BAB 59

4.4K 201 13
                                    

"Kenapa tak makan? Tak sedap ke?"soal Danial. Nayra yang sejak tadi mendiamkan diri dipandang.Lauk-pauk yang berada di depannya membuatkan dia hilang selera. Lauk kampung!

"Awak taknak makan lauk ni? Awak nak makan apa? Saya masakkan,"celah Rosalinda pula.

"Abang,saya tak bolehlah makan lauk kampung. Saya rasa mual. Boleh abang belikan saya burger?"

Danial meletakkan sudu. Dia menyisip air teh o suam kemudian dia memandang Nayra. Tangannya mengusap perut Nayra perlahan.

"Anak babah ni ikut babah ya? Tak suka lauk kampung. Okeylah,saya pergi beli sekejap. Ros,kalau dah habis makan nanti,biarkan je meja ni.Biar abang kemas semua okey?"pesan Danial.Dia bingkas bangun.

"Abang nak pergi beli burger?"soal Rosalinda.

"Ya.Kenapa? Sayang nak juga?"

"Tak adalah. Em,hati-hati. "

Danial tersenyum lantas mengangguk. Tanpa membuang masa,dia terus keluar untuk membelikan isterinya burger.

Sebaik saja Danial pergi,Nayra terus menjamu selera. Begitu berselera dia makan lauk-pauk kampung yang dimasak oleh Rosalinda.

"Nayra,tadi awak kata tak suka lauk kampung?"soal Rosalinda,pelik dengan kelakuan Nayra.

"Sedaplah. Eh,kau masak sendiri ke? Biar betul? Atau,kau beli dekat kedai?"soal Nayra pula. Mulutnya penuh dengan nasi dan lauk sambal ikan bilis.

"Nayra,Danial pergi beli burger tu.Jangan makan banyak sangat. Nanti tak termakan burger tu,"pesan Rosalinda. Selera dia pun sudah habis ke laut. Melihat perangai Nayra,lagilah dia tak berselera nak makan.

"Bisinglah kau ni. Biarlah dia nak beli burger pun. Dia tu suami aku. Biarlah aku nak buat apa pun,"kata Nayra.

Panas hati Rosalinda mendengar kata-kata Nayra.

Amboi,sukahati kau je! Dah rampas suami orang,lepas tu kau nak buli dia?

"Nayra,Danial tu suami kita.Cubalah hormat sikit. Dia terima awak pun dah cukup bagus. Hargailah sikit!"marah Rosalinda.

"Hargai apa? Helo. Aku ni mengandungkan anak dia. Dia kenalah hadap aku. Dia kena dengar cakap aku. Kalau aku nak dia halau kau pun,aku boleh buatlah. Kau tu,sedar diri sikit.Lembik! Sekali aku halau kau,berputih mata kau nanti!" Nayra menjeling Rosalinda. Dia meneguk air yang berada di hadapannya.

"Lagi satu,mummy dah mula sayangkan aku sebagai menantu sejak aku mengandungkan cucu dia. Jadi,aku rasa kau hati-hati je lah. Kalau kau cari pasal dengan aku,aku takkan teragak-agak untuk halau kau keluar dari rumah ni.Okey?" Nayra tersenyum kemenangan. Bangga dengan pencapaiannya. Dalam masa singkat,dia boleh mengubah segalanya.

"Kau ingat,aku nak mengalah semudah tu? Kau baru je jadi ahli keluarga ni,Nayra. Jangan terlalu sombong." Gaya percakapan Rosalinda turut berubah. Hatinya terlalu geram dengan perempuan dihadapannya ini. Lidah bercabang dan talam dua muka. Saling tak ubah seperti jin!

"Oh ya? Aku nak tengok sejauh mana kau punya berani. Kalau aku boleh jadikan Danial sebagai suami aku dalam masa singkat.. Apatah lagi nk buat kau jadi janda. Just piece of cake." Nayra tersenyum. Senyuman yang mampu membuatkan hati Rosalinda semakin membara.

Nayra mengelap mulutnya dengan tisu bersama wajah yang sombong. Dia terlalu meninggikan diri di hadapan Rosalinda.

