Rosalinda yang sedang membancuh air untuk suaminya diperhati. Ikmal tersenyum sendiri. Rosalinda masih cantik pada pandangan matanya. Malah,gadis itu kelihatan semakin matang.Gadis bertudung itu tidak pernah gagal membuatkan jantungnya berdebar. Setelah setahun tidak berjumpa,akhirnya dia dapat melihat wajah gadis idamannya lagi walaupun gadis itu sudah pun menjadi milik sepupunya.
"Ikmal?"
Teguran Rosalinda mematikan lamunan Ikmal. Wajah Rosalinda yang memandangnya dipandang. Senyuman terukir dibibirnya.
"Ingatkan dah tak ingat saya." Ikmal bergurau. Rosalinda pula tersenyum.
"Takkan la saya lupa Mikkel Hansen sekolah kita dulu? Tak sangka,awak sepupu jauh suami saya."
"Saya pun tak sangka kita dapat jumpa lagi. Tapi,itulah.Awak dah kahwin. Dah jadi isteri kepada sepupu saya,"ujar Ikmal. Kedengaran kecewa pada nada suaranya namun wajahnya dikekalkan ceria.
"Saya dengar cerita,Danial pengganti saya dekat sekolah dulu. Dia jadi kapten ya?"
Rosalinda mengangguk. Sebut pasal Danial,dia sentiasa bersemangat mahu bercerita. Peminat suami sendirilah katakan!
"Tak sangka,dia berbakat dalam bola baling.Saya selalu teman dia buat latihan bola baling dulu. Kiranya dia macam kembar awak,Ikmal. Pandai main bola baling,ada rupa yang kacak,ramai peminat. Eh,awak tak ada girlfriend ke dekat Terengganu?"soal Rosalinda,sekadar mahu mengusik Ikmal.
Ikmal tersenyum nipis. Girlfriend saya dah jadi isteri orang,Ros.
Namun,dia hanya mampu menjawab soalan gadis itu dalam hati."Ehem.."
Danial mencelah.Dia memasuki ruang pantri dan mendekati Rosalinda dan Ikmal.
"Lamanya sayang buat air? Lama abang tunggu,"kata Danial. Dia memeluk bahu isterinya. Sengaja mahu menunjuk mesra di hadapan Ikmal. Biar Ikmal tahu Rosalinda isterinya dan tidak dibenarkan untuk takcle.
"Maaflah,Ros berbual sekejap dengan Ikmal. Abang,ni lah Ikmal yang saya cerita dulu. Abang jadi pengganti dia dalam pasukan bola baling sekolah dulu,"kata Rosalinda. Mesra dia memperkenalkan Ikmal pada Danial.
"Oh,kaulah Mikkel Hansen sekolah dulu?"
"Ya. Kau jadi pengganti aku ya? Nanti bolehlah kita lawan match bola baling sama-sama bila free.Boleh juga aku kenal sepupu aku dari Los Angeles ni,"kata Ikmal. Dia menepuk perlahan bahu Danial cuba untuk bermesra.
"Tengoklah kalau aku ada waktu lapang. Sayang,jom. Abang dah haus ni. Kek dalam bilik abang tu dah tunggu sayang. " Danial tersenyum memandang Rosalinda dan membawa Rosalinda pergi. Rosalinda sempat meminta diri dari Ikmal dan semakin laju langkah Danial menariknya agar meninggalkan pantri secepat mungkin.
Ikmal hanya memerhatikan Rosalinda dan Danial berlalu pergi.Dia menarik nafas sedalam-dalamnya.
"Positif,Ikmal. Mungkin sepupu kau tu kurang peramah atau pun pemalu. Jangan anggap dia sombong. Sabar,okey?" Ikmal memaksa bibirnya untuk mengukir senyuman.
Danial,Danial. Jangan sombong sangat!
KEK coklat dipotong dan diletakkan di atas piring. Sesekali dia memandang wajah Danial yang berkerut-kerut.
"Abang okey tak ni?"soal Rosalinda.
"Okey je.."
