Bab 69

6.9K 232 7
                                    

"Awak nampak Nayra dengan Ikmal? Dekat mana?"

Danial mengerutkan dahinya.

"Saya nampak Nayra masuk bilik pejabat Encik Ikmal. Lama jugalah dia masuk bilik tu. Lebih kurang satu jam." Jauhar,salah seorang staf di pejabat Danial memberi laporan tentang Nayra dan Ikmal yang selama ni sering berduaan.Cuma Danial sahaja yang tak perasan dan tak sedar. Macam mana boleh terlepas pandang pun tak tahulah. Padanya,Ikmal dam Nayra hanya mesra sebagai seorang .

Tapi,hakikatnya? Lebih dari tu dan Danial masih belum ketahui tentang tersebut.Kalau dia dapat tahu,habis. Ikmal dan Nayra. Dua-dua habis!

"Ikmal ada urusan dengan Nayra ke? Setahu saya,Nayra tak ada urusan dengan dia.Macam ni,boleh awak tolong saya siasat pasal diorang berdua?"pinta Danial.Dia mula menjadi was-was.

"Boleh. Kalau ada apa-apa nanti,saya akan bagitahu encik terus."

Danial mengangguk. Dia mengetap giginya perlahan.

Nayra dengan Ikmal..

Kenapa tiba-tiba nak berduaan dalam bilik?

"Eh,abang.Masa bila abang sampai? Bukan ke abang cuti jaga Ros?"

Danial menoleh,memandang Nayra yang kelam-kabut mendekatinya. Ikmal turut berubah riak wajah. Terkejut ke tengok aku datang pejabat? Muka macam asam kecut. Ada buat salah ke?

"Abang datang pejabat sekejap je ni. Nak ambil fail. Kenapa Nayra datang sini? Nak jumpa siapa? Mummy kan ada dekat rumah dengan Nayra."

"Nayra.. Jumpa Ikmal sekejap. Ada urusan sikit. Ingatkan,nak minta tolong dia." Nayra gugup.

"Tolong apa? Suami sendiri ada kenapa minta tolong orang lain?" Danial tidak mengukirkan sebarang senyuman.

"Dia nak buat kejutan untuk Ros. Hari lahir dia dah dekat kan? Dia minta tolong aku sebab kau kan sibuk dengan anak kecil kau. Janganlah cemburu sangat.." Ikmal ketawa kecil. Nayra menghela nafas lega. Dia turut tersenyum.

"Betul tu,abang. Janganlah salah faham pula."

Danial masih belum tersenyum Dia hanya menganggukkan kepalanya.

"Jomlah balik.Abang hantar. Tak baik berduaan macam tu." Danial memegang tangan Nayra. Nayra yang mengaduh kecil membuatkan Danial terhenti.

"Kenapa?"

Danial memandang pergelangan tangan Nayra kemerahan dan mempunyai sedikit luka.

"Kenapa ni?"soal Danial.Dahinya berkerut.

"N-Nayra luka sikit. Biasalah,cedera waktu nak memasak.." Nayra cuak.Dia memandang Ikmal sepintas lalu.

"Takkan kena dekat sini? Cuba cakap dengan saya. Apa dah jadi?" Danial memandang Nayra.

Nayra terus gugup. Mulutnya terkunci. Ikmal pula meraup wajahnya.

Matilah! Apa nak jawab?


"SIAPA jaga rumah kalau mama dengan ayah dstang sini?"soal Rosalinda.Senang hatinya apabila ibubapanya datang untuk mengjenguk dirinya dan juga cucu mereka yang baru lahir.

"Anak ketua kampung tolong tengokkan. Jangan risaulah. Mama datang sini nak tolong jaga kamu dengan Hariz. Mana tahu,Danial sibuk nanti.Bolehlah mama tolong jaga cucu mama ni. " Puan Zahrah tersenyum.Dia bermain-main dengan cucunya.

