BAB 57

4.4K 199 14
                                    

Berkerut-kerut wajah Nayra menahan pedih di tangannya.Mulutnya sejak tadi asyik mengadu sakit. Bahu Danial dipegang.

Perlahan-lahan Danial menyapu ubat pada tangan Nayra yang kemerahan akibat terkena air panas.

"Abang,sakitlah. Jangan kuat sangat.Pedih." Nayra mencebikkan bibirnya.

"Macam mana boleh kena?"soal Danial.Dia menggelengkan kepalanya. Nayra.. Nayra.Macam budak-budak!

"Mana tahu.Saya nak tolong Ros bancuh air je. Dah nak kena air panas tu,tak boleh buat apa. " Nayra mengadu. Rosalinda hanya menayang wajah biasa. Matanya langsung tak memandang ke arah suaminya dan juga Nayra. Dia hanya menjamu selera tanpa sebarang gangguan.

"Dah siap.Lain kali hati-hati."

Nayra hanya mengangguk.Kemudian,dia memandang suaminya dengan pandangan yang meminta simpati.

"Apa?"soal Danial.

"Suapkan? Tangan sakit." Nayra menunjukkan tangannya yang kemerahan.

"Ala,sikit je kan? Bukan teruk pun."

"Tolonglah,abang. Saya nak pegang sudu pun tak boleh ni.Betul,saya tak tipu." Nayra mengerdipkan matanya beberapa kali.

"Haih,yelah." Danial hanya bersetuju.Isterikan? Layankan je. Nanti kata taknak layan pula. Kalau merajuk,lagi susah.

Nayra sudah tersengih. Danial menyeduk bihun goreng dan menghala ke arah Nayra.

Melihat keadaan tersebut,Rosalinda segera angkat kaki.Dia membawa pinggannya ke arah sinki dan cepat-cepat basuh. Kemudian,dia meminta diri.

Pedih.Itu yang dia rasakan sekarang.Pedih hatinya melihat suaminya melayan perempuan lain.Rasa cemburunya membuak-buak.

Airmata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Semakin lama,semakin teresak tangisannya. Dia menekup mulutnya daripada terus mengeluarkan bunyi tangisan.

Berapa lama dia perlu pendam semua ni?

Danial yang melihat isterinya beredar,dia hanya mampu melihat dan mengeluh. Dia tahu,Rosalinda sakit hati. Tapi,Nayra juga isterinya sekarang.Dia perlu adil.

"Abang,nak lagi." Nayra menyedarkan Danial daripada terus mengelamun. Danial memandang Nayra kemudian tersenyum pendek.Dia menyuap Nayra lagi.

Nayra sudah tersenyum bahagia. Akhirnya,dapat juga perhatian daripada Danial.

Tak apa,ni baru permulaan cerita. Nanti Danial akan beri sepenuh perhatiannya pada dirinya. Ros? Boleh kemas barang-barang dan pergi kot? Nayra menjerit keriangan di dalam hati.

SELURUH rumah sudah selesai dikemas. Rosalinda mengambil masa untuk berehat seketika. Terasa penat setelah selesai membuat kerja rumah. Walaupun Danial sudah melarangnya membuat kerja rumah,namun dia tetap berdegil.Bosan katanya.

Tapi,berbeza pula dengan Nayra. Danial meminta untuk mengemas rumah,beribu alasan diberi. Sakit badanlah,penat dengan majlis lah. Macam-macam alasan keluar dari mulutnya.

"Abang,jom jalan-jalan." Suara Nayra menyapa gegendang telinga Rosalinda.Dia menoleh dan ternampak Nayra yang memeluk lengan Danial. Daripada tadi asyik melekat je! Ni memang betul pengantin baru.Macam belangkas!

"Saya penatlah,Nayra. Nantilah.." Danial mahu melepaskan tangan Nayra namun gadis itu tetap tak mahu melepaskan.

"Abang dah rehat kan? Jomlah.."rayu Nayra.

"Nayra,saya cakap sekali je." Danial mula menegaskan suaranya.

Nayra mencebik.