"Kenapa muka berkerut? Ada masalah atau abang tak sihat? Kalau tak sihat,kita pergi klinik. "
Danial menggelengkan kepalanya. Dia mengeluh. Tangan isteri dicapai dan diusap lembut.
"Abang susah hati la sayang."
"Kenapa susah hati?"
"Sayang cantik sangat. Ramai yang minat dekat sayang.Abang trigerred tahu? Semua sibuk nak rapat dengan sayang." Danial mencebik.
Rosalinda tergelak.La,pasal tu pun nak muncung ke?
"Abang,mana abang tahu saya ramai peminat? Abang lagi ramai peminat.Saya ni apa lah sangat.Orang kampung je." Rosalinda merendah diri. Dia tersenyum memandamg wajah Danial yang masih berkerut.Perangai macam budak-budak!
"Abang memanglah ramai peminat,tapi abang tak layan.Sayang ramai peminat.Sayang janganlah peramah sangat dengan mana-mana lelaki.Abang cemburu tahu tak? Tengoklah tadi. Sayang lupa nak bagi air abang.Lama abang tunggu."
"Abang cemburukan Ikmal ya?"
"Mestilah." Danial menunduk bermain dengan jari-jemari isterinya. Alahai,comel pula Rosalinda tengok. Cemburu juga suaminya ini. Ingatkan tak kisah.
"Sayang suka lagi dekat Ikmal tu ke?"
"Ish,abang ni.Merepek je! Saya ni dah jadi isteri abang Takkan saya nak suka lelaki lain? Berdosa saya nanti. Abang jangan risau.Saya setia dengan abang sorang je. Abang tu pun kena janji." Rosalinda mencuit hidung suaminya.
"Janji apa?"
"Janji yang abang setia dengan saya je. Abang tak boleh ada perempuan lain okey? Kalau abang ada perempuan lain,saya lari jauh-jauh. Macam dalam drama tu. Saya lari jauh-jauh biar abang tak boleh cari saya.Padan muka,"kata Rosalinda seraya menjelirkan lidahnya.
"Ish,sayang jangan tengok drama lagi dah.Bahayalah. Sayang terpengaruh dengan drama lepas tu nak tinggalkan abang.Abang tak suka.Jangan tengok drama dah,"kata Danial.Dia memeluk tangan isterinya seolah-olah tak mahu Rosalinda pergi.
"Kalau abang buat hal,saya tinggalkan abang. Biarlah saya terpengaruh dengan drama ke apa. Biar abang tak dapat jumpa saya.Tapi,tak tahulah kalau abang tak sayang saya dah. Jadi abang boleh biarkan saya pergi." Pasrah saja ayat Rosalinda.
"Ni abang yang taknak dengar.Abang tetap sayangkn sayang walau apa pun yang jadi. Abang takkan biarkan sayang pergi sebab abang sayangkan Ros. Janji jangan ikut macam dalam drama tu okey?"kata Danial,seolah-olah merayu kepada Rosalinda. Tersenyum Rosalinda mendengarnya.
"Yelah. Ros pegang kata-kata abang ni.Abang kena sayang Ros je okey? Abang sayang perempuan lain dikira cinta kita dah mati. Ros pun kira mati juga dalam hidup abang."
"Okey,okey. Abang sayang Ros. Jangan sebut pasal mati dah.Seriau abang dengar,sayang. Kita tukar topik okey?"
Rosalinda ketawa kecil. "Tadi dia yang bangkitkan isu ni. Sekarang,dia pula sakit hati.Dah,makan kek ni.Ros dah potong kek ni."
"Makanlah dengan abang.Suap abang." Danial membuka mulutnya seluas alam. Rosalinda ketawa.Pipi suaminya ditampar perlahan.
"Mengada!"
Bilik pejabat Danial dipenuhi dengan suara gelak tawa mereka. Hari pertama masuk pejabat bolehlah bergelak ketawa lagi. Nanti dah sibuk dengan kerja,tak dapat pula nak luangkan masa dengan isteri.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...