Televisyen yang terpasang tidak menarik perhatian Danial. Danial pula termenung jauh. Fikirannya melayang.
Rosalinda yang memerhati daripada jauh mengerti keadaan Danial. Dia yakin,Danial merindui ibubapanya. Cuma ego yang menidakkan perasaan rindu itu.
"Awak." Rosalinda duduk di sebelah Danial. Danial tersedar daripada lamunannya. Wajah Rosalinda dipandang.
"Awak rindu mommy dengan daddy awak ya?"soal Rosalinda,mahu melihat jawapan Danial.
"Rindu. Tapi rindu aku tak berbaloi pun. Entah-entah,diorang berseronok dekat sana. "
"Tak baik awak cakap macam tu. Mommy dengan daddy awak pergi sana atas urusan kerja kan? Bukannya pergi bersuka-ria. Awak ni anak emas diorang. Takkan diorang nak tinggalkan macam tu je.. "pujuk Rosalinda,tak mahu suaminya terus bermusuh dengan ibubapanya sendiri.
"Roa,pada kau.. Aku ni menyusahkan ke?"soal Danial. Matanya memandang tepat ke arah anak mata Rosalinda. Mahu meminta jawapan yang jujur dari gadis itu.
"Kenapa tanya macam tu?"
"Aku rasa,aku ni menyusahkan banyak pihak. Walaupun aku lelaki,tapi aku tak boleh diharap. Tu sebab daddy tak percayakan aku. Aku ni hidup bergantung pada orang. Tak pandai berdikari,"kata Danial. Dia menunduk,bermain dengan jari-jemarinya.
"Mesti kau tak sukakan aku. Kau tak selesa dengan aku. Kan?"kata Danial lagi.
Rosalinda tak tahu mahu menjawab apa.Dia cuba mencari jawapan yang mampu menghiburkan Danial. Taknaklah serius je. Tak seronok!
"Haah. Saya tak suka awak. Awak ni annoying.Suka kacau saya. "
Danial mengangguk. Bibirnya terukir senyuman hambar.
"I'm sorry. Aku bukan sengaja nak kacau kau."
Danial mengangkat wajahnya. Dia memandang wajah Rosalinda yang sentiasa sejuk mata memandang.
"Aku suka kacau kau sebab muka kau kelakar bila marah. Aku terhibur." Sempat lagi Danial mengusik isterinya. Rosalinda sudah cemberut wajahnya. Bahu Danial ditepuk.
"Ey! Tengok tu! Suka je kutuk orang! Macamlah awak tu tak hodoh! Muka awak macam shrek bila awak ejek saya. Shrek pun lagi better!" Rosalinda menjelirkan lidahnya.
"Kalau aku shrek,kau Fiona."
"Kenapa pula? Awak yang hijau,lepas tu nak heret saya jadi hijau sekali pula."
"Sebab kau isteri aku. Isteri shrek kan Fiona. Fiona pun hijau. Kau kena terima hakikat,kita sama-sama hijau. Nampak tak,jodoh kuat?" Danial sudah ketawa.
"Ey! Jodoh la sangat! Kita berjodoh pun sebab awak! "
"Kau sepatutnya bersyukur dapat suami macam aku. Aku suami yang memahami. Bonus,aku ni handsome. Kacukan pula tu. Kau tak suka? Tak bangga? Kalau ikutkan aku,aku bagitahu satu dunia kita dah kahwin. Biar orang lain cemburu tak dapat kahwin awal macam kita. " Danial memeluk tubuhnya. Wajahnya menayang riak bangga. Poyo sangat!
"Ey,ulat bulu betul! Saya nak enjoy dulu. Tapi,awak pula kacau plan saya. Saya baru nak cari calon suami dekat universiti nanti,"kata Rosalinda. Dia mencapai remote televisyen dan menukar siaran.
"Masalahnya,kau yakin ke kau dapat masuk universiti? Kerja sekolah pun aku yang tolong. Tak payah nak gatal sangat. Suami kau dah ada depan mata sekarang. Lagi bagus dari lelaki dekat luar sana,"kata Danial,berbaur cemburu. Eh,cemburu? Ye ke?
"Tapi,saya ada suka dekat sorang lelaki ni. Dia budak sekolah kita juga. Tapi,sekarang dia dah pindah. Nama dia Ikmal. Bekas pengerusi kelab permainan bola baling. Sumpah handsome!" Rosalinda sengaja mencari pasal. Dia bercerita lagi.
YOU ARE READING
Kerana Dia [C]
RomanceCOMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu me...