"Lagi satu, minggu depan aku nak pindah dengan suami aku dekat rumah baru.Kau duduklah dalam rumah ni sampai mereput ya? Aku nak bahagia dengan suami aku dekat tempat yang baru.." Nayra menayang senyuman mengejek.Dia bingkas bangun dan berlalu pergi.

Rosalinda menahan geram. Ey kalau boleh,nak je dia sumbat cili dalam mulut perempuan tu. Berlagak! Sombong! Macamlah cantik sangat!




SYAFIQ termenung memandang bukunya.Fadhil yang melihatnya pula yang terasa serabut.Mamat ni dah kenapa? Macam orang mati bini je!

"Oi,Syaf.Kau okey tak?"soal Fadhil.

"Ha? Oh,aku okey je." Syafiq meraup wajahnya.

"Habis tu,macam orang mati bini je. Kau kenapa? Takkanlah hadap assignment ni dah stres?"

Syafiq memgeluh.Tangannya membelek kertas-kertas yang ada dihadapannya.

"Entah,Fad. Aku fikirkan Danial sebenarnya. Kau tahukan apa jadi dengan dia sekarang?"

Fadhil mengangguk.

"Aku tak tahulah apa yang dia fikir sampai berani nak kahwin dua." Syafiq pula yang runsing memikirkan nasib sepupunya.

"Dia tu bukannya betul,Syaf.Entah-entah,memang dia nak beristeri dua. Yelah,ada isteri dua.Lelaki mana yang taknak? Rasa bahagia tak terhingga!" Fadhil berdramatik.Fadhil membuat muka. Muka orang tengah bahagia.

"Memanglah. Tapi,masalahnya macam mana dengan Ros? Kesian Ros tahu tak? Kalau taknak Ros tu,bagilah aku. Aku sedia menerima."

"Eh eh,kau ni. Ni dah lain. Ni kau yang syok dekat bini dia!" Fadhil memandang Syafiq dari atas hingga bawah. Dia menjegilkan matanya.

Kalau teringin nak mata lebam,buatlah.Pergilah cuba mengorat bini orang.Haa,jangan main-main!

"Aku bukan apa,Fad. Cuba kau bayangkan,kalau bini kedua Danial tu mengandung. Macam mana?"

"Macam mana apa? Macam tu lah.Danial bahagia. Dapat dua orang anak sekali gus. Kan seronok?" Fadhil menyambung kerjanya.Dia mencapai buku yang berada di tangan Syafiq.

"Memyakitkan hatilah kalau cakap dengan kau ni,Fad. Tak pernah nak serius."

"Betullah! Dah ada isteri dua.Cantik pula tu.Dapat dua orang anak sekali gus. Kan bahagia? Apa lagi kau nak? Harta dah menggunung. Memang bahagia betul. Aku pun nak!"

Tak semena-mena kepala Fadhil diketuk. Syafiq menggigit bibirnya menahan geram. Dari zaman sekolah sampailah sekarang,otak tak pernah nak normal!

"Sakitlah! Kepala aku ni bayar zakat tau!"marah Fadhil.

"Padan muka. Dah,malas aku nak layan kau. Sekarang ni,aku nak siasat latar belakang isteri kedua Danial tu.Tak silap aku,dia tu kakak kepada Aina."

"Aina? Aina bala sekolah kita dulu?"

Syafiq mengangguk.

"Kalau dia kakak kepada Aina,habislah.Perangai mesti lagi teruk!"kata Fadhil.

"Memang teruklah.Kau tengok apa jadi? Disebabkan dia,Danial terpaksa berpoligami. Memang teruk tahap gaban. Aku datang majlis nikah diorang haritu,muka dia tersenyum-senyum. Sukalah tu! Menyampah aku!" Sempat Syafiq mengutuk Nayra. Habislah Nayra. Mesti tersedak!

"Kau rasa,betul ke Danial yang rosakkan dia?"soal Fadhil,secara tiba-tiba.

Syafiq terdiam. Dia memandang Fadhil.

Betul juga. Betul ke Danial yang rosakkan perempuan tu?

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now