"Abang taknak layan Nayra pun. Ros boleh pula abang layan.Mana adil."

"Nayra!" Danial mula meninggikan suaranya.Nayra terkejut begitu juga dengan Rosalinda. Suasana menjadi hening buat seketika.

"Jangan libatkan Ros,"kata Danial.

Nayra segera naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.Dia menghentakkan kakinya tanda protes.

Danial menggelengkan kepalanya.Sabar je lah dapat isteri macam ni. Kalau hari-hari macam ni,boleh darah tinggi!

"Kenapa abang marah dia? Dia cuma nak ajak abang jalan-jalan.Pergi je lah.."tegur Rosalinda.

"Dia degil,sayang.Abang tak suka kena paksa.Macam tak kenal abang?" Danial mengambil tempat di sebelah isterinya. Kemudian,dia melentokkan kepalanya di bahu Rosalinda.Tangannya diletakkan di perut Rosalinda yang sudah mula nampak dan mengusapnya perlahan.

"Anak abang macam mana? Okey? Ada meragam?"soal Danial.Dia mengusap perut Rosalinda dengan penuh kasih.

"Dia meragam sikit je pagi tadi.Mungkin sebab lapar kot.Em,abang. Saya teringin nak makan kebab ayamlah. Boleh belikan?"pinta Rosalinda dengan penuh manja.

"Boleh,sayang. Kejap lagi abang belikan.Atau,nak makan dekat luar?"soal Danial.

"Taknak makan dekat luar.Nak makan dekat rumah. Nanti abang belikan ya? Anak abang ni daripada malam tadi minta kebab."

"Kenapa tak bagitahu abang semalam?"

"Abang penat.Jadi,saya taknak kacau abang." Rosalinda tersenyum.

"Untuk sayang,abang tak kisah. Walaupun pukul tiga pagi,abang tetap akan usaha cari kebab untuk sayang dengan anak abang ni."

Suka hati Rosalinda mendengarnya.

"Malam ni abang tidur dengan sayang okey?"kata Danial.Dia bermain-main dengan jari Rosalinda.

"Nayra okey ke?"

"Biarlah dia. Malam ni,giliran sayang pula.Abang nak dodoi dengan sayang.Abang rindu sangat nak dodoi dengan sayang." Danial tersengih.

Rosalinda menepuk peha Danial perlahan."Mengada."

Danial tersenyum. Sungguh,dia hanya bahagia dengan perempuan yang bernama Rosalinda.Bukan perempuan lain.

NAYRA menghempas punggungnya ke atas katil.Dia merengus. Wajahnya tegang selepas dimarahi Danial.Sakit hatinya apabila terdengar gelak ketawa Danial dengan Rosalinda.

"Dengan Ros,kau boleh bergelak ketawa? Dengan aku,sikit pun taknak layan. Eh,aku pun isteri kaulah bodoh!" Nayra mengetap giginya.Perasaan geram membuak-buak.

"Tak apa.Aku tak kira. Aku sebagai isteri Danial,ada hak untuk dapatkan perhatian suami aku sendiri.Aku ada hak untuk bermesra dengan suami aku.Dia tak boleh biarkan aku macam ni. Aku isteri dia. Aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab. Kau tunggu,Ros. "

Nayra mencapai telefonnya dan segera mendail nombor Nadhirah.

"Babe,aku nak jumpa kau esok. Aku nak lepaskan geram ni.Kau kena tolong aku."

Tak lama kemudian,dia memutuskan talian.

"Kau tengking aku ya,Danial? Tengoklah,aku akan buat kau tengking isteri kesayangan kau pula lepas ni.Dan aku akan dapat belaian mesra dari kau."

Nayra menyumpah seranah Rosalinda dan Danial di dalam hati.Dia melepaskan geram dengan menumbuk bantal tidurnya.Kalau boleh,nak tumbuk muka Rosalinda.Biar Danial tumpukan perhatian padanya seorang. Madu? Say no! Tak ada perempuan yang sanggup bermadu!


--

Thank you bellofa for the pretty cover book! ❤️

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now