Rosalinda tersenyum.Akhirnya,ada juga dia peneman. Danial? Hm,lupakan jelah. Tawar hati dah!

"Ayah mana?"soal Rosalinda lagi.

"Dia ada dekat ruang tamu tu. Biasalah,dapat tengok bola. Kejap lagi dia pula yang menyibuk nak main dengan Hariz. "

Rosalinda ketawa kecil.

"Lepas ada Hariz ni, kamu dengan Danial macam mana? Okey?"soal Puan Zahrah.

Rosalinda terdiam sebentar. Apa dia nak jawab?

Ya,selama ni memang ibubapanya tak tahu tentang Nayra. Mereka tak tahu bahawa Rosalinda mempunyai madu. Ingatkan bahagia dapat payung emas,tapi.. Entahlah.

" Ros? Okey tak ni?"

"Ros okey,mama. " Rosalinda tersenyum kecil.

"Macam ada masalah je. Kenapa ni? Cuba cerita."

Rosalinda serba salah. Nak bagitahu atau tak? Kalau bagitahu hal sebenar,mesti Danial teruk kena marah. Macamlah dia tak kenal ayah dia macam mana. Garangnya cuma kurang sedikit saja dari arwah Dato' Azraff dulu.

"Tak ada apalah." Rosalinda mengambil keputusan untuk berahsia dahulu. Biarlah dia telan semua kepahitam ni dulu. Mana tahu,dihujungnya ada pelangi?

Kalau tak ada pelangi pun,sekurang-kurangnya ada awan cerah. Biarlah masa yang menentukan.

"Kalau ada masalah,cerita. Jangan pendam. Nanti masalah tu takkan selesai. Ingat,mama sentiasa ada untuk anak mama ni okey?" Puan Zahrah tersenyum.

"Terima kasih,mama."

Haih,macam mana kalau satu hari nanti Danial kantoi ada isteri kedua depan mama dengan ayah? Bukan Danial je kena,silap-silap,dia pun kena sekali sebab berahsia!

"Assalamualaikum.." Suara Danial kedengaran.

"Ha, tu. Danial dah balik." Puan Zahrah tersenyum.

Danial yang baru tiba terkejut dengan kemunculan mertuanya. Dia meneguk airliurnya yang terasa kelat.

Aduh,masa bila pula diorang sampai? Dahlah aku bawa Nayra! Danial tersenyum sumbing .

"Waalaikumussalam.. Danial. Kamu pergi mana tadi?"tegur Tuan Idris. Dia memandang Nayra.

"Danial ada kerja tadi.. Bila ayah sampai? Kenapa tak bagitahu dulu?" Danial bersalaman dengan mertuanya. Nayra hanya tersenyum.

"Ayah dengan mama memang suka datang mengejut.." Tuan Idris ketawa kecil. Dia memandang Nayra lama membuatkan Danial berasa resah.

"Ni.. Nayra kan? Kakak kepada Aina." Tuan Idris menegur.

Danial tersentak. Aduh! Dia kenal la pula!

"Ya saya. Cikgu ingat saya lagi?"

"Mestilah ingat! Kamu pelajar paling nakal dulu. Pelajar saya yang susah sangat nak dengar kata. Takkan saya nak lupa?" Tuan Idris mesra bertegur sapa dengan bekas pelajarnya dahulu.

"Ayah kenal dengan Nayra?"soal Danial. Dia mengawal riak wajahnya.

"Kenal. Dia ni kakak kepada Aina. Kamu tak kenal? Nayra ni dulu bekas pelajar ayah. Dia macam Aina. Pelajar yang suka bergosip.Biasalah,perempuan kan."

Danial hanya tersenyum nipis.Dia menahan debaran di dada.

"Tapi.. Kenapa kamu bawa Nayra balik sini? Nayra dah kahwin? Siapa suami Nayra?"soal Tuan Idris,kebingungan.

Danial dan Nayra berpandangan.

Kerana Dia [C]Where stories live. Discover now