Suasana terasa kian menegang. Wajah Rosalinda yang tidak mempunyai segaris senyuman membutkan Danial semakin cemas. Lebih cemas,gambar-gambar yang ditunjukkan oleh Rosalinda dari dalam telefon membuatkan Danial menjadi tidak terkata. Semuanya berlaku dengan cepat.
"S-sayang,abang boleh jelaskan pasal gambar ni.." Danial gugup.Jelaskan? Dia nak jelaskan apa lagi? Takkan dia nak menipu Rosalinda pula? Kalau bagitahu perkara sebenar,apa reaksi Rosalinda nanti?
"Abang." Rosalinda memandang suaminya. Tangannya meraih tangan Danial.
"Saya tahu,abang takkan buat benda terkutuk macam ni. Saya tahu,abang kena perangkap.Kan? Malam tadi,abang ada sebut nama Nayra. Mesti dia yang perangkap abang kan? Saya percayakan abang." Rosalinda tersenyum walaupun tubir matanya sudah ditakungi airmata.Jelas kelihatan dia agak terkesan dengan gambar-gambar yang dia terima awal pagi tadi.
Danial semakin diserbu rasa serba salah. Sumpah, dia tak berniat nak curang dengan isterinya. Tapi,malam tadi betul-betul diluar jangkaannya. Dia sendiri tak mampu melawan godaan syaitan.
"A-abang.."
"Abang jangan risau. Mummy tak tahu lagi pasal ni. Kita cuba selesaikan secepat mungkin ya? Sebelum mummy dapat tahu.Abang bawa saya jumpa Nayra. Saya sendiri akan berdepan dengan dia. Saya akan buktikan yang abang tak bersalah!" Rosalinda nekad mahu mebela suaminya.
"S-sayang,abang.. Abang.." Danial semakin gugup. Dia tak mahu menipu tapi,kalau dia ceritakan hal sebenar, macam mana dengan Rosalinda? Nayra pula? Tak lama lagi,pasti gadis itu akan mencarinya. Semuanya akan menjadi huru hara nanti.Itu pasti!
"Abang,saya nak jumpa dengan Nayra. Saya nak tahu,kenapa dia buat abang macam tu! Saya tak suka bila ada orang aniaya suami saya macam ni!" Rosalinda mendesak Danial.Dia takut sebenarnya.Takut sekiranya Danial benar-benar curang dengan dirinya.Dia tak sanggup nak hadapi kenyataan tersebut.
"R-Ros.. A-abang minta maaf."
"Kenapa abang minta maaf? Abang tak salah.Nayra yang salah!"
"Abang minta maaf.." Danial tertunduk. Dia buntu. Dia tak tahu apa yang patut dilakukannya sekarang. Dia risaukan keadaan Rosalinda yang sedang berbadan dua. Risau akan menjejaskan kesihatan isterinya nanti.
"Jadi,betullah Dani dah tidur dengan perempuan tu?" Datin Sophea tiba-tiba muncul di belakang Danial. Wajah Datin Sophea begitu serius dan Danial yakin,Datin Sophea juga mendapat gambar yang sama seperti yang Rosalinda dapat.
"M-mummy.."
Pada masa yang sama,telefon Danial berbunyi.Tertera nama Nayra membuatkan Danial menjadi kaku.
Dia benar- benar sudah mati akal. Apa yang dia patut buat sekarang?
WAJAH Nayra yang sembab membuatkan Rosalinda berasa semakin jengkel.
Sudahlah,hipokrit! Semuanya lakonan je! Dah aniaya suami aku,lepas tu nak buat muka tak bersalah! Jerit hati Rosalinda.Dia menjadi geram.
"Macam mana sekarang ni? Gambar-gambar ni kalau tersebar,malu tau!"marah Datin Sophea. Walaupun dia tak tahu cerita sebenar,dia tetap kecewa dengan Danial.Dia tak sangka,Danial masih berhasrat untuk menjejakkan kaki ke kelab malam.Kalaulah arwah suaminya masih ada,pasti dia kecewa.
"Mummy,Ros yakin yang Danial tak bersalah. Perempuan ni yang perangkap dia!"Rosalinda menjeling tajam ke arah Nayra. Panas hatinya melihat wajah polos gadis itu.
"Eh,you jangan nak tuduh I je okey! You tanya suami you ni. Kenapa dia tiba-tiba macam orang tak betul.Tiba-tiba raba I macam I tak ada maruah!" Nayra masih dengan tangisnya. Kata-kata Nayra membuatkan Rosalinda semakin geram.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...