku taknak duduk sebelah kau.Tempat kau betul-betul depan cikgu. Aku tak suka. Dah,pergi sana." Giliran Syafiq pula kena halau. Danial membuat isyarat tangan agar Syafiq beredar.

Syafiq mengeluh. Susah betul dapat sepupu macam ni. Berlagak tak bertempat!





ROSALINDA mengeluh.Dia memandang Danial yang sedang lena tidur sambil kepalanya beralaskan tangan di atas meja.Lelaki ni memang sakit jiwa agaknya. Suka hati saja tidur dalam kelas!

Kalau Puan Laila nampak ni,habis dia. Satu sekolah boleh dengar suara dia. Puan Laila terkenal di sekolah dengan suara dia yang kuat macam petir tu. Sekali dengar dia menjerit,boleh terkencing dalam seluar!

"Awak." Rosalinda cuba mengejutkan Danial. Dia mencuit bahu Danial menggunakan pen.

"Awak,bangun." Suaranya dikawal agar Puan Laila tak dengar.

Danial tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bangun daripada tidurnya. Ish,ada juga aku letak bom dekat sebelah dia ni nanti! Tidur mati ke apa?

"Danial,bangun,"kejutnya lagi. Bahu Danial dicuit lagi beberapa kali.

"Ros,kenapa tu? Awak buat apa? Siapa sebelah awak tu? Kejut dia! Suka hati tidur dalam kelas saya!" Suara Puan Laila semakin memetir. Rosalinda meneguk air liur yang terasa kelatnya.

Danial terjaga daripada lenanya tatkala terdengar suara Puan Laila yang memetir. Dia melihat semua mata memandang ke arahnya. Lebih-lebih lagi cikgu yang sudah memandangnya dengan pandangan tajam.

"Ros,keluar dari kelas saya! Duduk dekat luar sampai habis waktu saya! Saya tak perlukan pelajar yang tak berminat untuk belajar.Keluar! Awak yang pelajar baru tu. Awak pun keluar sama!"

Rosalinda mencebikkan bibirnya. Tak pasal-pasal dengan dia sekali kena halau! Danial dipandang dengan pandangan yang penuh rasa geram.

Tanpa berkata apa-apa,Danial terus keluar. Rosalinda tercengang. Biar betul dia ni? Tak nak minta maaf dekat cikgu? Tak nak cuba pujuk cikgu?

"Ros,tunggu apa lagi? Keluar!"

Terkocoh-kocoh Ros mengikut jejak Danial. Ish,semua mamat ni punya pasal. Baru hari pertama dah buat hal. Teruk betul!

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now