"Eh,balik dah? Cepat pula sampainya? Ingatkan balik petang." Maklong Azza menegur. Dia sudah tersenyum melihat anak buahnya.
"Kem tu habis cepat,maklong." Danial tersenyum.Dia membawa beg bajunya masuk ke dalam rumah.
"Oh,patutlah. Syafiq mana? Bukan ke dia pergi dengan korang sekali?"
"Dia pergi singgah dekat sekolah dulu,maklong. Biasalah,orang penting.Selalu je ada hal kena selesaikan dekat sekolah tu,"jawab Danial.
"Yelah. Maklong lupa dia tu selalu sibuk mengalahkan orang dewasa. Eh,maklong nak masak nasi briyani. Nanti maklong hantar dekat korang ya?"
"Eh,susah-susah je maklong. Kitorang dah makan tadi,"celah Rosalinda pula.
"Tak ada susah pun. Nanti makoong hantar. Korang rehatlah dulu. Danial,kamu kerja juga ke harini?"soal maklong Azza. Danial mengangguk.
"Hm,yelah. Nanti kamu boleh bawa bekal nasi briyani ni. Jangan asyik makan mee segera tu je. Tak sihat."
"Okey maklong."
Maklong Azza meminta diri. Danial pula terus masuk ke dalam rumah dan meninggalkan Rosalinda sendirian. Rosalinda menghela nafas berat. Dia tahu,Danial masih berkecil hati dengannya.
"Macam mana aku nak buat dia maafkan aku eh? Masak? Maklong pula nak hantar lauk. Habis tu,aku nak buat apa?" Rosalinda berdecit.Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Sebelum dia menutup pintu rumah,dia ternampak seseorang yang sedang memerhatikannya dari jauh.
Rosalinda kaku sebentar dan meneguk airliur yang terasa kelat. Pantas dia menutup pintu dan mengunci.
"Mikail ikut kitorang ke? Mampuslah aku.."
Rosalinda mengemam bibirnya. Kemudian,dia mengintai sedikit melalui langsir. Mikail sudah beredar.
Rosalinda mengusap dadanya. Dia menenangkan hati yang terasa berdegup pantas. Nak bagitahu Danial ke tak?
DANIAL melangkah keluar dari bilik air dan tangannya ligat mengeringkan rambutnya menggunakan tuala. Hidungnya sudah terhidu bau lauk ayam masak merah.Tatkala dia melangkah masuk ke ruang dapur,dia terlihat lauk pauk yang dimasak oleh maklong Azza sudah tersedia dihidang oleh Rosalinda.
"Awak,makanlah dulu sebelum pergi kerja. Saya dah hidangkan lauk tu." Rosalinda tersenyum,cuba mengambil hati Danial.
"Kau tapaukan jelah untuk aku. Aku makan dekat kedai tu nanti. Aku tak ada masa nak makan dekat sini." Danial terus berlalu tanpa memandang wajah Rosalinda.Nampaknya,dia benar-benar kecil hati dengan Rosalinda.
"Awak." Rosalinda segera mendapatkan Danial. Lengan Danial dicapainya.Kemudian,dia mendongak sedikit untuk memandang wajah Danial yang langsung tidak menggariskan senyuman padanya.
"Nak apa? Aku nak bersiap ni,"kata Danial.Dia memalingkan wajahnya.
"Awak marahkan saya lagi? I'm sorry.. Saya tak berniat pun tinggi suara dekat awak atau buat awak malu.."
"Jadi? Kitakan buat haluan masing-masing. Kalau aku malu,kau bukannya kisah pun. Kalau kau kena ganggu pun,buat apa aku nak ambil tahu kan?" Danial mengerling sekilas ke arah wajah isterinya. Dia cuba untuk menduga isterinya.Biar dia rasa bersalah. Padan muka!
Rosalinda sudah menayang wajah seposennya. Dia tak tahu nak buat apa lagi untuk memujuk Danial. Pandai juga mat saleh ni merajuk.
"Ala,janganlah macam tu.Awak kan suami saya.. Saya taknaklah nanti ja-"
"Apa dia? Ulang sekali lagi."
Danial mendekatkan dirinya dengan Rosalinda sedikit.
"A-apa?" Rosalinda berundur setapak ke belakang.
"Kau cakap aku ni siapa? Aku tak dengar." Danial mendekatkan telinganya.
Rosalinda menggigit bibir bawahnya. "A-awak kan suami saya.. Saya taknaklah buat dosa dekat suami saya."
Danial menahan senyuman. Hm,suami ya? Kenapa dia macam bahagia sangat dengar pengakuan tu ya?
"Suami? Aku suami kau?"soal Danial semula.
Rosalinda menganggukkan kepalanya. Dia menjadi seram sejuk apabila Danial tiba-tiba ketawa . Ketawa yang kedengaran menyeramkan pada Rosalinda.
"Bukan ke aku teman lelaki kau je?"
Rosalinda tak tahu mahu memberi jawapan apa. Salah jawab nanti,ada yang tarik muka!
"Kau nak aku maafkan kau?"soal Danial lagi. Rosalinda mengangguk.
"Boleh,tapi ada syaratnya. "
Ah sudah. Nak main syarat pula. Jangan bagi syarat yang merepek sudah. Naya nanti.
"A-apa dia?" Rosalinda berdebar. Sekali lagi dia menjadi gugup apabila dirinya direnung oleh Danial.
Ya Allah,dia ni memang suka main mata ke? Mentang-mentanglah mata dia warna hazel!
"Suap aku makan."
"Ha?" Rosalinda terus membalas pandangan Danial. Dia terkedu tatkala menyedari wajah mereka hanya berjarak beberapa inci saja. Deruan nafas masing-masing pun dapat dirasai.
"Suap aku. Pagi semalam aku dah suap kau makan roti. Kali ni,giliran kau pula suap aku." Suara Danial hampur tidak kedengaran kerana dia berbisik. Kononnya nak nampak romantis la tu.
"S-suap?"
Danial memandang lagi wajah Rosalinda.
"Boleh ke tak?" Danial menyergah Rosalinda. Suaranya sengaja dikuatkan.
"B-boleh! Boleh! Untuk awak semuanya boleh!" Rosalinda terlatah. Dia memandang ke arah lain dan mengawal riak wajahnya. Ya Allah,malu oi!
"Kan bagus kalau kau mendengar kata macam ni. Sekarang,aku nak makan.Suap aku. But please. No sambal belacan! Kalau aku dapat rasa sambal belacan dalam nasi aku,aku sumbat sambal tu dalam hidung kau." Danial berpura-pura garang. Rosalinda hanya akur. Segera dia mencapai pinggan dan menceduk nasi briyani hasil air tangan maklong Azza.
Danial mengambil tempat di meja makan. Dia hanya memerhatikan Rosalinda. Setiap kali dia memandang wajah Rosalinda,pasti hatinya berdegup pantas.
Danial tersenyum sendiri. Ya,dia yakin. Dirinya sudah jatuh hati sepenuhnya terhadap Rosalinda.
"Ros."
Rosalinda memandang suaminya.
"Lain kali,kalau kau rasa tak sihat,bagitahu aku. Jangan bagitahu orang lain. Biar aku yang jaga kau. Biar aku yang dukung kau. Boleh?"
Rosalinda tergamam.Biar betul dia ni?
"Boleh tak?"
Rosalinda pantas mengangguk. "Boleh.. "
Danial sudah tersenyum lebar.
"Good. This is why i love you." Danial hanya mengucapkan perkataan itu tanpa mengendahkan Rosalinda yang sudah kemerahan wajahnya.
Danial sayang aku?
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...